Assalamualaikum , salam sejahtera buat admin dan semua pembaca. Terima kasih buat admin sudi siarkan confess saya ini.
Sedikit pengenalan saya. Umur lewat 20an. (Lewat sikit baru, belum banyak) masih bujang, dan seorang wanita tulen.
Berdasarkan seperti tajuk di atas, saya nak kongsi pengalaman terbaru saya yang baru selesai ‘check up’ di farmasi ahad lalu. So far, semua ok kecuali tahap kolestrol dan HB saya. Sob2x. Untuk pengetahuan semua, berat saya ialah 45kg dan tinggi 156cm. Dikira kurus, sedikit normal Begitulah agaknya.
Punca saya buat check up ni sebab memang dah lama tak check dan rasa sesuatu yang tak bagus pada badan. Gerd dan gastrik menyerang semula.
Sejarah lampau saya, pernah ditahan hospital sebab HB yang terlalu rendah dan mengalami masalah gastrik,gerd dan yang sewaktu dengannya.
1. Gerd , gastrik.
Allah uji saya dengan gastrik, gerd cukup menginsafkan. Sesak nafas, mual,loya, rasa tak cukup2 makan. Kejap kejap lapar. Heartburn, dan memang kena Banyak pantang makan. Nak tidur susah. sembelit lagi.
2.HB Rendah.
Saya tak pandai nak terangkan. Ringkasnya tahap kecairan darah adalah rendah. Seorang wanita normal sepatut ya dalam lingkungan 12/10 . Checkup baru baru ini, tahap HB saya turun ke 9 semula. huhu. Form 4 pernah juga kena tahan wad 4 hari untuk dimasukkan darah. Rupanya masa baby dalam perut lagi mak da rendah HB ya..dan sampai besar masih begitu kesan ke saya. Keturunan.
3. Kolestrol
Ini kali pertama naik ke 5.4..doktor kata 5.2 adalah tahap yang normal. Patutlah dua minggu sebelum sayaa ada beli kfc dan lepas makan tu saya rasa tekanan di leher. Dan kepala pun semacam berpusing. melayang layang… Rasa rinduku melayang layang, mengingatkan engkau seorang..maaf tertaip lirik pula… dan tangan pun mula rasa kebas. Bangun pagi tapak kaki rasa cucuk menyucuk. Bisa macamtu.
Muhasabah diri semula. Kenyataan orang kurus menyebabkan kita set kat minda, “untunglah korang semua boleh hadap dan makan. Berat tak naik naik dan kekal je. ” My bad. Tapi nak buat macamana. Selera sangat. Rasa lapar je nak makan macam macam. Teringat zaman u, jam 6 petang dah makan nasi lauk semua, buat kerja semua. Tau tau jam 11/12 boleh lapar ya amat macam tak makan nasi dan makan lagi.
Saya tak salah sesiapa. Sebab memang salah sendiri. Punca utama ialah pemakanan. TAK JAGA MAKAN. GAYA PEMAKANAN YANG TIDAK SIHAT. Patutlah bila buat kerja depan laptop..dalam keadaan stress. Terus urat leher rasa sakit ya amat. Pening, mual loya semua ada. Tapi bila tengok drama kat laptop 1jam pun tak begitu. sebab tak stress agaknya. Hehe. Stress buat rasa semua makin teruk. Mual, pening , sakit perut, urat leher tegang, tangan kebas, semua datang. Saya tengah basuh sayur pun dah selera tengok sayur tu. Bila tahu kolestrol tinggi, saya sampai tak tahu dan tak berani manaa yang boleh makan mana yang tak boleh. Lepastu lapar, gerd. Lepastu pening macam tak cukup makan.
Pengajaran disini ialah…(Ceit macam buat soalan BM.)
1. mestilah jaga makan. Makan yang sesuai dengan anda. lauk sayur ikan. Nasi kurangkan. Buah mesti.
2. Jangan lewat makan. Sekarang saya wajibkan sayur mesti ada wakt makan.Terutama bayam dan brokoli. Bayam banyak zat besi. Brokoli elok untuk orang gastrik.maafkan saya kalau tersilap. Sebab saya budak ija.pengurusan perniagaan. Bukan nurse,pharmasict or doc. Maaf ye jika tersalah istilah . (I respect and salute you all. Orang pertama kita patut cari bila sakit ..bukan follow dan percaya testimoni product yang macam2 sekarang ni dan terus beli. )
3. Banyakkan makan ikan..rebus atau stim..kurang2kan bergoreng.
4.WAJIB bersenam. Berjalan,naik tangga. Saya mengaku lama tak bersenam. Terlalu selesa dengan badan sekarang. My bad, my bad, and im so sorry.
5. Akan cuba kurangkan makanan berproses dan fast food. Fast food paling selalu makan kfc. Dan burger tepi jalan. Sedapnya lagi lagi benjo special. Masyaallah. T_T
Saya keliru..macamana nak atur. Apa yang patut kurang apa yang patut lebih. Bila makan rasa kolestrol naik. Bila tak makan rasa HB akan jatuh lagi. Lepastu mula la heartburn. Sakit perut. Nak buang kolestrol elok lemon epal hijau. Tapi bila nak amalkan risau pedih pula perut..allahurabbi. Rasaa terpukul sangat sangat dengan ujian ini. Semoga ALLAH ampuni dosaa saya..dalam usia begini. Mati penyakit tak mengenal usia, waktu. Doakan saya sihat semula. Juga buat andaa semua..jaga diri…jaga makan. Segala nasihat anda semua amat saya hargai. Terima kasih ,terima kasih kerana sudi membaca.
pity me,
Rin
– Rin
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit