Andartu Placenta Previa

As Salam WBH, Insha Allah jika panjang rezeki warkahku ini akan menemui para pembaca IIUMC atas ehsan Admin dan takdirNya.

Confession yang bakal saya kongsikan ini berkitar tentang pengalaman sendiri sebagai wanita profesional yang bekerjaya. Just to share my background, sebenarnya saya merupakan graduan di salah sebuah IPTA tersohor negara. Bertemu jodoh dengan suami yang sedikit muda usianya berbanding diriku. Maka diringkaskan cerita, setelah berumur 26 tahun, baharulah aku mengikat tali pertunangan dan kemudian perkahwinan. Bayangkanlah 27 tahun baharu nak bersanding! Malunya tuhan sahaja yg tahu (seronok pun ya juga).

Pada akhir pengajianku, telah banyak kali aku menasihati bakal suami untuk mempercepatkan perkahwinan kami, malangnya beliau masih dengan alasan cuba berusaha untuk memantapkan ekonomi peribadi. Saban kali kami diperdengarkan ceramah agama dan nasihat orang yang lebih berusia tentang rezeki selepas perkahwinan, rezeki anak dan sebagainya. Bahkan, sebenarnya kami mampu untuk meneruskan majlis dengan skala kecil-kecilan sekadar menunaikan perkara-perkara wajib. Namun tetap kami syukuri nikmat penyatuan ini walaupun HANYA setelah berumur 26 tahun, ya setelah memegang title andartu ‘advance version’ baharu lah kami dapat bersama. Itupun setelah puas drama merajuk dan krisis kami lalui weh..yang nyata nya taklah semantap mana pun ekonomi bakal suami selepas itu. Cuma rezeki jauh lebih baik selepas kami bernikah dan menimang 2 cahaya mata.

Masalah kami bermula apabila setiap kali mencuba mendapakan anak, pelbagai masalah timbul. Lebih teruk lagi masalah kesuburan wanita pada usia 30an. Seperti tajuk di atas, Placenta Previa bukanlah kisah tentang mentega (placenta) atau kereta (previ). Ini merupakan istilah perubatan yang merujuk kepada kedudukan uri di bawah pangkal rahim. Bagi mereka yang tak familiar, cukup sekadar tahu bahawa masalah ini sangat berbahaya kepada ibu mengandung dan kandungan kerana pendarahan dan keadaan yang tidak normal posisi bayi dalam perut ibunya. Penjelasan in kami perolehi dari pakar sakit puan yang menguruskan kes kami. Antara punca utama masalah ini adalah kerana usia Si Ibu yang melebihi 30an …

Selepas menerima penjelasan doktor, dapat kurasakan duniaku gelap seolah-olah macam tak bayar bil TNB. Suami turut menyatakan penyesalan kerana menangguhkan perkahwinan dulu. Kedua-dua anak dilahirkan dalam keadaan yang tak normal. Secara prosedur C-Zer ataupun pembedahan. Bahkan, kami digalakkan untuk meneruskan dengan anak ke-tiga untuk mengelakkan risiko keguguran.

Kini baharu suamiku sedar kenapa seboleh-bolehnya adat kita menekankan anak dara perlu kahwin seawal umur 20an. Bahkan, terdapat sunnah turut menggalakkan KAUM LELAKI yang mencapai tahap al-Ba’ah (kemampuan daripada segi seksualiti dan memberi nafkah) bernikah seberapa segera. Kewajipan ini selari dengan hukum biologi di mana hukum dunia menunjukkan kaum lelaki lebih cenderung mencari wanita yang lebih muda. Rupa-rupanya semakin hampir ke usia -30, semakin merbahaya untuk melahirkan anak. Itulah sebabnya orang tua dan keluarga seolah-olah melarang jikalau anak beliau ingin berkahwin dengan wanita yang lebih berusia. Masha Allah…

Baru-baru ini, ada seorang confessor yang menyatakan beliau risau jadi andartu pada usia 24 tahun. Beliau dengan penuh ikhlas telah pun berkongsi kisah hidupnya pastinya untuk mendapat nasihat kita semua. tetapi, apa yang terjadi? Komen-komen dari pembaca sangat menyedihkan. Beliau dihentam dengan teruknya. Bagi saya kita sepatutnya menyokong emosi beliau dan memberikan galakan dan tunjuk ajar berdasarkan pengalaman. Jikalau nasib kita tidak baik, sepatutnya kita kongsikan pula cara penyelesaian masalah yang lebih baik dan bukan menghentam beliau.

Pada saya masyarakat sebaik-baiknya menyokong dan membantu golongan yang bernikah pada usia muda. Lelaki seharusnya menjalankan tanggungjawab mereka dan memantapkan ekonomi lebih cepat dari bakal isteri yang lemah. Allah SWT memberikan banyak keistimewaan pada kaum Adam untuk mencari rezeki, sementara kaum Hawa dengan pelbagai cabaran biologis untuk survival. Marilah kita ubahkan persepsi kita, percepatkanlah pernikahan ketika usia kita masih subur. Jadikanlah ummah kita lebih kuat dan tidak pupus dengan kehadiran kaum pendatang!

– RaiZaharah Suzanne

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit