Assalamualaikum admin dan reader iium confession semua. Sebelum tu aku minta maaf kalau confession ni panjang, harap semua sudi baca, penat aku taip tau hahaha..
Namaku Sara (bukan nama sebenar). Umur aku awal 30-an. Aku sekarang bekerja biasa2 je dan pada masa yang sama aku tengah buat phd, saje nak serabutkan kepala otak hahaa ok done intro pasal aku. Berbalik kepada tajuk “Andartu Angkara Keluarga”, ya aku la tu Sang Andartu.. Bukan tak pernah bercinta tapi sebab keluarga, aku tinggalkan dia.
Ok ceritanya bermula masa aku ambil diploma dulu, aku ada kenal sorang laki ni (tak perlulah aku ceritakan perkenalan kami, nanti jadi confession lain pulak hahaa) Laki tu aku namakan Syazwan.. Syazwan ni seorang yang sangat sempurna di mata aku (maklumla tengah mabuk bercinta) Dia seorang yang menghormati, tak pernah cakap kasar dengan aku, tak pernah cakap benda yang “bukan2”, tak pernah marah aku selama kitorang couple dalam 2 tahun lebih tu.
Syazwan jugak berasal dari keluarga yang baik2, orang2 semua hormat mak ayah dia, aku pun segan setiap kali jumpa mak dia, maklumlah keluarga aku ni orang biasa2 je. Tapi waktu tu aku tak malu dengan mak ayah dia walaupun keluarga aku serba kurang berbanding mereka, sebab bagi aku biar miskin harta asal kaya budi bahasa, biar miskin harta asal maruah diri dijaga, biar miskin harta asal agama dipelihara..
Aku selit sikit kat sini, sebenarnya dalam hubungan aku dan Syazwan ni, keluarga Syazwan je yang kenal aku, keluarga aku tak kenal pun Syazwan, sebab aku jenis pemalu, tak reti nak cakap macam mana kat family aku yang aku tengah couple hahaa lagipun aku tak pernah bercerita pasal hati dan perasaan dengan mak ayah aku, biasanya cakap benda2 random je.
Berbalik kepada Syazwan, dia selalu minta kebenaran untuk jumpa family aku, nak kenal rumah aku, tapi aku selalu sabarkan dia, minta dia beri masa untuk aku terangkan pada family aku dulu baru dia boleh jumpa. Syazwan macam biasala, selalu dengar cakap aku, selalu iyakan aku walaupun hati dia membuak2 nak kenal keluarga aku.. maklumla masa tu dia dah kerja stabil, dia tak sambung belajar walaupun result dia ok, katanya dia lagi minat buat bisnes, sebab family pun ada latar belakang bisnes kan. So hubungan kami bahagia apa adanya.
Tapi langit tak selalunya cerah kan, macam tu lah kisah aku dan Syazwan. Keluarga aku diuji apabila orang yang aku hormati, iaitu ayah aku, ditangkap polis atas satu kes jenayah (malu untuk aku cerita di sini) tapi yang pasti aku tahu desakan hidup dan salah berkawan buat ayah aku jadi macam tu. Masa aku dapat tahu ayah aku ditangkap, menggigil badan aku, Allah je yang tahu betapa remuknya hati aku, kecewanya jiwa aku.. “kenapa ayah?”. Lepas mak aku call malam tu, aku terus diamkan diri dan mengelak untuk jumpa Syazwan, hati aku tak kuat untuk beritahu dia tentang apa yang berlaku.
Aku rasa hina sangat masa tu. Dan of course la Syazwan “meroyan” hahaa.. berpuluh misscall daripada dia aku ignoredkan je, mesej jangan cerita lah, bertubi-tubi masuk. Habis kawan2 aku dia cari untuk tanya pasal aku, tapi aku minta kawan2 aku untuk tak masuk campur hal aku. So, mereka turutkan je. *Tambahan di sini, kawan2 aku ni boleh dikatakan anti sosial so bagi diorang chat dengan lelaki ni tak berapa elok, sebab tu diorang ikut je cakap aku untuk ignorekan Syazwan, diorang pun tak kenal Syazwan, cuma aku pernah bagi no. fon dua orang kawan aku kat Syazwan in case ada apa2 berlaku kan. Jadi Syazwan betul2 tak dapat cari aku masa tu.
Berbalik kepada family aku pula, cerita penangkapan ayah aku tu hanya keluarga dan saudara mara je yang tahu, selebihnya aku tak pernah cerita kepada orang luar walau serapat manapun kami. Disebabkan ayah aku dalam tahanan polis dalam tempoh masa yang agak lama, maka mak yang sebelumnya suri rumah terpaksa bekerja dan waktu tu kami terpaksa pindah rumah yang disewa di bandar dan tinggal di kampung dengan nenek aku. Aku yang berada pada tahun akhir diploma masa tu nekad untuk bantu mak aku cari duit, sara adik2 lepas aku habis diploma (dalam beberapa minggu je lagi nak habis masa tu).
Masa hati tengah galau dengan masalah keluarga, Syazwan tak henti2 cari aku, mestilah dia pelik kan kenapa aku tiba2 berubah, jujur aku cakap, aku tak tau nak cakap macam mana kat dia, aku malu sangat, dia seorang yang baik, mak ayah dia orang baik2, malah ada nama lagi. Aku ni anak seorang penjenayah, sungguh aku rasa rendah diri sangat masa tu. Aku ni jenis matang sebelum usia hahaa masa tu aku dah fikir, “macam mana aku nak teruskan hubungan dengan dia sedangkan latar belakang keluarga kami jauh berbeza”, “macam mana aku nak hadap saudara mara dia yang hebat2 tu nanti”, “akan adakah yang mengata aku dan keluarga aku nanti”, “akan adakah yang menghina dan mencebik bibir pada kami?” arghh aku buntu!
Akhirnya, pada malam sebelum final exam aku dulu, aku mesej Syazwan, aku minta putus, aku minta maaf dengan dia sebab aku ada alasan tersendiri kenapa aku buat macam tu. Dia tak dapat terima, katanya dia sanggup terima apapun alasan aku asalkan kami tetap bersama.. tapi aku tak kuat, hati aku berbelah bagi, antara keluarga dan cinta, akhirnya aku pilih keluarga.
Aku tinggalkan Syazwan dengan block semua benda yang boleh menghubungkan aku dengan dia, aku tukar nombor telefon, keluarga aku dah pindah ke kampung masa tu so dia tak boleh cari alamat aku dengan kawan2. Bila habis je exam, aku balik kampung dan bekerja part time kat kedai2 yang ada di pekan kampung aku. Macam2 kerja aku buat, salesgirl, pelayan restoran, tukang masak. Demi nak ringankan beban family aku. Dengan penat bekerja tu aku dapat hilangkan rasa rindu kat Syazwan, aku tak tahu khabar berita dia lepas aku mesej untuk putus dengan dia. Kami betul2 lost contact.
Dua tahun lebih kurang ayah aku ditahan dan akhirnya dia dibebaskan. Masa awal2 keluar dari penjara dulu, ayah aku manusia paling alim, paling baik bagi aku. Tenang dengan perubahan ayah aku, aku akhirnya ambil keputusan untuk sambung degree memandangkan result diploma aku cemerlang (walaupun tengah broken masa tu haha). Masa degree aku dapat biasiswa yang sama macam diploma dulu, so takde masalah la dari segi kewangan masa tu.
Masa degree dulu aku daftar FB, tak lama lepas tu aku jumpa profile picture Syazwan, ya Allah berdebar2 aku tengok gambar dia, ya dia, insan sama yang ada dalam hati aku. Walaupun masa kerja part time dulu ada la beberapa orang cuba “risik2” aku tapi aku langsung tak layan, sebab hati aku masih tak boleh menerima sape2 masa tu. Mungkin sebab aku masih sayangkan Syazwan.
Btw, masa stalk FB dia, aku tahu yang Syazwan masih single, ada la beberapa quote yang dia share pasal sakitnya merindui, sakitnya dilukai.. again, aku menangis, aku pun rindu dia, tapi layakkah aku untuk merindui dan menyayangi dia setelah apa yang aku buat kat dia. Akhirnya aku diamkan saja, tak add atau pm dia. Tapi mulai hari tu, aku selalu stalk FB dia, psiko kan aku hahahaha.
Long story short, habis je degree aku terus sambung master dan masa buat master dulu aku tergerak hati nak pm FB Syazwan, terketar2 jari aku menaip, tak tau nak cakap apa, aku just tanya khabar, dia balas dan nada tulisannya seakan2 dia dah move on dengan aku (padan muka aku), bila aku minta maaf dan cakap untuk berkawan semula dengan dia, dia ckp takpe dah maafkan, lepastu dia block aku (double padan muka aku) hahaa. Akhirnya begitulah kesudahan aku dan dia sampai aku tamat master.
Dalam beberapa bulan lepas aku tamatkan master (sebelum konvo), ayah aku sekali lagi ditangkap atas kesalahan sama dan hati aku sekali lagi hancur, masa tu aku tau keputusan aku untuk tinggalkan Syazwan adalah tepat. Aku memang tak layak untuk dia dan keluarganya. Bukan rendah diri tapi aku sedar diri.
Again aku kerja untuk bantu family aku sepanjang ayah aku ditahan. Walaupun berkali-kali ayah aku hancurkan hati aku, tapi alhamdulillah setakat ni aku masih hormati dia, meskipun rasa sayang itu semakin menghilang. Aku cuba kuat untuk keluarga, untuk adik2, dan begitulah aku teruskan hidup sampai aku sambung phd sekarang. Sengaja aku sibukkan diri dengan hal2 keluarga, kerja dan belajar agar hati aku dapat menahan sakitnya merindui orang yang tidak layak aku cintai.
Tapi, baru2 ni aku dah dapat tengok FB Syazwan, maksudnya dia dah tak block aku, tapi kecewanya aku bila status di FB tu dah bertukar kepada “engaged” dan ada la gambar majlis pertunangan yang orang tag dia, tapi gambar tu tak nampak muka, just gambar dari sudut atas, tu pun sekeping je yang “public”, sebab aku tak “friend” dengan dia kan.
Jadi, tahulah aku bahawa hati aku betul2 perlu dikosongkan, mampukah aku? Bertahun aku sayang orang yang sama walaupun aku yang putuskan dia. Bertahun aku single dan tolak dengan baik sesiapa yang mahu “mendekat”. Dan rasanya sampai beginilah hati aku selamanya, kosong tanpa cinta, kosong tanpa dia.
Bagi yang rasa aku ni kejam dan suka fikir negatif tentang perkara yang belum terjadi, aku iyakan pendapat korang. Ya, memang betul. Tapi sedikit yang korang perlu tahu, dulu abang aku bercerai dengan isterinya dek kerana masalah keluarga aku ni, dan sejurus lepas tu aku buat keputusan untuk putus dengan Syazwan.
Sebelum aku akhiri confession ni, jujur aku nak tanya korang semua, masih adakah lelaki yang berasal dari keluarga yang baik2, yang ada pangkat dan nama sudi terima anak penjenayah seperti aku? kalau ada yang sudi apakah keluarganya sudi? aku tanya bukan bermaksud untuk mencari pengganti yang sama seperti Syazwan, tapi aku nak tahu adakah keputusan waktu remajaku dulu tepat atau mainan fikiranku saja.
Sekian, terima kasih sudi baca kisah aku. Maafkan aku dan doakan aku moga2 dapat terus membantu keluargaku, setakat hari ni, aku masih belum perlukan jodoh di dunia, biarlah sisa2 hidup yang ada ini aku gunakan untuk berbakti kepada keluargaku. Wasaalam…
– Miss Saraa
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit