Angan Angan Aku

Assalamualaikum dan selamat sejahtera untuk semua yang membaca. Terima kasih admin kerana sudi meluluskan penceritaan aku untuk kali ini.

Aku ada sedikit cerita yang berkisar dengan angan angan aku, yang aku rasa tak akan tercapai pun. Hanya sebagai angan angan dan akan kekal macam tu sahaja sampai bila bila

Sebelum aku mulakan kisah angan aku, aku perkenalkan serba sedikit latar belakang aku.

Aku adik sudah berkahwin dan ada seorang baby bawah setahun, ada enam orang abang, dan dua orang kakak semua berkahwin dan anak anak sudah ada yang berkahwin juga.

Pendek kata anak anak dah besar la dorang, dan kami ada seorang ibu yang sama yang sedang sakit terlantar.

Angan angan aku ni adalah nak jadi seorang adik yang berani menegur abang abang dia untuk tunaikan tanggungjawab mereka dekat ibu kami, iaitu menjaga ibu yang sakit terlantar ni la.

Aku bukan nak tegur apa lah sangat, cuma nak tanya yang diorang sedar tak mak yang sakit ni mak yang beranak kan diorang yamg basuh berak diorang, yang bagi makan dari kecik sampai besar, yang sakit demam anak anak ni mak tak pernah abaikan la.

Sebab apa tau, sebab ada yang antara abang abang ni cakap terlalu kasar dengan mak. Kasar dia bukan biasa biasa punya kasar. Sampai bila mak batuk pun abang yang ni akan marah mak.

Ayat lebih kurang macam ni: ‘menyusahkan betol la orang tua ni dok batuk batuk’.

Kalau time kena angkat mandi ayat dia lain pulak, ‘orang tua ni berat macam nak mampos apsal tak mati ja entah masa pembedahan haritu tak menyusahkan sangat’.

Si isteri pulak tambah, ‘biasa la orang cakap macam tu sebab penat nak menghadap dia ni (mak la). Dia ni kena la paham orang pun tak larat bukan nak kena mengadap dia ja.’

I was like what…??? Apa cakap macam tu kat mak. Dan banyak lagi ayat yang dikeluarkan. Tak sampai hati nak tulis lgi.

Lepas tu, ada yang sampai tak datang rumah mak jenguk mak sebab nya mak sakit macam ni bukan sebab dia tapi sebab perangai anak anak mak yang lain yang suka menyusahkan mak, katanya.

Padahal dalam ramai ramai anak mak beliau yang suka datang rumah mak time mak sorang paw duit mak, gula, garam even mee segera.

Bila time dia ada duit, si isteri pulak datang rumah bagitau yang diorang ada duit sikit nak beli tu nak beli ini dengan muka bangga tapi sebungkus nasi pun tak boleh hulur kat mak. Adik beradik lain dok bagi mak duit tapi tidak beliau.

Abang abang yang lain pulak ada yang sangat menghulur duit untuk kegunaan sakit mak ni tapi balik nya jarang jarang sebab sibuk, tapi bab susu, pampers brangan alatan keperluan mak diarong sediakan tahap A la.

Setakat sekarang ni, boleh kata anak anak perempuan yang dok jaga mak. Macam aku, aku tinggal di negeri yang jarak 7 jam memandu.

Kakak kakak yang jaga mak memang tinggal satu negeri dengan mak. Nak jadikan cerita suami kakak kakak dan suami aku izinkan kami jaga mak tanpa banyak cakap.

Ada siap keluarkan duit untuk susu dan barangan mak yang lain juga. Alhamdulillah lega part tu.

Aku faham bab jaga mak ayah ni (lupa, ayah dah empat tahun Allah jemput dia) adalah tanggungjawab anak tak kira jantina. Semua kena jaga tapi bila part kami anak anak perempuan yang kena berkorban.

Anak lelaki tidur rumah mak tak nak, konon nya isteri ada dirumah dengan anak anak takut kalau diorang tidur rumah mak dan jaga mak waktu malam.

Mak ni sejak terlantar, tinggal dengan kakak A sebab rumah dekat bila anak anak jauh balik seperti aku, kakak lagi sorang dan abang abang yang tinggal jauh ni balik baru bawak mak balik rumah mak ni.

Time ni la kami bagi peluang kat kakak A untuk spent time dengan keluarga dia dan kami take over mak. Oke la sikit kan.

Aku sebenarnya penah buat teguran sekali pada sorang abang ni, tapi teguran aku disalah erti dan aku dilabel adik kurang ajar, mak sakit tu semua kerana aku. Katanya.

Alasan dia tak boleh datang jaga mak adalah dia dah tua tak larat. Hmmmmm baru empat puluhan kot usia dia.

Aku dok perati, kakak kakak ipar aku ni sejak mak sakit, pandang mak sebelah mata pun tak. Kalau datang rumah masing masing buat muka.

Aku tak faham kenapa sedangkan suami aku dan suami kakak kakak aku tak buat pun muka bila kami punya turn jaga mak trpaksa balik kampung beberapa minggu untuk jaga mak. Tinggal la suami masing masing di rumah sana sorang sorang.

Haritu ada berborak dengan kakak kakak aku. Salah sorang kakak aku cakap, ‘nampaknya mak kita ni memang anak perempuan mak je la yang jaga kan.’

Yang lelaki masing masing ada komitment so tak boleh sangat nak jaga mak. Keji mak sampai tak tidur malam dia, dah la sakit terlantar, duduk pun tak boleh dah, lap air mata ja kerja dia.

Mak kata, mak tak nak menangis sebab kecik hati kat anak anak dia, dia tak mau Allah balas kat anak anak dia, biar dia sorang ja rasa. Tapi dengan kata kata dan perbuatan sesetengah anak lelaki mak, mak tak dapat nak tahan air mata.

Mak cakap lagi, mak memang berharap Allah ambil nyawa mak supaya mak tak menyusahkan anak anak tapi Allah tak ambil lagi. Pastu mak nangis lgi.

Kadang aku dengan kakak kakak aku pun sama lap air mata. Ye la Allah sekarang bukan uji mak ja Allah uji anak anak mak sebenarnya.

Allah ‘longgok’ pahala depan mata nak tengok sapa yang rajin nak kutip. Aku ni bukan la anak yang sangat baik, aku dan kakak kakak yang lain tak bekerja mungkin sebab tu kami boleh jaga mak.

Tapi dalam ramai ramai abang aku tu, dua orang ja bekerja makan gaji yang lain tak bekerja makan gaji, ada petani ada e-heling (maaf eja salah).

Mak dahh hampir 9 bulan terlantar selepas pembedahan akibat pembuluh darah pecah di kepala kanan dia.

Kiranya angan angan aku ni, kalau boleh aku nak tegur berdepan adik beradik ni supaya lebih menjaga hati mak, happykan mak selagi mak ada, jaga kata kata dengan mak. Dan sama sama jaga mak.

Apa guna anak ramai kalau tak boleh jaga mak sorang ni.

Minta maaf pembaca sekalian sebab terlalu panjang aku tulis ni.

Aku hanya nak kongsi apa yang terbuku di hati. Aku harap kalian tolong aku, bantu aku doakan supaya abang abang aku berlembut hati untuk mak aku ni.

Aku tak sanggup lagi dengar mak cakap, ‘mak ni anak anak layan macam sampah tak guna ja, cakap ikot sedap mulut hina hina mak’. Aku memang tak sanggup. Tolong yea kalian.

Terima kasih. Assalamualaikum…

– Cik Nurul Atikah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *