Anda Yang Mana Satu?

Assalammualaikum and salam jumaat buat admin dan semua pembaca.. terima kasih admin jika anda sudi approved confess saya…

Saya sebenarnya nak tak nak je nak buat confess kat blog IIUM ni… tapi akhirnya terrrr confess jugak… saya nak beri pendapat sahaja sebagai saudari seagama korang.. walaupun bau-bau bacang tak ada pon kan.. kenal pon tak, tapi saya percaya dalam ratusan ribu follower blog IIUM ni mostly adalah muslim..

Since, kita ni seagama rasa nak jugak bagi pendapat yang xhebat mana pon.. cumanya mudah-mudahan bolehlah bawak ke arah kebaikkan.. yelaa kita nak baik biarlah beramai-ramai kalu sorang-sorang xbest pulak… uppsss statement itu xbermaksud saya ni seorang yang baik..

Kebanyakkan confession kat sini banyak cerita pasal hal peribadi, hal peribadi dengan kawan, isteri, suami, jiran n lain² lagi… seronok baca perkongsian korang mungkin sebab penggunaan ayat yang terlalu santai and sangat sebati dengan jiwa-jiwa para pembaca.. cumanya..

Cumanya.. why not kan korang share cerita-cerita yg boleh mengajak orang berfikir hal-hal yang baik-baik, yang positif yang kasi pengajaran dekat para pembaca.. barulah membantu menjaga kesejahteraan minda semua follower kann.. bila kita share cerita yang lebih membawa kepada cakap pasal keburukkan orang.. bukan kita jee yang telah terckp keburukkan orang.. tapi follower pon terikut² jugak..

So, apa hasil yg kita semua dapat? Okay.. just think dari sudut pandangan sebagai orang islam lah… cakap buruk pasal orang walaupun betul ianya ghibah atau mengumpat.. cakap buruk pasal orang dan dia xbuat ianya fitnah.. kedua-dua kategori ni masuk dalam skop apa ye? Dosa ke pahala? Baik ke buruk?.. saya xcakap korang banyak dosa dan confess ini juga bukan menunjukkan saya seorang yang tidak berdosa… cuma memberi pendapat shj..

Haaa! Lepas ni kalau nak confess apa² tak payah rasa nak sindir saya.. kalau tak setuju dengan pendapat saya xkisah.. yang penting buatlah pilihan yang terbaik untuk diri masing-masing.. nak confess boleh confess tapi stop sebarkan keburukkan orang.. dari korang sorang yang taw pasal keburukkan orang tu jadi ramai pulak yang tahu once dah confess dekat sini kann.. xcukup tahu.. comment plak hal-hal yang negatif lagi.. eee kesian dekat yang dikutuk tu..

Ehemm.. saya ni bukan ustazah.. tapi ada sesetangah confess je yang saya rasa xpatut nak di public dekat sini… diulang yee sesetangah bukan semua.. Jadi sebelum share cerita korang tu fikirlah banyak kali yee.. sama ada cerita tu menjurus pada keburukkan orang atau sebaliknya…

Kesimpulannya.. korang pilih yang mana?

Sekian..

– Cik –

– Cik

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit