Androphobia + Social Anxiety Disorder

Hi semua!
Aku terpanggil untuk menulis confession ini kerana aku ade terbaca tentang perasaan gemuruh terlampau,androphobia and malu .Meh nak citer kenapa aku rasa terpanggil.haha.Lepas baca beberapa confessions sebelum nie,baru lah aku tahu aku sebenarnya seorang androhobia plus anxiety disorder gak.Thanks kepada confessors yang telah meluahkan pasal citer tersebut.Lepas baca confession tu,apa lagi,google la terus.Google punyer last2 jumpa.So sebab tu aku buat kesimpulan yang aku memang mengalami masalah tu.Bagi yang tak tahu ape itu androphobia ,androphobia tu ialah takut kepada lelaki manakala anxiety disorder tu pulak ialah perasaan gemuruh/gelisah yang tak dapat dikawal.

Ok, sebenarnya bukan nk citer macam mana aku tahu aku ade penyakit tu.lol.Sebenarnya,aku nk cakap bagaimana aku dapat penyakit tu.Walaupun fobia tidak dikategorikan sebagai “penyakit” yang berbahaya.But, ia amat mengganggu kehidupan harian pesakit tersebut.Jangan cakap aku alami androphobia sebab lelaki.Sebenarnya tak.Daripada source yang aku baca,selain disebabkan oleh lelaki,terdapat sebab lain jugak.Aku gigih la baca satu demi satu,plus aku imbau kembali ade x perkara terjadi relate dengan aku.Yup, androphobia aku nie terjadi disebabkan oleh aku alami anxiety disorder yang lain iaitu social anxiety disorder.Social anxiety disorder ni macam rasa diri down,rasa x boleh buat kesalahan depan orang dan sebgainya

Bagaimana aku dapat penyakit tu? ok,citernya bermula macam nie.Waktu sekolah rendah dulu,aku seorang yang ceria dan suka bertanya dalam kelas serta selalu la jugak jawab soalan yang cikgu bagi.Kiranya,dulu memang aku ok.Tak ade ape2 masalah pun.(Selepas itu,aku telah memasuki alam remaja iaitu sekolah menengah).Chewah,skema betul ayat! Then,segala-galanya bermula.Aku ingat lagi masa tu cikgu perempuan iaitu Puan Nur(bukan nama sebenar).Dia seorang guru yang kadang2 ok kadang2 tak.Bukan aku nak cakap dia tak betul.Just perangai dia yang kadang2 ok kadang tak.Masa tu dia ajarlah aku dan kawan2 aku bagaimana nak buat benda tu ikut step2 by step2.Ok,let say cara nak buat biskut.Aku tak boleh nak cakap ape benda itu sebab ramai kawan aku peminat confession yang tegar.Mesti diorang boleh agak sape aku.

Then,aku memanglah overly excited sangat tengok macam mana dia buat.Lepas habis demo,dia tanya sape yang nak start dulu.memang aku la jawabnya,sbb aku terpegun tengok cara dia buat.Biasalah budak baru umur 13 tahun masa tu,kadang2 aku ingat kadang tak ingat.haha.Aku start la buat benda tu,pastu aku salah step.Jadi aku terkenalah cuitan yang berbisa.Lepas tu,salah step kali kedua,aku buat.Adoii.What the fish betul! Pastu dia start cubit aku and at the same time dia marah aku lagi.Huh,memang nervous la selepas tu.Aku try buat step seterusnya,salah pulak!Dia buat cubit lagi aku.tiba2 minda aku jadi blur.Aku tak ingat ape2 yang dia demo.Lepas tu terus menerus aku melakukan kesilapan.Dia cubit aku dalam 5 kali camtu plus marah.Pastu dia nampak tangan aku bergetar sangat.Nasib baik air mata perempuan aku tak keluar.

Then dia cakap,tukar orang lain pulak.Maka,aku pun pergi dari situ dan aku nampak memang tangan aku bergetar sangat2.Masa tu,aku memang malu sangat2 depan kawan2 aku.Nasib baik kawan aku paham benar dengan cara cikgu tu..Habis part cikgu tu.Sepanjang aku bersekolah di situ,aku sebenarnya ade satu lagi personal problem.Berkaitan dengan seseorang tapi bukan lelaki yea.Yang nie aku tak boleh citer.Biarlah rahsia~Sejak tu aku jadi pendiam dan hanya bercakap dengan orang perempuan.Memang aku tak pernah bertegur pun dengan classmate lelaki ditambah perasaan yang malu dengan kawan aku tempoh hari.Kebetulan pula,adik beradik aku kebanyakan perempuan,lelaki sorang je.Tu pun adik lelaki aku belum lahir masa tu.Memang aku cakap dengan perempuan jela plus papa aku.

Pernah aku masuk interview nak jadi pengawas,memang out habis aku.Suara aku tiba2 jadi bergetar dan memang jantung aku berdegup kencang.Siap cikgu lelaki yang interview aku cakap,relax je awak,jangan gemuruh.Presentation apetah lagi,memang out terus.Lepas tu,aku transfer kat sebuah sekolah di kawasan luar bandar disebabkan oleh personal problem yang tak boleh diceritakan.Memang aku masuk sekolah tu pun,memang aku pendiam gak.Cakap banyak pun dengan kawan perempuan yang rapat.Lepas beberapa tahun,aku dilantik jadi pengawas sebab kebanyakan student tak nak jadi pengawas.Kiranya aku ok gak dalam akademik.Maybe cikgu tengok kat situ kot.Lepas tu,aku jadi pengawas.Dari situ aku develop diri aku sendiri sampai bila nak jadi camtu.Aku pernah jadi mc je.haha.

Pernah jugak ade kawan lelaki yang approach aku Tanya soalan tu,Tanya soalan nie.Memang aku berdebar habis.Tapi tak boleh kedekut ilmu.Aku control gak.Aku just jawab soalan kawan tu je .Aku tak bergaul pun dengan lelaki.Kalau aku try cakap ngan lelaki selain daripada pembelajaran,memang jantung aku berdegup kencang sampai suara pun boleh dengar cam x jelas atau nervous.Sampai ade sorang lelaki nie whatsaap dalam personal group pun,tiba2 tangan aku jadi sejuk plus jantung berdegup gara2 dia tanya aku.Memang teruk gak la.Banyak lagi sebenarnya aku nak citer pasal experience aku.Nanti boring pulak baca.Aku just highlight peristiwa tertentu ja.

Tapi benarlah setiap penyakit ade ubatnya.Aku try atasi masalah aku dengan communicate dengan orang dan berhadapan dengan orang lelaki.Kalau bab2 order makanan,aku akan try communicate dengan orang tu.Aku cuba dan cuba.Aku try gak berkawan dengan budak lelaki tapi batas pergaulan kena jaga.Setiap masa aku cuba untuk atasi masalah aku.Aku berkawan dengan semua orang.Aku bekerja part time dan buat business kecil-kecilan.Eh,lupa nak cakap,sekarang aku ialah seorang student di sebuah universiti.Di situlah,cara untuk aku atasi masalah aku.Then aku try gak bercakap positif dan bercakap sesuatu tajuk seorang diri dengan suara lantang agar aku tak nervous kalau cakap depan orang ramai.Kadang2 aku try gak bercakap depan cermin.haha.

Alhamdulillah,setakat nie,aku dalam proses untuk merawat diri aku sendiri.Kalau bukan aku,sapa lagi yang nak tolong aku.Alhamdulillah banyak improvement yang aku dapat walaupun tak pulih sepenuhnya.So kepada orang yang alami masalah malu,androphobia,anxiety disorder atau mempunyai masalah berkaitan itu.Usahalah untuk bercakap dan bergaul dengan orang.Kita kena atasi masalah kita, kawan! Fighting!

Dan satu lagi,kepada yang ade masalah nie,you have to try untuk atasi masalah ini even memang malu giler at the first time.It’s ok friend because everyday is a learning process. tak pe if anda melakukan kesalahan tapi jangan ulangi kesalahan tersebut.Ambil iktibar ape yang berlaku sebab setiap manusia buat kesalahan . Jangan takut untuk melakukan kesalahan.Malu is ok tapi jangan sampai ia menganggu kehidupan harian kita.Malu biar berpada-pada.

Dan kepada yang ade kawan yang korang rasa symptom dia cam aku seperti tangan sejuk,sakit perut atau berdebar,suara terketar-ketar even badan pun korang nampak dia cam x ok.Approach you friends and advise them.Bagi semangat kat dia.Jangan pinggirkan orang macam nie.Kalau kita tolong orang,maybe next time dia pun akan tolong kita. Sekian.

– Andro

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit