Andartu Angkara Mak Ayah

Hari-hari aku pergi dan balik kerja sambil rasa nak meronta-ronta. Jiwa kosong. Rasa macam hidup dengan jasad je semata.

Susah untuk aku jadi anak yang baik, ramai orang ingat senang untuk redha dengan apa yang Allah tetapkan. Tapi tak.

Aku masih tak mampu redha ditakdirkan dalam keluarga yang memilih bakal menantu berdasarkan status/ pangkat/ pekerjaan.

Aku anak sulung. 4 tahun lagi umur aku akan jadi 30. Aku nak sangat kahwin. Tapi, isunya mak ayah aku sangat closed minded.

Korang ingat zaman dulu je ke mak ayah jenis nak menantu kakitangan kerajaan tu wujud? Sekarang pun ada. Keluarga aku ni salah satu.

Ex aku kerja kilang. Bab agama tak ada isu, dia jenis lelaki yang tak tinggal solat. Harta? Motor dia dah habis bayar. Kereta sendiri pun dia dah ada.

Kami dah buat kursus kahwin sama-sama dah pun. Kalau family orang lain, mesti dah bagi greenlight untuk bina masjid.

Tapi sebab bapak aku nak menantu kakitangan kerajaan, dia reject ex aku. Sekali pakej hina pekerjaan dia. Mak aku? Sama juga.

Dua dua nak menantu yang ada nama dalam pekerjaan/berpangkat. Paling lekeh pun diorang nak cikgu.

Dan aku? Aku tak nak orang lain selain ex aku. Mungkin sampai bila-bila kot aku tak kahwin.

Aku tak mampu nak cari pengganti dia. Dia baik, banyak tolong aku sepanjang aku struggle habiskan ijazah.

Mak ayah aku tak nampak baik dia, hanya sebab dia kerja kilang.

Sekarang dia dah nak kahwin dah. Dia dapat bakal mertua yang sangat sayangkan dia. Keluarga gf dia sekarang sangat baik & welcoming, tipu kalau aku tak sedih tengok semua tu.

Hari-hari aku stalk life dia. Sambil stalk, sambil aku salahkan mak ayah aku. Dalam hati aku, “puas ke tengok anak sendiri menderita?”

– Tanpa Nama (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

8 Comments

  1. Muda lg dik. Baru 26. Jgn ikut perasaan, jiwa muda tu. Parents ada sebab knp dia kawal sikit perihal pasangan hidup. Akak harap, ex adik kat kilang tu sekufu dgn adik yg ada ijazah. That’s what you need to fight for. Tp, kalau adik ada ijazah, dia kurang dr itu, fikir2 la balik. Ada kereta, ada motor bkn la pengukur how commit he is utk jaga anak dara org. Semoga urusan adik dipermudahkan. Semoga dipertemukan jodoh lain dan dibukakan hati utk terima org lain. amin.

  2. Ibubapa adik berniat baik…jangan bersangka buruk dgn ibubapa adik. MEREKA nak cari yg sekufu untuk adik.

  3. Adik sabar & redha. Apa2 yg berlaku adalah ketentuan Allah. Takdir Tuhan menentukan Adik tiada jodoh dgn teman lelaki tu, bukan kuasa ibu bapa pun. Banyaklah solat & berdoa semoga Allah memberi ketenangan hati dan menemukan dgn jodoh yg terbaik.

  4. hahaha baru 26 dah kata andartu. aku ingatkan dia ni dah umur 43 ke. jauh lagi perjalanan ko dek. parents kau tu nak yang terbaik dengan kau. kalau kau dah kahwin dengan ex kau dulu, nak ke kau bercerai sebab takde restu? fikir2 kanlah. jangan terlalu ikutkan perasaan sangat. mungkin dia memang bukan jodoh kau

  5. sabar la sis, umur 26 tu muda lagi. jangan salahkan parents awak sis. mungkin akan datang awak akan bersyukur atas tindakan mereka berdua. teruskan kehidupan & carilah jodoh awak. semoga awak bertemu jodoh dengan orang yang lebih baik, kakitangan kerajaan dan ada kesemua ciri-ciri yang parents awak inginkan.

  6. Hi sis, we’re in the same boat hahaha cuma saya belum clash la, masih melayari bahagia sambil tunggu habis masanya bahagia kami. tunggu masa orang kata, sebab takdapat restu parents.

    wtv it is, your ex dah ada pengganti, inilah alasan untuk you move on dan cuba buka hati balik berkawan dengan orang lain (since taknak kawin sebab ada hati dengan ex tu dah kena reject alasan tu sebab ex pun dah kawin orang lain).

    in the meantime, doa banyak banyak supaya yang datang next ni adalah yang dah ada ciri ciri your parents nak supaya you dah takperlu patah hati lagi sekali dan terus kahwin bahagia ever after.

    Jalan sis dah terbuka sebab your ex dah ada orang lain, dah takde alasan you tak move on. saya doakan yang kehadapannya akan lebih baik untuk sis. semoga sis berjumpa sahabat dunia akhirat yang direstui parents sis lepas ni dan berlapang dada..

  7. Actually better la cri org sekufu. Sbb sebelum kawen kdg2 kita perempuan ni buta. Tp bila dah kawen bru nampak issue. Tp aku xleh blah bila parent dia nak keje kerajaan je. Menyampah plak aku dgn parent mcm ni. Over bai memilihnya. Mcm dorg plak nak kawen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *