Angah dan Ya

Assalamualaikum. Jika confession ini diterima, terima kasih admin. Ini kisah yang jadi kat family aku, tapi aku tak boleh nak cerita semua. Takut family aku tahu pasal confession ni, but if korang nak aku sambung. Boleh je, aku akan sambung.

Aku ni umur 19, anak bongsu dari 5 beradik, yang aku nak ceritakan adalah kisah abang aku. Aku panggil dia Angah, dia ni anak lelaki tunggal. Yang lain semuanya perempuan, and 2 kakak aku dah kawin and tinggal dengan suami dia. So angah, umur dia 27 and dah kahwin tahun lepas. Dia tinggal sekali dengan kitorang, memandangkan dia ni anak lelaki tunggal kan ? So dia yang nak tinggal rumah tu, and kami pun okey je.

Oh ya, angah aku ni jenis yang utamakan family. Dia sangat rapat dengan ibu aku, and adik-adik dia. If dia dia makan, or beli apa-apa untuk wife dia. Dia mesti akan belikan untuk adik dia sekali. Even benda tu bukannya kitorang mintak. Memang dari dulu dia jenis macam tu, apa dia makan, dia akan beli and bawak untuk adik-adik dia.

Sebab dia pernah cakap, dia taknak bazirkan duit kat benda lain selain family dia. Aku pun bersyukurlah kan sebab dapat abang yang jenis utamakan adik-adik dia. And kadang, angah aku dapat bonus. Dia akan bagi aku sikit, so aku pun tanya dia “Kakya tau tak yang angah bagi adik ni ?” Dia cakap tau. Aku taknak laa nanti kakak ipar aku rasa aku ni mintak duit suami dia.

Kakak ipar aku ni alim, tudung bawah dada. Pakaian longgar, walaupun berfesyen, tapi still pakai longgar. Sembahyang dhuha tak pernah tinggal, malam-malam bangun solat tahajjud.

Tapi dalam 2 bulan lepas, ibu aku cakap “Adik, nanti jangan terima dah duit yang angah bagi ya?” Aku cakap, kenapa ni bu? Ibu aku hanya jawab “takde pape, takpe nanti bulan-bulan ibu akan bagi adik duit tambahan.” Aku macam pelik laa, kenapa tiba-tiba ibu aku cakap macam ni. Sebab selama ni, bukan aku yang minta-minta, tapi memang angah yang nak bagi aku. Malah dia paksa aku ambik duit tu, walaupun aku ni dah ada business sendiri.

Jenuh aku fikir pasal apa ibu aku tiba-tiba cakap macam tu? Like something wrong somewhere, so aku pun mula laa menyiasat. Aku tanya ibu, ibu taknak cakap. Aku tanya kakak aku, rupanya kakak aku dengar angah gaduh dengan kakya.

Bilik kakak aku ni sebelah bilik angah, and bilik air bersambung. So kadang, boleh dengar apa yang bilik sebelah sembang.

Kakak aku cakap Yang Kakya (kakak ipar) tu jealous sebab angah bagi adik-adik dia duit. Sedangkan adik-adiknya dah ada business sendiri.

Kakak aku sambung lagi, haritu kakya gaduh dengan angah. Kakya cakap, perlu ke bagi adik-adik duit or belanja adik-adik ? Angah aku cakap laa, “memang laa perlu. Sebab adik-adik perempuan, and dia bawah tanggungjawab i. Lagi pun i akan lebihkan Ya berbanding adik-adik” and then kakya macam tinggi suara dia cakap, “maaf laa, sy tak boleh berkongsi awak dengan adik-adik. Sy tak suka berkongsi”.

Ohh aku terkejut gila, tak sangka pulak jadi macam ni. Sebab aku tengok kakya okey je dengan aku, even aku pun memang selalu spendtime dengan kakya. Kakak aku cakap, buat tak tau je. Jangan tanya apa-apa kat angah And pura-pura macam tak de pape berlaku, melainkan angah bukak cerita.

Lepas je kakya luahkan tak puas hati ni kat angah, memang aku perasan yang kakya macam dah berubah. Jarang tengok tv, jarang spendtime dengan aku. Bila aku ajak pergi mana-mana nanti dia bagi banyak alasan, selalu kalau dia keluar bilik, nanti dia moody

So, seminggu lepas tu, angah ajak berbincang tanpa kakya (dia keluar). Masa bincang ni, angah cerita laa pasal kakya tak puas hati tu. And Rupanya angah nak pindah rumah, tapi rumah tu tak jauh dengan rumah family. Jadi, ibu aku pun bagi laa angah pindah. Angah harap dengan pindah rumah, benda ni akan selesai.

Aku berhenti sini je, penat type. Kalau nak, aku sambung lagi nanti.

Mungkin dekat sini ada salah aku, yelah. Mungkin aku main ambik je duit tu kan, tapi aku pakai duit tu bukannya saja-saja. Kadang aku beli nasi lemak and sedekah, kadang aku belanja kawan aku yang tengah pokai. Jarang aku guna duit angah untuk benda yang takde faedah or shopping sakan.

Assalamualaikum.

– Cik Adik

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *