Aku Sha berumur 34 tahun, dimana aku juga bertemu jodohku pada usia yang menjangkau 35 tahun. Coretan ini adalah untuk menyuarakan suara hati yang terpendam selama ini berkenaan isu andartu.
Memang benar tiada siapa pinta untuk jadi andartu malah ingin dipandang serong oleh masyarakat. Tapi sebenarnya ramai yang MEMILIH untuk jadi andartu berbanding ingin mendirikan rumah tangga.
Isu andartu yang terpilih inilah bila diperkatakan tentang jenis perempuan materialistik mereka yang paling kuat menentang bila dikatakan terlalu memilih pasangan.
Mari berpijak di atas bumi.
Aku pada awal perkenalan dengan suami juga ditentang oleh rakan sebayaku yang juga andartu kerana lelaki tersebut hanya berpangkat rendah dan juga berstatus OKU fizikal.
Kata kawanku lagi, aku berhak untuk dapatkan lelaki lain yang lebih baik status sosialnya dan berkerjaya tinggi.
Malah yang lebih menyakiti hatiku bila status OKU tersebut ditentang hebat olehnya sehingga beliau tidak lagi mahu berkawan denganku.
Aku cuba untuk berbahas secara realistik dengan Ain (bukan nama sebenar). Pada usia hampir 35 tahun, mudahkah orang seperti kita berjodoh dengan lelaki bujang?
Bagaimana nanti penerimaan ibu mertua apabila anak bujangnya memilih calon isteri yang sudah lanjut usia dan sudah pasti isu zuriat akan datang di kemudian hari. Bersediakah kamu?
Ain terdiam cuba mengiyakan hujah aku tetapi nada suaranya masih lagi yakin boleh berjodoh dengan orang bujang.
Aku tidak menidakkan takdir tetapi bagiku, Ain terlalu berdrama kerana sibuk melayan jejaka muda awal 20an yang baru melangkah alam pekerjaan untuk dijadikan suami.
Malah lebih membimbangkan jejaka muda tersebut datangnya daripada luar negara.
Beriya sungguh Ain melayan dan pada masa yang sama dia turut sedar dipergunakan tetapi seolah menidakkan kenyataan sebenar yang berlaku.
Mungkin juga ego yang cuba ditonjolkan dimana dia boleh dapatkan lelaki luar yang lebih kacak dan muda untuk menerimanya. Persoalan aku dalam kes Ain, ikhlaskah lelaki muda tersebut mencintaimu?
Bagi andartu terpilih, mereka adalah golongan yang punyai pelbagai komitmen pada keluarga dan menghabiskan sepanjang masa muda mereka berkhidmat pada keluarga. Ramai yang seperti ini.
Ramai andartu terpilih yang memilih untuk berpasangan haruslah setara dengan pendapatan mereka agar diri mereka tidak lagi terbeban dengan tambahan orang baru dalam hidup.
Bagi aku ini ialah golongan yang TERPILIH, bukan semua orang punyai rasa tanggungjawab sehingga sanggup mengorbankan kebahagiaan diri sendiri bagi memenuhi tuntutan tanggungjawab ke atas keluarga.
Memang benar, menjadi seorang perempuan bukanlah sesuatu yang mudah. Lebih lagi apabila dipersoalkan tentang perkahwinan dan lebih-lebih lagi apabila tidak mudah untuk bertemu jodoh.
Kini pada usiaku agak lewat berumah tangga baru aku sedar bahawa hakikat yang paling sukar untuk berjodoh ialah untuk berjumpa dengan lelaki yang benar-benar ingin mengambilku sebagai teman hidup,
Yang benar-benar ingin memikul segala dosaku sekiranya tergelincir daripada tuntutan agama.
Tidak mudah, ya tugas itu amat sukar. Bukan mudah untuk kita berjumpa dengan seseorang yang benar-benar ingin mengambil sepenuh tanggungjawab ke atas diri kita.
Itulah titik persoalannya selama ini sekiranya dipersoalkan tentang isu jodoh bagi setiap perempuan.
Maka bagiku untuk pesanan kakak seangkatan denganku terdahulu, janganlah salahkan takdir bahawa jodoh tidak kunjung tiba tetapi berlapang dada untuk menerima mereka yang benar ikhlas ingin hidup bersama kita.
Sekiranya andartu memilih ini bimbang dipergunakan oleh bakal suami,
Saya nasihatkan terangkan awal-awal kepada si lelaki tersebut bahawa harta yang kakak cari sebelum berkahwin dengannya akan dihibahkan kepada badan kebajikan dan sebagainya.
Maka dengan tindakan tersebut kakak sudah boleh menilai reaksi si Dia jika benar mahukan kakak seikhlas hati mencintai atau kerana harta yang kakak punyai.
Aku berharap para andartu terpilih dan memilih akan kecapi kebahagiaan berumah tangga suatu hari nanti. Semoga tulisan ini dapat dimanfaatkan.
– Sha (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit