Untuk part I, (https://iiumc.com/andainya-aku-pergi-dulu/).
Assalamualaikum pembaca iiumc yang rajin menambah pengetahuan.
Ada beberapa persoalan yang rasanya perlu aku jawab.
1. Hibah
Yang aku faham hibah ni hadiah biasanya dalam bentuk hartanah yang diberikan semasa hidup. Hibah boleh kepada sesiapa sahaja yang disayangi.
Hibah yang bakal aku laksanakan buat satu2nya zuriatku ialah hibah bersyarat.
Aku perlu buat sedemikian demi menjaga waris2 lain yang juga aku sayangi & mereka juga merupakan waris yang layak terima faraid sekiranya aku telah kembali kepadaNya.
Bersyarat yang aku maksudkan, sudah tentulah menepati hukum faraid.
Aku tidak berani menidakkan hukum faraid kerana hukum faraid sebahagian daripada hukum yang telah ditetapkanNya. Tiada hukum yang lebih adil selain daripada yang ditetapkanNya.
2. Wasiat
Yang aku faham tentang wasiat ialah pesanan seseorang sebelum meninggal dunia tentang keinginan pembahagiaanya terhadap harta2nya.
Wasiat paling banyak kepada bukan waris atau waris yang tak layak harta faraid ialah 1/3 bahagian daripada keseluruhan hartanya.
Jika pewasiat ingin berwasiat kepada waris layak faraid, hendaklah semua pewaris layak faraid bersetuju dengan pembahagian tersebut. Jika tidak, pembahagian tersebut akan dibahagi ikut hukum faraid.
3. Faraid
Yang aku faham tentang faraid pula ialah pembahagian harta si m4ti yang telah ditetapkankan dalam agama Islam.
Pembahagian yang ditetapkan sudah disusun cantik dan sistem4tik. Sangat bersesesuaian untuk setiap zaman.
Cara pembahagian harta ikut faraid.
Kes 1. Yang ditinggalkan Anak perempuan tunggal (1/2 bahagian), Suami (1/4 bahagian), Ayah (1/6 bahagian + Asobah @ baki) & Ibu (1/6 bahagian) Saudara (tiada bahagian kerana terhalang oleh Ayah yang masih hidup). Jumlah harta (13 bahagian).
Kes 2. Yang ditinggalkan Anak Perempuan Tunggal (1/2 bahagian), Suami (1/4 bahagian), & Ayah (1/6 bahagian + 1/12 bahagian (Asobah). Jumlah harta (12 bahagian).
Kes 3. Yang ditinggalkan Anak Perempuan Tunggal (1/2 bahagian), Suami (1/4 bahagian), Ibu (1/6 bahagian) Dan Saudara (1/12 bahagian @ Asobah).
Daripada 1/12 bahagian tersebut untuk 3 orang Saudara masing2 hanyalah 1/4 untuk saudara perempuan (2 orang) & 1/2 untuk saudara lelaki (seorang). Jumlah harta (12 bahagian).
Kes 4. Yang ditinggalkan Anak Perempuan Tunggal (1/2 bahagian), Suami (1/4 bahagian) Saudara (1/4 bahagian @ asobah). Jumlah harta (4 bahagian).
Kes 5. Yang ditinggalkan Anak Perempuan Tunggal @ Suami shj. (1/2 bahagian) Saudara (1/2). Jumlah harta (2 bahagian).
Kes 6. Sekiranya tiada semua waris dan saudara lelaki, Asobah @ baki harta boleh diwarisi oleh anak saudara lelaki kepada saudara lelaki. Jika tiada semua baharulah baitulmal akan mewarisi semua harta si m4ti.
Atas alasan tersebut, kini saya sedang usahakan untuk merangka sendiri untuk melaksanakan pembahagian mengikut lunas2 yang telah ditetapkanNya.
Tidak mungkin Saya akan menidakkan mana2 ahli keluarga yang Saya sayangi.
Saya masih tercari2 manakah lebih baik (syarikat swasta atau Amanah Raya) untuk bantu saya laksanakan pembahagian ini dgn menepati syariat Islam?
Doakan Saya dapat buat keputusan yang tepat. Saya tak mahu suatu masa nanti dipersoalkanNya tentang cara pengurusan harta.
Salah satu tujuan saya menulis di confession adalah untuk sama2 kita berkongsi ilmu Islamik.
Sekian,
– Hamba Allah SWT (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit