Angah dan Adat

Assalamualaikum semua, Aku nak cerita pasal apa yang jadi kat family aku. Pasal abang aku tersepit antara Angah aku, “Adat” dan bakal mak mertua.

Aku ada 4 beradik. Aku ada 3 abang, dan aku perempuan. Sorang dah kawin, 2 lagi abang aku belum kahwin.

Kisahnya macam ni, alang aku ni dah ada someone special, dan dah berbincang untuk bertunang. Tapi bila parents aku bagitahu pasal ni dekat pakcik makcik aku, masing-masing tanya “Kenapa alang kawin dulu ? Kenapa tak Angah ? Kenapa tak ikut turutan?” And then parents aku bagitahu laa, yang alang aku ni jodohnya sampai awal. Jadinya, apa salah nya kalau Alang bertunang dulu kan.

Tapi makcik aku cakap “Ehh mana boleh, mesti kena ikut turutan. Lagipun, kau taktau ke memang Mak (nenek aku) pantang kalau cucu dia kahwin tak ikut turutan ?”.

Aku akui memang nenek aku pantang kalau cucu dia kahwin tak ikut turutan, tapi itu kalau anak perempuan. Ini masalah nya, yang nak ‘dilangkah’ tu anak lelaki. Aku pelik juga dengan makcik aku ni, kenapa nak ikutkan sangat dengan ‘tradisi’ nenek aku ni.

So bincang punya bincang, alang aku pun dah stress memikirkan. Yang bakal MIL alang pula dah push alang supaya cepat bertunang, yelah. Gf dia pun umur dah 25, tapi 25 bagi aku muda lagi kot. Maka, pertunangan itu ditangguhkan, untuk kami berunding dengan family gf alang.

Yang Angah aku ni pun, pelik juga apsal dia takde kawan perempuan, rupa pun ada. Kerja pun bagus. Kadang aku terfikir, dia ni minat kaum sejenis ke apa. Umur dah 27 tapi takde fikir nak ke arah perkahwinan, tapi jujur aku cakap yang angah memang workaholic laa. And angah aku ni lebih suka luangkan masa dengan family, berbanding dengan kawan.

Berbalik pada Alang, alang aku ni dah stress fikir pasal benda ni. Dan aku tengok, badan dia makin kurus. Makan pun sikit je, ni semua sebab fikirkan benda tu laa.

Ibu aku berbincang dengan Angah, ibu cakap, ibu nak carikan angah calon laa. And then sementara buat persiapan, angah kenal-kenal dulu. Tapi angah tak setuju, sebabnya angah cakap benda ni bukan boleh main cekup je. Angah pun ada kriteria yang dia nak, and angah cakap angah belum ready lagi, dia nak perbaiki diri dia dulu baru lah dia boleh didik bakal isteri dia nanti.

But, ibu aku terus menerus push angah pasal kahwin ni, aku dah puas nasihatkan ibu. Jangan dipaksa, benda memang laa bagi kita akan ok. Tapi bagi angah, entah dia ada plan lain ke. Alang aku pun dah try discuss dengan future MIL dia, tapi diorang pun push jugak supaya cepatkan majlis tu.

Yang parents aku ni pulak dah terikut-ikut dengan cakap makcik pakcik aku tu, yang jadi mangsa, alang jugak. Sampaikan Alang pernah cakap dengan aku yang dia nak kawin kat sempadan senyap-senyap.

Tapi aku larang, and cakap buat laa kalau nak, tapi jangan tanya adik kenapa rumahtangga alang bermasalah nanti. Nak bina masjid, kena ada restu dari kedua-dua ibu bapa.

Benda ni jadi makin serious bila future MIL alang asik push je. And gf alang pun ada buat hal jugak, selalu cari gaduh and cari salah alang. The last is, alang cakap memang dia takde jodoh dengan perempuan tu. Makanya, alang  terpaksa lepaskan perempuan tu.

Alang memang kecewa, sampaikan alang langsung taknak cakap dengan ibu ayah aku. 2-3 hari jugak lah, lepastu dia mula okey sikit. Tapi alang cakap, dia apply kerja kat saudi. And alhamdulillah, alang dapat kerja kat saudi. Sedih jugak tengok alang macam tu.

Aku nak pesan laa, tolong laa jangan ikutkan sangat ‘pantang’ family tu. Benda ni akan effect kat semua orang tau, bila dah jadi macam ni ? Siapa yang nak disalahkan ? Parents kat luar sana tu jangan nak ikut sangat ‘pantang’ bodoh ni. Aku pun tak tau laa kenapa parents aku boleh terjebak and termakan cakap makcik pakcik aku.

Alang, sabarlah. Mungkin allah dah aturkan yang lebih baik untuk alang. Sorry laa guys, aku punya ayat tak teratur sangat. Oh yaa, btw angah and alang aku sampai sekarang masih single.

Thank you Admin.

– Cik Yu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *