Assalamualaikum. Firstly, i wanna thank a lots to dear admin, sebab hari tu dah siarkan entry aku, (https://iiumc.com/hati-remuk/). Yang keduanya, nak disclaimer pasal entry kali ni. Harap jangan mudah percaya dengan apa yang diketengahkan (ajuk suara kc champion).
Cerita kali ni bagi aku lebih kepada mistik berbanding seram. Mesti ada yang akan suruh aku post dekat fs kan? Well aku cuba kedua-duanya nasib lah yang mana siarkan cerita ni.
Aku ni sebenarnya suka barang unik dan antik, tak kira lah apa pun asalkan bagi aku benda tu nampak unik dan menarik bagi pandangan aku. Masa aku kecil-kecil aku suka kumpul duit lama sekitar 70 ke 90an, berbagai koleksi duit aku simpan dan dari bermacam-macam negara. Kawan-kawan aku selalu je gelakan aku, ye lah, paling-paling pun budak sebaya aku masa tu kumpul setem atau pemadam buat lawan haha.. Aku dah sibuk nak kumpul benda yang bagi diorang agak mewah dan pelik. Sebab koleksi duit tu ada dari Rm100 ke bawah. Budak 90’s simpan Rm100 berkeping-keping sangat mahal dan pelik hobi tu.
Bila aku menginjak dewasa aku mula meminati keris pula. Tapi bagi aku tak mampu lah nak beli banyak sebab mahal untuk setiap satu bilah keris. Lama aku simpan hasrat dan kumpul duit sehingga aku mampu beli sepasang keris lama dan baru. Aku beli dekat selangor tau keris ni, lepas beli je terus aku balik ke rumah aku di pahang. Masa malam pertama aku beli keris tu tak de apa-apa yang pelik atau mistik pun. Tapi bila masuk je malam kedua aduhai dia dah mula nak tunjuk keberadaan dia. Aku ni pulak jenis optimis bab-bab macam ni walau aku minat giler baca dan tengok movie hantu, jenis tak percaya sangat.
Malam kedua tu aku main fb dan twitter sekitar pukul 12 malam dan menginjak je jam 1 pagi aku pun terus tutup semua aplikasi di handphone dan charge telefon aku. Aku masuk bilik air dan mandi, oh ya aku memang biasa mandi lewat malam. Bila aku keluar dari bilik air aku tengok fone aku menyala so aku fikir ada orang lepas call aku maybe sebab tu fone aku menyala. Bila aku cabut charger dan tengok fone terkejut aku sebab dekat ruangan search IG aku tertaip Fikshen shasya, dan lebih menghairankan bila account IG aku di switch. Untuk orang yang biasa guna ig dia tahu lah memang IG boleh on dua acc sekaligus.
Dalam hati, aku dah menyumpah pasal aku tahu bukan aku seorang “sahaja” dalam bilik sekarang ni. Ok cuba korang bayangkan aku dah mention aku tutup semua aplikasi tadi kan? Dan aku tak sebut pun aku buka IG kalau korang perasan. Yes tu masalahnya!! Mana benda tu tahu password fone aku dan kenapa dia buka Fs kat IG agak-agaknya? Waaaa-ter park dan gigih betul dia nak beritahu kewujudan dia kan? Lol…
Kalau nak tahu lagi bilik air aku ni dalam bilik tau, aku jenis bila masuk je bilik terus tangan automatik lock tombol pintu. Dan sepanjang aku dalam bilik air aku tak terdengar pun ayah aku buka pintu bilik guna kunci atau apa. Rumah tu aku duduk berdua je dengan ayah. So amat-amat mustahil ayah aku yang buka fone tu. Apatah lagi ayah aku yang rabun dah berusia 60+ tu tahu password aku. Dan lagi ayah aku ni jenis ayah yang agak old school tak reti guna segala apps dan MedSoc. Dia kata buang masa layan handfone ni. Muka aku rasa pijar juga bila ayah aku dalam diam sindir gitu, padan muka aku hakhak. Untuk korang yang rajin sangat main apss tu hati-hati lah jangan sampai “dia” tumpang main sekali dengan korang.
So, itu je lah cerita mistik dan bagi aku aneh untuk diterangkan. Lastnya, aku fikir fone aku dah nazak dan perlu ditukar. Loud of laugh giler… Bagi korang as pembaca pula sila lah fikirkan dan beri pandangan selogik mungkin. Disclaimer ya, dah kata cerita ni tak seram tapi memang pelik untuk aku fikirkan.
Bye adios semua, lain kali kalau aku rajin aku taip lagi pengalaman misteri yang lain-lain. Pasal keris tu pula lepas je aku kena usik aku terus suruh ayah aku pegangkan dan aku jarang-jarang dah tengok dan cuci. Sekian…
– Ez
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit