Salam dan hai. Namaku anggerik. Yang pastinya bukan nama sebenar. Aku sebenarnya tak tahu macam mana harus aku mulakan ceritaku ini. Kerana semuanya bercelaru di dalam diriku.
Aku seorang wanita awal 30an, seorang suri rumah tangga. Suamiku pula seorang yang berusia 50an. Seorang duda yang mempunyai 3 orang anak. 1 bekerja dan 2 belajar di ipta.
Aku sebenarnya sangat letih, penat dalam perkahwinan ini. Aku nikah pon baru 3 tahun lebih. Dan tanpa ada kehadiran zuriat.
Aku tertekan sangat ketika ini. Aku tak boleh nak ke mana-mana sekali pun. Jika mahu ke mana- mana aku harus pergi bersamanya.
Aku tak boleh bekerja. Aku tak boleh nak pergi buat benda yang aku suka. Aku tak boleh jumpa kawan- kawan perempuan yang padahal mereka pon isteri orang.
Aku tak boleh langsung ada “me time” seorang diri. Aku tak boleh shopping seorang. Aku seorang yang sangat sukakan pantai atau sungai. Bila aku ke pantai atau sungai aku akan merasakan ketenangan.
Namun, setelah aku bernikah bila aku ajak ke pantai atau sungai dia sering kali mengelak dan jika pergi ke sesuatu tempat tu aku hanya mempunyai masa selama 5 minit untuk aku merasainya sebelum dia mengajak untuk pulang.
Oh lupa, suami ku ini masih lagi bekerja dan hanya berkerja pada shift malam sahaja. Jadinya malam dia bekerja dan siang dia akan tidur.
Tapi jika kami ingin membeli barang dapur atau ke rumah mak aku atau bersiar -siar, bila dia balik kerja dalam pukul 9/10 pagi tu baru lah aku akan dapat keluar dari rumah.
Jika dia penat, aku akan terperosok dalam rumah sampailah ke hari esok, lusa.
Suami ku ini rajin jika nak bawa aku bersiar tapi sangatlah pemalas dalam segala hal. Malas solat, malas puasa, malas dalam membantu aku buat kerja rumah.
Kerja rumah semua aku buat. Kadang- kadang terasa seperti aku ni kuli dalam rumah ni.
Sampah pon aku yang kena bising β bising barulah dia nak pergi buang. Kalau tak, terbiar penuh dalam tong. Sawang tak nak tolong buangkan. Dah lah tinggi mana lah aku nak sampai.
Kerja dia kat rumah hanya main game aje lepas tu, tengok p*rn, lepas tengok p*rn, me****ap dan terus ajak se** hari hari macam ini keadaannya sampai kan aku naik jemu, bosan nak layan.
Ok cerita pasal kewangan pula. Aku kan tak bekerja sebab dia tak bagi kerja. Alasan dia sebab tak nak aku jadi macam ex wife dia curang dengan lelaki lain (katanya)
Tapi aku tak rasa yang ex dia tu curang sebab bila anak dah besar baru ex dia nikah. Kiranya seminggu awal ex dia nikah baru kami nikah.
Maknanya dalam 12/13 tahun ex dia tak pernah nikah pun. Dia saja yang sebenarnya kuat cemburu. Dah lah tak bagi aku kerja. Lepastu, bila hujung bulan duit tak cukup bising kat telinga aku.
Sewa rumah da 5 bulan tak bayar. Nasib lah tuan rumah ni tak halau. Bil air, api pon kadang sangkut. Makan pon ala kadar. Lepastu bila anak mintak duit dia bising kata tak ada duit.
Aku bising lah anak nak duit tu bagi je lah. Dia langsung tak nak bagi nafkah kat anak anak dia. Aku kesian juga ex dia sebab rupanya selama ini ex dia yang tanggung segala perbelanjaan anak dia.
Ni sekarang ni dia belum dapat gaji lagi. Lagi seminggu lagi gaji tapi barang dapur da habis langsung.
Duit simpanan pun tak ada tapi ada hati nak balik ke kampung dia kat pantai timur tu untuk beraya nanti. Duit yang aku simpan seringit seringit dalam tabung pun da habis. Duit syiling dalam tabung pun da habis tak tahu ke mana.
Aku tinggal kat rumah sewa ni pulak dengan kawan dia. Kau orang bayangkan lah. Aku nak kena jaga aurat aku lagi. Dah laa kawan dia sekampung dengan dia.
Aku dah suruh halau pun tak nak halau. Banyak kali dah aku bergaduh dengan kawan dia ni. Makan makanan aku, curi barang aku. Tapi dia tetap juga biarkan kawan dia.
Tempat aku ni hanya dalam bilik tidur aku yang sempit ini je lah. Nasib baik dalam bilik tidur ni ada bilik air.
Aku ada je bela kucing. Konon untuk hilangkan tension aku tapi aku rasa sekarang ni macam semakin membebankan aku. Nak dibuang, aku dah rasa macam anak aku sendiri.
Bila di bela, aku yang tension sebab makanan kucing nak kena catu, pasir kucing kau orang bayangkan lah kena tukar seminggu sekali je sebab nya nak kena berjima.
Kau orang bayangkan lah busuk macam mana rumah aku. Nak ajak orang datang pon aku malu.
Rasanya macam dah panjang sangat aku tulis ni. Nantilah aku sambung part 2 kalau aku rajin. Kalau tak mungkin sampai sini aje lah kot ya.
– Anggerik (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit