Andartu Yang Tertekan

Hi korang. Tujuan aku tulis artikel ni ialah untuk meminta nasihat korang yang mungkin ada sama pengalaman dengan aku, atau faham apa yang aku lalui. Aku sebenarnya sangat tertekan sekarang sebab aku merasakan hidup aku terlalu LOSER jika dibandingkan dengan rakan sebaya yang lain.

Umur aku 30 tahun. Ya, Umur Andartu. Kerja baru ja 3 tahun. Korang jangan tanya kenapa aku mulakan hidup aku di usia yang lewat. Ya, orang lain 30 tahun dah beli rumah, anak da masuk tadika. Suami dah bawa melancong tempat indah. Tapi aku, gaji aku tiap bulan bayar hutang diploma dan degree. Bayar kereta dan sewa rumah. Bayar sewa parking tempat kerja. Duit yang tinggal cukup makan.

Mak aku, sentiasa tanya aku pasal jodoh. Sentiasa suruh aku pergi ngorat lelaki itu lelaki ini. Mak aku pula, requirement untuk jadi menantu dia sangat tinggi. Dia suruh aku cari lelaki alim, pergi masjid selalu, ada kerjaya, kalau boleh lagi tua dari aku. Kadang aku rasa macam, mak, kenapa mak ni rasa macam Ina boleh dapat semua tu ya padahal mak tahu kan Ina ni hodoh? Ustaz ustaz muda zaman sekarang semua nak perempuan berpurdah yang mata cantik, putih semua.

Asal aku ada kawan lelaki, mulalah dia suruh aku ngorat. Padahal diorang da awal2 friendzone aku. Aku geram sebab mak aku macam push aku untuk ngorat orang yang terang2 dah tanak aku sebagai isteri. Mak aku senangla cakap, dulu mak aku, ayah aku yang ngorat mak aku direct, dan mak aku pula jenis muka putih, cantik dan kurus.

Banyak lelaki pernah ngorat dia sebelum dia terima bapak aku sebagai suami. Kahwin pula, umur 21. Sejujurnya, bukan tak pernah ada lelaki yang mengorat aku, tetapi, requirement yang mak aku berikan terlalu tinggi. Walaupun aku suka orang yang ngorat aku tu, bila aku dengar mak aku nak bakal suami aku ada itu ada ini, aku putus asa.

Satu lagi, Aku ada masalah kulit – muka aku ya memang flawless. Tapi kulit aku ? berbintik bintik. Nama penyakit tu? Keratosis Pilaris. Doktor cakap penyakit ni memang takde ubat. Bila aku tengok komen komen lelaki kat fb, tentang betapa diorang jijik sebab kulit perempuan tu hitam la, aku bayangkan, kalau aku kahwin – dan suami aku ternampak kulit aku … adakah dia akan cerai aku right away ?

Belum cukup tekanan dari emak, ayah aku pulak dah tanya tanya bila aku nak beli rumah. Aku rasa macam kadang kadang nak ja bagitau ayah aku. Ayah, tak semudah tu nak beli rumah dengan keadaan kewangan aku yang sekarang. Aku bayar duit ptptn, sekali dengan bayar tunggakan – in which, mengambil masa 3 tahun untuk aku clear semua tunggakan. Tunggakan ya bukan pinjaman. Tapi ayah aku macam terlalu push aku, sentiasa tag aku dengan iklan rumah itu ini.

Oh ya, kalau korang nak tahu, mak ayah aku belajar free (orang dulu dulu kalau masuk u tak perlu bayar), keluar pulak dapat kerja sebagai pegawai kerajaan. Mereka merasakan, dengan gaji aku yang sekarang, sudah cukup untuk beli rumah – sebab mereka bandingkan dengan keadaan mereka dahulu.

Entahlah, aku rasa aku tertekan sebab aku tak dapat nak penuhi expectation mak bapak aku. Seperti aku kecewakan mereka kerana aku jadi andartu yang tak ada rumah sendiri. Apa yang aku nak tahu, bagaimana korang, perempuan yang lagi tua dari aku ini belajar sabar ? Bagaimana korang lakukan ini semua tanpa perlu rasa tertekan ? Bagaimana korang hadapi mak bapak korang?

Aku perlukan jawapan…

– Ina

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *