Andai Ada Jodoh, Kita Bertemu Lagi Ya!

Nama aku Anggun. Umur aku 17 tahun. Aku suka menulis, cita-cita kedua aku adalah mahu menjadi penulis terkenal.

Aku mahu ceritakan kisah ini disebuah novel tetapi aku tiada waktu dan ruang kerana tahun ini aku merupakan calon SPM. Jadinya, disinilah pilihan aku. Maaf kalau rasa geli-geleman dengan cerita aku ini, tetapi niat aku hanya untuk berkongsi cerita aku.

Sejak bangku sekolah rendah, aku ada ‘menyukai’ atau lebih mudah ‘crush’ dekat seorang lelaki. Disingkatkan, aku menyukai lelaki itu sejak berumur 10 tahun. Nama lelaki itu Arjuna (nama samaran).

Aku ingat lagi masa tu, dia seorang yang pendek, wajah yang comel. Entah kenapa aku boleh tersuka dia. Nak dijadikan cerita, masa darjah 4 tu, kitaorang satu kelas… mungkin sebab itu kan? Ya, kami sebaya.

Disingkatkan kisah, kami menginjak darjah 5. Aku ada seorang sahabat masa tu dan dia ada seorang kawan lelaki. Kawan lelaki dia menyukai aku, tetapi aku sedikit pun tidak melayan. Sebab apa? Ya, sebab aku menyukai Arjuna. Aku ni setia tau, ceyhh…

Satu hari tu, aku dapat tahu yang Arjuna ni merupakan kawan baik kepada lelaki yang menyukai aku itu.

Macam mana aku dapat tahu? Sebab ada satu peristiwa masa waktu rehat, Arjuna dan lelaki itu berjalan berdua lalu ternampak aku, korang nak tahu? Arjuna yang bersungguh-sungguh menganjing-nganjing HAHAHA. Pelik bukan? Hehehe.

Tak lama lepas tu, ada satu nombor chat aku di WhatsApp, siapa lagi kalau bukan kawan Arjuna tu, dia ajak aku couple tau! Ish aku terus block, sebab aku paling anti-couple dan semestinya.. aku mahu Arjuna seorang sahaja.

Skip, kami pun melangkah ke darjah 6. Entah dari mana aku dapat keberanian. Aku mencari account instagram Arjuna, dan aku jumpa. Aku pun dm Arjuna, meluahkan isi hati aku. Perigi cari timba bukan? Aku apa kisah masa itu hihihi.

Apa jawapan Arjuna? Menghampakan, kakak Arjuna yang balas. Tapi aku tidak pasti sama ada betul ataupun tidak. Wallahi, aku rasa malu.

Sebab kakak Arjuna menasihati bahawa “perjalanan kamu masih panjang, belajar dulu” walhal niat aku hanya untuk meluahkan isi hati dan mahu berkawan dengan dia. Tapi tidak mengapalah.

Masih diumur yang sama, 12 tahun, aku dapat nombor Arjuna. Aku lupa, dari siapa aku mendapatkan nombor Arjuna.

Disitulah permulaan yang membuatkan aku malu sangat-sangat… kerana aku selalu menganggunya, dia pula acuh tak acuh melayan aku, sampai dia mengeluarkan kata-kata kasar tetapi aku sedikit pun tidak membenci mahupun sedih. Aku boleh dikatakan tryhard atu BERIA.

Skip lagi, usia kami pun mencecah 13 tahun. Kalau nak tahu, aku tidak sama sekolah pagi dengan dia, yang aku sama cuma sekolah agama. Tetapi masa tingkatan 1 itu, aku sangat gembira sebab hari pertama orientasi sebagai tingkatan 1, aku terlihat wajahnya.

Aku memikirkan yang dia tidak akan sekolah di sekolah yang sama dengan aku. Ternyata aku silap, namun aku sangat menyukainya!

Di tingkatan 1 ini lah, sedikit sebanyak aku mempunyai kenangan dengan Arjuna dimana dia membalas perasaan aku! Hehehe macam mimpi tapi kenyataan.

Ini semua gara-gara kawan perempuan aku yang baik hati hendak menjadi orang tengah antara kami. Semuanya rancangan dia untuk membantu aku. Aku namakan kawan perempuan aku tu Ayla.

Seperti yang aku katakan Ayla menolong aku, Ayla telah pun berjumpa dengan Arjuna di kantin sekolah, dan mengatakan bahawa ada orang yang menyukai Arjuna dan Arjuna bertanya “siapa?”

Tetapi Ayla menjawab “dia comel, putih dan chubby2 orangnya”.. Arjuna pelik dan masih bertanya “siapa?” Ayla hanya senyum sehinggalah Arjuna bertanya “Anggun ke?” Ayla mengangguk dan tersenyum.

Sejak hari itu lah, Ayla kerap menjadi orang tengah antara kami, jasa dia memang besar bagi aku.

Hari demi hari pun berlalu, hinggalah Ayla memberitahu aku bahawa Arjuna sukakan aku. Faham-faham lah perasaan aku, dah macam orang gila, dah macam dapat berjuta-juta duit.

Aku tak pasti bagaimana dia menyukai aku, sebab aku sedar aku bukanlah cantik, tubuh aku pun sedikit gempal masa itu tetapi aku bersyukur perasaan aku terbalas.

Mulai esoknya, aku akui perlakuannya memang terlihat dia menyukai aku. Aku pulang dari sekolah dengan bahagia.

Ada satu peristiwa yang buat aku teringat sampai sekarang, tapi sebelum tu.. cerita ini aku dengar dari Ayla.

Masa tu aku baru je sampai di sekolah, Arjuna nampak aku lalu selepas aku hilang dari pandangan matanya, dia terus memanggil Ayla dan bertanya.. “Kenapa Anggun nampak kurus? Dia tak makan ke?”

Dan Ayla pun menjawab “Ouh, dia sakit” Arjuna pun berkata “Jangan lupa suruh dia makan ubat” Sekaligus perbualan itu terhenti disitu.

Bayangkan perasaan aku yang mendengar cerita itu, betapa bahagianya aku kerana Arjuna mengambil berat tentang aku, dan lena dibuai mimpi dengan tenangg huhu.

Dalam bahagia pasti ada derita, covid muncul menjadi pemisah. Tingkatan 1 yang sepatutnya dinikmati disekolah terpaksa dikorbankan untuk duduk dirumah memandangkan perintah kawalan pergerakan sudah dilaksanakan.

Sedih sangat, teramat sedih. Haaa… bukan sebab tak dapat tengok dia ya, tetapi sebab aku rindu kawan-kawan aku. Aku pendekkan cerita, kami stranger sejak tingkatan 2 hinggalah tingkatan 3. Entah kenapa, aku tak pasti.

Ouh sebelum aku terlupa, masa darjah 6 yang aku dapat number dia dulu, aku minta lah dia save nombor aku tapi dia jual mahal gilooo!

Tapi masa awal tahun tingkatan 3, tiba-tiba… naik satu notifikasi yang bertulis “Kenal aku tak? Save nombor aku” . Ya, dia Arjuna. Korang bayangkan perasaan aku masatu… macam “aik dulu kemain jual mahal” HAHAHAHAHA.

Haa sambung balik, kan aku cakap stranger dari tingkatan 2 dan tingkatan 3, itu adalah kerana Ayla tidak lagi menjadi orang tengah antara kami, jadinya kami auto stranger sebab aku dan dia sama iaitu pemalu. Memang tak la nak ada komunikasi kalau masa tingkatan 1 pun hanya menggunakan Ayla sebagai perantara.

Dan masa pun berlalu.. sampai lah umur kami 16 tahun. Awal tahun 2023, tahun dimana remaja berusia 16 tahun jakun ye sebab first time merasai belajar mengikut aliran, benda ni agak kebetulan mungkin.. dimana aku dan Arjuna aliran yang sama.

Bahagia? Tak, aku rasa risau dan takut. Sebab aku malu dengan fizikal aku (aku semakin gempal berbanding di tingkatan 1). Tetapi Allah faham isi hati aku mungkin, aku dengar cerita dari kawan-kawan Arjuna yang Arjuna telah pun berpindah sekolah. Fuhhh kuss semangat! Legaa nawww!

Bulan Januari hingga September berjalan dengan sempurna sampailah pada tarikh lahir Arjuna di bulan Oktober…. Aku pun menghantar chat pada Arjuna berbentuk ‘ucapan’ sempena tarikh lahirnya. Arjuna membalas dengan baik.

Bermula dari situ aku dan dia mulai rapat serapatnya sehingga lah masa itu… dia memberi ‘hint’ yang dia suka aku. Sejujurnya, semasa di tingkatan 3, aku cuba untuk membuang perasaan aku pada Arjuna dengan cuba membuka hati menyukai orang lain, tetapi tidak mampu.

Jadi apabila di memberi hint tu, aku tidak tahu mahu memberi reaksi bagaimana tapi jantung aku berdegup semasa membaca sebaris ayat yang dia tulis kan itu.

Demi Allah, aku bersyukur bertemu dengan lelaki macam dia. Kerana dia menerima kekurangan diri aku sedangkan dia mengetahui fizikal aku bagaimana. Tetapi dia tetap memberi semangat supaya aku mengubah diri aku.

Macam yang aku katakan, kami mulai rapat selepas aku memberi ucapan pada dia kan, ya kami sangat mesraaa selepas dari itu. Itu salah satu sebab yang mungkin menyebabkan dia suka pada aku kan? Mungkin…

Walaupun begitu, dia seorang lelaki yang mementingkan pelajaran. Dalam kelalaian kami bermesra-mesra… Dia berkata pada aku yang dia rasa bersalah kerana tidak menjaga batas antara dia dan aku, dia bimbang pencapaian pelajarannya akan merosot.

Jadi, kami pun mengakhiri kemesraan kami dan hanya menjadi seperti kawan biasa namun masih suka sama suka.

Pang pung pang pung… tibalah tahun 2024, walaupun aku dan Arjuna masih berkawan, aku banyak memendam rasa sakit hati aku dengan layanan Arjuna sepanjang kami bermesra seperti pasangan bercinta dulu.

Arjuna ni aku anggapkan seperti lelaki nonchalant. Lelaki yang sukar aku fahami, susah untuk nampak perasaan suka dan sayang dia pada aku. Tetapi sedikit sebanyak aku nampak ‘usaha’ dia.

Tak mengapalah, walaupun sekarang kami sudah betul-betul tidak chat supaya dapat fokus pada pelajaran masing-masing demi kejayaan kami, aku tetap menyayangi dan menyukai dia, aku harap dia pun begitu… Sebab aku tak pasti perasaan dia sekarang macam mana memandangkan sedikit pun tiada chat.

Untuk Arjuna, (walaupun dia tak tahu aku cerita pasal dia), semoga kau dapat capai apa yang kau impikan, belajar rajin-rajin, jaga solat, senangkan hati ibu ayah… jangan nakal-nakal! Jaga diri kau ya!

Kalau kita ditakdirkan berjodoh, semoga kita bertemu dimasa akan datang. Kat mana pun kau berada, aku selalu doakan kau. Even kau tak macam lelaki lain, tapi aku hargai sangat bila kau balas perasaan aku, aku happy! Jumpa lagi kalau berjodoh.. sayang kau sangat.. tata titi tutuu!

— Dari aku si anggun yang montel.

– Anggun Montel (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. rasanya awk ni form 5 ye sekarang? memang ada bakat tulis novel, cuma kena asah lagi hahaha.
    apa apa pun, bercinta pun bercinta juga, belajar betul betul ye. sambung belajar, belajar tinggi tinggi, sama sama berjaya.
    kalau ada jodoh tak kemana, kalau tak pun, dekat uni nanti ramai lagi lelaki awak akan jumpa dan perempuan yang dia akan jumpa. follow the flow, mana2 yang terbaik untuk korang :)

    • Haha jangan jadi macam saya. Ingat kat uni banyak jumpa orang, ye memang banyak tapi setakat jumpa bukan jodoh. Apapun kalau ada jodoh tak ke mana & kena usaha.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *