Angah Mangsa Dera

Assalamualaikum semua, salam ramadhan. Hari ni aku nak kongsikan pengalaman aku mempunyai abang yang mempunyai OCD & Anxiety Disorder. Kalau ada sesiapa tak tahu apa itu OCD/Anxiety Disorder boleh google ya

Secara jujurnya, aku bukanlah pelajar lepasan mana-mana universiti sebab aku memilih untuk bekerja demi menampung ahli keluargaku yang ramai. Walaupun mendapat keputusan spm yang cemerlang aku memilih untuk mencari pendapatan terlebih dahulu kerana keadaan ekonomi keluarga yang tidak stabil.

Angah membesar tidak sama macam kami adik beradik yang lain dimana angah membesar sendiri di dalam biliknya. Sejak kecil angah selalu bersendirian di dalam bilik dia dan tidak bercakap dengan kami adik beradik waktu itu saya darjah 1.

Masa saya darjah satu 1 saya agak pelik kenapa angah tidak pernah keluar bilik & hanya keluar bilik ketika tengah malam sahaja itupun untuk makan. Itu pun hanya sekadar nasi dengan minyak hasil gorengan ikan.

Angah tidak pernah merungut. Angah keluar waktu tengah malam sebab angah tahu ayah aku dah tidur masa tu. Jadi, angah boleh keluar waktu tengah malam sahaja.

Masa aku darjah 1-6 aku jarang tengok muka angah sebab aku sangat pemalu dan selalu menutup muka (for real) dia dengan surat khabar lama.

Wallahi, muka angah tidak mempunyai sebarang kecacatan & malah putih melepak. Tetapi aku tidak faham kenapa angah “ Malu sangat” ataupun angah menpunyai low self esteem.

Angah tidak pergi sekolah dari darjah 1 sampai tingkatan 5 sebab penyakit misteri yang beliau ada. Kemudian, angah tidak pernah keluar dari rumah sehingga 10 tahun.

Bayangkan abang saya tidak pernah keluar selama 10 tahun dari rumah KECUALI ketika nak berkhatan kan angah masa darjah 6 (agak lewat sebab angah takut & bimbang) dan ketika berumur 17 tahun akibat dipaksa & diugut oleh ayah saya untuk membuat IC itupun masukkan angah dalam plastik hitam @ guni kejammmm. Hanya 2 kali dalam 10 tahun dia keluar.

Selebihnya total lockdown diri dia dalam bilik hujung di rumah kami. Apabila dapat keluar rumah angah seakan seperti rusa masuk kampung. Dia jadi takut akan banyak orang jahat diluar and cakap semua jahat nak tangkap dia.

Angah tidak pernah berpeluang bersekolah disebabkan penyakit misteri dia. Tetapi angah mempunyai bakat yang amat besar itu Melukis. Aku teringat angah pernah melukis gambar Queen Elizabeth, Princess Diana, Tun Dr Mahathir sebijik 100% sama.

Hidup beliau hanya ditemani surat khabar & aku pernah menghadiahi angah sebuah akuarium yang mempunyai seekor ikan flowerhorn untuk beliau jaga. Aku tahu angah bosan duduk sorang-sorang dalam bilik hujung tu. Oleh sebab itu, aku hadiahkan ikan flowerhorn dkt dia.

Antara perkata yang aku sering trauma sehingga kini, Angah sering dipukul, didera oleh ayah ku angah menjadi tempat ayah aku memlempiaskan amarah, angah selalu dirotan, ditarik rambut, dicakar, dicucuh rokok panas oleh ayah aku yang baran ketika itu.

Aku pun tidak kurangnya. Sering menjadi mangsa seorang ayah yang baran & ibu yang tidak ambil peduli. Aku sering dengar angah menangis akibat dipukul dengan teruk oleh ayahku.

Abah sangat kejam dekat anak-anak beliau. Angah selalu menjadi mangsa sebab angah lain daripada yang lain. Ayah aku selalu menggunakan kekerasan untuk pulihkan kan angah which is langsung tidak membantu malah menambah tekanan pada angah. Angah dianggap anak sial

Korang boleh bayangkan angah mula dari darjah 1 sampai tingkatan 5 tidak berani keluar seakan-akan mempunyai social phobia/anxiety yang sangat teruk.

Tapi Alhamdulillah sekarang angah dah pulih, angah dah bekerjaya walaupun hanya kerja di sebuah kilang.

Angah dibawa ke rawatan alternatif kononnya kerana terdapat gangguan jin/hasad dengki dari saudara dari sebelah mak yang menghantar sesuatu. Kami agak terkejut angah pulih dari penyakit misteri itu dan berani mulai keluar dari rumah & bekerja. Alhamdulillah.

Walaubagaimanapun, angah sembuh dari penyakit misteri, tetapi tahun 2019 aku mulai menyedari angah mempunyai abnormal behaviour/perilaku yang tidak seperti biasa which is antara kelakuan angah yang tidak normal.

1. Sering bimbang. Angah sering marah aku naik motor sebab dia risau nanti aku accident kemudian mati, keluar rumah takut aku kena culik walhal aku dah 24 tahun, makan makanan tidak berkhasiat sebab dia takut aku kena kanser, kena jaga diet, jaga kebersihan, jgn balik lewat, sentiasa mesej tanya dkt mana. Benda ni berulang-ulang sampai aku rasa stress.

2. Sering risau pasal kuman-kuman especially dekat dapur, tandas, bilik tidur. Angah pernah sampai kunci bilik sebab tak nak bagi aku tidur bilik sebab dia kata ada bwk kuman, dia pernah campak tilam aku kat luar rumah sebab aku tertinggal plastik roti gardenia jagung tu.

3. Angah tak bagi orang kongsi tandas dgn dia  aku kalau nk gi tandas kena pergi bilik lain or turun bawah. Tandas bilik tu sorang sahaja.

4. Solat – dia selalu tanya pasal solat walhal kita dh solat sampai aku rasa stress yang sangat. Kalau dia dalam bilik air mesti lama.

Angah sering jugak diserang panic attack sampai kami bawak dia ke hospital. Tetapi tiada apa. Kerisauan angah sampai angah mempunyai stethoscope sendiri, tempat check blood pressure sendiri, gun thermometer, and sentiasa risau pasal kesihatan and jaga makanan.

Wallahi, aku sangat stress & tertekan dengan angah sebab kerisauan dia membuatkan aku tertekan sehingga aku banyak kali bergaduh dengan dia. Kadang-kadang dia marah aku ada kat dapur sebab dia kata kotor, dia tak bagi aku basuh pinggan.

Jadi, semua pinggan kat rumah dia akan basuh, if dia nampak aku amik cawan ke apa dia akan jerit suruh aku basuh terlebih dahulu. Macam hidup dalam neraka aku ni  aku rasa macam kena kawal.

Sejak angah pulih dari penyakit misteri itu, angah diduga dengan kesihatan mental. Angah muda triggered dengan orang lain. Jadi angah mudah marah kalau kita tidak dengar cakap dia. Sebagai contoh, aku tersalah letak tmpt sesuatu barang akan akan marah walaupun perkara kecil.

Angah kadang sering bertindak agresif seperti mencakar aku, menumbuk atau menyepak kalau aku tidak memenuhi pemikiran tidak rasional dia.

Aku pernah buang pinggan & mangkuk sebab aku malas cuci & angah keep ulang marah & suruh aku pergi cuci padahal nanti pun boleh kan? Sampai aku stress aku buang pinggan dengan mangkuk tu dekat tingkat rumah.

Sebenarnya, aku kesian dekat angah, especially time dia tidur  Aku selalu tengok muka dia time tidur kesian ya Allah. Aku dengan angah berkongsi bilik.

Aku tahu angah tak minta begini, and aku faham kenapa angah jadi macam ni sebab aku tau angah ada past ( masa silam) yang teruk. Angah dilayan macam binatang oleh ayah & ibu aku. Cuma waktu angah diserang penyakit dia sering membuat aku tertekan.

Aku mula faham angah macam ni, apabila aku ternampak angah join group whatsapp untuk penyakit mental di Malaysia. Kemudian, aku terjumpa ubat-ubat psychiatry angah dalam bilik. Aku tahu itu ubat itu pun sebab aku google cth Prozac, Luvox, Xanax .

Aku terjumpa surat pengesahan penyakit dia, kad rawatan. Sampai hari ni angah rahsiakan penyakit dia dari sesiapa. Angah jarang makan ubat that’s why angah susah nak kawal penyakit dia.

Aku kesian dengan angah sebab aku pernah nampak dia tersedu-sedu menahan nangis selepas bergaduh dengan ayah aku atau sesiapa dalam ahli keluarga aku. Sebab angah sering bimbang & komen banyak benda sehingga mencetuskan pergaduhan.

Aku harap kalau kalian mempunyai anak nanti, didiklah anak dengan cara baik bukan dengan kekerasan. Kami adik beradik mempunyai trauma yang melampau sewaktu kecil kerana sikap ayah & ibu yang baran. Angah sebenarnya mangsa hasil keganasan & deraan dari ayah aku sehingga mental dia

Doakan angah aku sembuh ! Aku sayang dia walalupun dia sering abuse aku mentally. Aku tahu itu penyakit dia sebab ada masa dia boleh kawal and ada masa tidak boleh.

Satu yang aku suka tentang angah dia pemurah, cuma musim covid 19 ni aku kena tahan sikit angah sering risau & sentiasa dengan mask & sanitizer.

Yang benar,

– Thoriq (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *