Angin Sepoi-Sepoi Bahasa Di Taman Bunga Jasmine

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Aku perkenalkan diriku sebagai Jasmine. Aku silent reader disini tapi kali ini aku nak berkongsi cerita aku. Kisah aku ini mungkin agak panjang oleh itu aku cuba sedaya upaya untuk meringkaskan isinya tanpa menganggu jalan cerita.

Keluarga ayah aku memang asal KL tetapi keluarga ibu aku berasal dari utara. Hubungan ibu dengan adik beradik memang tak berapa harmoni jadi kami akan balik kampung untuk ziarah Atuk Li (ayah kepada ibu, nenek dah meninggal) pada masa cuti.

Semasa cuti sekolah, aku dan abang aku akan ikut ibu balik kampung. Kami selalu dibuli dan diejek oleh budak2 kampung yang lain termasuk sepupu2 kami tetapi Atuk Li dan ibu akan selalu suruh kami bersabar. Atuk Li dah mula sakit2 tua jadi ibu tak nak keruhkan lagi keadaan.

Ibu balik kampung pun sebab nak tengok2kan Atuk Li kalau tak nanti pakcik makcik akan menuduh ibu anak derhaka lah bagai.

Ibu lah yang selalu kena hulur duit kalau ada apa2 sebab kakak2 ipar ibu akan bagi alasan keluarga ayah berada. Ayah memang jenis tak berkira jadi ayah tak kisah tolong setakat mana boleh.

Geng yang selalu buli kami nie aku gelarkan sebagai geng gangster kampung cap ayam. Badan kecik2 dengan hingus bagai tapi ada hati nak buli anak orang. Phuiii. Nie semua sebab makcik2 aku lah yang selalu menfitnah kami dan menjaja2 macam2 kisah buruk kami di serata kampung.

Masa inilah aku berjumpa dengan Ruwaidi (btw, maksud nama dia adalah angin sepoi2 bahasa). Ruwaidi ini beza 6 tahun dengan aku.

Ketika ini, aku berusia dalam 5/6 tahun. Ayah dia bekas askar dah meninggal dunia. Ruwaidi anak tunggal. Mak Ruwaidi ambik upah masak dah buat kuih. Ruwaidi ni memang rajin tolong mak dia dan selalu buat apa sahaja kerja kampung untuk meringankan beban keluarga dia.

Ada sekali tu aku menangis sebab kena tolak dengan geng2 gangster kampung cap ayam. Masa itulah kali pertama Ruwaidi menegur aku.

Dia siap belikan aiskrim nak pujuk aku berhenti dari menangis. Dia beritahu tak perlu lagi main dengan budak2 tak ada wawasan hidup itu.

Walaupun aku tak faham apa dia cakap, tapi aku angguk2 kepala Kesudahannya, aku selalu lepak dengan Ruwaidi.

Ruwaidi nie walaupun baru berusia 12/13 tahun tapi dia sangat matang. Selalu tengok dia belajar, tolong mak dia ataupun buat kerja kampung.

Memang takde masa nak main ke apa. Aku tertarik ngan Ruwaidi nie mungkin sebab dia ada ciri2 macam ayah aku. Soft spoken, baik dan sangat rajin. Tanpa aku sedar, aku ada crush kat dia.

Fast forward, masa aku berumur 12 tahun, Atuk Li meninggal dunia. Selepas kematian atuk, pakcik makcik mula menunjukkan belang masing2.

Ibu malas nak gaduh pasal harta pusaka jadi ibu cakap tak kisahlah nak buat apa. Ibu halalkan kepada adik beradik dia. Kami pun dah tak balik kampung selepas kematian atuk melainkan ziarah kubur.

Ruwaidi dapat keputusan yang agak cemerlang dalam SPM dan dia dapat tawaran ke sebuah universiti di Selangor untuk sambung belajar.

Akulah orang paling gembira masa itu. Tetapi rumah aku dan universiti dia sangatlah jauh jadi aku berjumpa dengan dia beberapa kali sahaja.

Fast forward lagi, aku pun dah habis SPM dan dapat tawaran untuk belajar di luar negara. Masa ini berat hati aku nak meninggalkan keluarga (ehem2 dan jugak Ruwaidi haha) tapi atas pujukan ayah, aku pergi jua. Sebelum berangkat ke luar negara, aku ada berjumpa dengan Ruwaidi.

Masa nie aku bagi dia hint untuk tunggu aku balik. Dia buat muka blur. Aku pun tak pasti sama ada aku betul2 cinta dia atau just crush.

Time tuuu aku nak fokus study dulu then maybe slowly work on the relationship. Ruwaidi tak ada any social media account dan aku pun tak mintak nombor telefon dia sebab tak berani.

Masa aku belajar tahun kedua di luar negara, ibu menelefon aku dan memberitahu yang Ruwaidi dah berkahwin. Masa ini, memang aku tergamam dan terkejut sangat. Air mata terus mengalir deras. No word can express my pain.

Ibu pernah tanya aku sebelum nie sama ada aku suka Ruwaidi atau tidak, aku selalu cakap aku admire dia. Ibu pernah cakap kalau ada jodoh antara kami, ibu ok jea asalkan kami bahagia.

Hatiku sakit, fikiranku kosong dan masa itulah buat pertama kalinya aku rasa betapa sakitnya hati nie bila heart broken.

Selepas 2 minggu, ibu buat surprise melawat aku. Ibu risaukan aku jadi dia sanggup datang dari jauh nak make sure aku okay.

Ibu cuma bagitau ayah yang dia rindu aku jadi dia nak melawat aku. Aku memang menangis kaw2 time tuuu. Bersyukur aku ada ibu yang sangat understanding.

Menurut ibu, ayah yang beritahu ibu masa ayah balik kampung (ayah ada urusan kerja di utara dan singgah di kampung). Aku terkejut bila ibu maklumkan yang Ruwaidi berkahwin dengan Mia.

Mia nie merupakan salah sorang geng gangster kampung cap ayam. Memang dari kecil dia jenis yang kurang ajar dan selalu buli aku bersama budak2 lain. Suara dia memang lantang dan mulut pun macam ayam.

Nyaring dan bingit. Tapi Mia nie memang cantik. Masa kecik2 lagi dah ada ramai budak2 laki minat dia. Mak dia selalu sakit2 jadi dia selalu terbiar dengan adik beradik dia untuk uruskan diri masing2.

Oh yea, ayah Mia ada 2 isteri dan mak Mia nie isteri pertama. Isteri kedua janda anak 1 yang ada darah Siam. Ayah Mia terus nikah sana dengan alasan kahwin lagi sebab Mak Mia tak mampu dari segi batin.

Anak sampai 6, bila isteri sakit diabaikan tup tap kahwin 2 sebab agama membenarkan poligami. Memang terumbang-ambing hidup mak Mia.

Ibu nasihatkan aku bahawa jodoh itu ketentuan Allah SWT dan sebagai manusia, sehebat mana pun kita merancang, Allah SWT yang akan menentukan pengakhirnya.

Aku memang rasa separuh nyawa melayang time tuu tapi hidup perlu diteruskan juga kam. Ibu cakap aku muda lagi dan ramai lagi lelaki di luar sana. InshaAllah, percayalah pada Allah. Sesungguhnya, Dia yang Maha mengetahui.

Aku sebolehnya2 busykan diri dengan study. Segala memori pasal Ruwaidi nie aku simpan dalam satu kotak dan kunci jauh2 dalam hati aku.

Aku doakan yang terbaik untuk dia dan ‘move on’ dengan hidup aku. Ada jugak lelaki yang cuba mendekati aku tetapi aku tolak secara baik.

Aku memang nak fokus study. Sakit hati nie belum hilang lagi.

Fast forward, aku tamat pengajian dan pulang ke tanah air. Aku bekerja dengan company ayah tapi kena start dari bawah huhu. Abang aku dah kahwin dan pretty much settle in his life.

Bila ayah tanya aku, aku just bagitau nak fokus kerja dulu. Ibu jea tempat aku luahkan perasaan dan ibu sangat faham aku masih belum bersedia untuk relationship. Aku baru berusia pertengahan 20an jadi masih awal lagi untuk berkahwin.

‘Once in a blue moon’, aku teringat pada Ruwaidi. Crush dari kecil, mana mungkin aku mampu lupakan dia. Bila teringat kat dia, aku buat segala yang mampu untuk alihkan fikiran aku. Acap kali aku berdoa, tak lupa aku selitkan doa untuk dia.

Fast forward, aku perlu ke selatan tanah air untuk training. Masa aku tengah training nie, aku jumpa Adam, budak kampung aku dulu. Dia agak rapat dengan Ruwaidi time kecil2 dulu. Tup tap keluar lah cite pasal Ruwaidi.

Adam bagitau Mia nie memang belajar takat SPM lepas tuuu adalah ambik sijil apa ntah kemudian kerja di pekan. Mia memang agak liar perangai dia. Ruwaidi selalu balik kampung melawat mak dia masa cuti dan masa nielah Mia jatuh hati pada Ruwaidi.

Perempuan kalau dah suka seseorang, dia akan buat macam2 untuk dapatkan laki tuuu. Ruwaidi mmg tak berkenaan tapi Mia bijak, dia ambil hati mak Ruwaidi. Mak Ruwaidi jenis innocent dan naive jadi dia percaya jea apa Mia cakap.

Mia memang buruk2kan perempuan2 lain yang cuba nak tackle Ruwaidi. Ayah Mia nie pun pernah tolong keluarga Ruwaidi masa ayah dia meninggal jadi keluarga Mia macam nak mak Ruwaidi ‘balas semula budi’.

Ruwaidi handsome, kerja bagus, ada duit. Mak Mia masa tuuu sakit2 tapi gigih jumpa mak Ruwaidi mengangis2 siap merayu bagai.

Akhirnya, Ruwaidi pun berkahwin dengan Mia sebab mak dia suruh.

Ruwaidi mintak pindah kerja di utara. Awal2 perkahwinan, semua okay tapi isu timbul pada tahun kedua. Kerap bergaduh then tak sampai 3 tahun kemudian cerai.

Lepas tuuu Ruwaidi bawak mak dia pindah. Mia dengar cerita dia curang tapi Adam tak pasti setakat mana kebenarannya sebab dia pun dengar2 sahaja. Hubungan dia dengan Ruwaidi putus selepas Ruwaidi pindah.

Bila aku dengar Adam cerita, sumpah masa tuuu rasa nak pitam. Ya Allah, dugaan apa nie. Aku sangkakan dia kahwin dan hidup bahagia.

Sepanjang training otak aku ke laut memikirkan hal Ruwaidi. Habis training, aku balik rumah dan terus luahkan perasaan kat ibu sampai menangis2. Ibu pun terkejut dan rasa kesian.

Masa nie ibu tanya apa aku nak buat, aku cakap aku nak jumpa dia. Aku pun tak pasti apa perasaan aku ketika itu tapi aku rindu sangat kat dia. Ibu suruh aku doa banyak2 dan fikir masak2.

Aku dah ada life di depan aku nie, adakah aku nak teruskan ‘life aku yang nie atau go back to my and chase my past. Ibu cakap ayah ada nak perkenalkan aku dengan beberapa anak kenalan dia. Aku cakap aku nak jumpa Ruwaidi dulu.

Selepas beberapa minggu aku cari info pasal Ruwaidi akhirnya dengan bantuan Adam, aku dapat tahu yang Ruwaidi rupanya ada di KL jea.

Dia bekerja di sebuah company tak XX. Aku pergi ke company dia. Aku park kereta kat luar sambil usha2 dengan harapan ternampak dia tapi takde hasil. Akhirnya aku mintak bantuan Adam teman aku gi rumah dia.

Masa nie Ruwaidi buka pintu dah alangkah terkejutnya bila aku tengok dia. Ruwaidi di hadapan aku nie lain sangat berbanding Ruwaidi yang aku kenal. Ruwaidi depan aku nie a bit overweight, muka serabai dengan misai janggut, kulit kusam.

Nampak sakit. Adam pun terkejut sampai dia tanya nie Ruwaidi ke? Ruwaidi diam kemudian angguk perlahan2. Dia macam nak tak nak ajak kitorang masuk rumah dia.

Kitorang buat alasan ada dekat2 sini lawat kawan jadi saja datang nak lawat dia. Dia diam jea. Tanya sepatah jawab sepatah. Aku rasa kitorang ada kat rumah tuuu 15 minit jea kemudian kitorang gerak.

Aku dalam keretanya dah menangis. Ya Rabbi. Macam takleh percaya itu Ruwaidi yang aku kenal dulu. Beza bagaikan langit dan bumi.

Adam masa nie tanya aku sama ada aku suka dia ke, aku tak mampu nak jawab, hanya mampu menangis. Adam cakap masa diorang kecil2 dulu, memang diorang selalu ejek2 Ruwaidi masa aku dah balik.

Diorang cakap aku awek dia sebab selalu lepak sama2. Ruwaidi masa tuuu senyum2 jea. Dia cakap mungkin Ruwaidi pun ada crush kat aku dulu. Masa nie aku lagilah meraung. Then why did he ignored my feelings and married someone else?

Fikiran aku bertambah kusut. Kenapa Ruwaidi jadi sampai macam tuuu sekali. Aku nekad nak call dia. Lepas beberapa kali barulah dia jawab. Aku tanya sama ada dia ingat aku lagi ke tak?

Dia cakap ingat. Aku bagitau dia yang aku nak jumpa dia, dia diam lagi. Beberapa kali aku cuba untuk berjumpa dengan dia dan akhirnya kami berjumpa dekat taman berdekatan rumah dia.

Masa nie dia tunduk jea diam, aku bagitau dia yang Adam ada cerita pasal dia dan Mia. Muka dia nampak macam nak panik. Aku tanya betul ke dah cerai?

Dia diam lama, kemudian dia angguk kepala. Aku tanya apa status dia sekarang dan dia jawab dia hidup sendiri jea sekarang.

Aku tak tanya banyak2 sebab ntah kenapa aku rasa nak mengangis. Ruwaidi tak bersedia nak bercerita pasal pasti life dia. Aku pun tak nak paksa. Aku cuma bagitau dia aku nak berkawan semula dengan dia, sudi tak dia?

Masa nie dia terkejut sangat2, dia pandang aku lama. Dia bagitau dia bukan Ruwaidi yang dulu. Things have changed so is he. Aku cakap tak kisah. Aku nak kenal dengan Ruwaidi yang nie. Akhir dia hmmmkan aku jea.

Sejak dari hari itu, aku berkawan dengan Ruwaidi. Walaupun dia macam cuba elakkan aku dan susah nak bagi respond, tapi aku tekad. Aku elak segala topik yang buat dia tak selesa.

Ruwaidi kerja ok, gaji ok semua ok cuma aku nampak dia macam tak ada keyakinan diri dan bertambah2 pendiam. He looks so broken. Aku ajak dia datang rumah tetapi dia selalu menolak.

Lepas beberapa minggu baru aku bagitau ibu pasal Ruwaidi. Ibu cakap is up to me kalau nak berkawan tapi ibu nasihatkan aku supaya jangan push sangat. Ibu nak jumpa Ruwaidi tapi aku bagitau ibu dia belum bersedia lagi.

Masa birthday dia, aku buat sendiri kek dan surprise dia kat rumah. Adam pun ada sekali dengan isteri dan anak2 dia. Aku rasa awkward pulak nak pergi rumah dia sorang2 so Adam jadi mangsa. Nasib baik isteri dia sporting.

Masa nie, Ruwaidi finally cracked. Dia tanya aku kenapa aku beria2 buat semua nie? Apa yang aku harapkan dari dia? Dia dah kahwin kemudian cerai. He is a failure so why aku nak dia? Bertubi2 dia tanya.

Aku menangis sebab tengok dia sangat Lost and broken. Adam dan isteri bagi space kat kitorang. Aku masa nie berlutut sebab I lost my strength nak berdiri. Aku bagitau dia yang aku masa kecil ada crush kat dia, then ntah masa bila aku suka dia.

Hati aku hancur bila dapat tahu dia dah kahwin tapi bertambah2 hancur bila tengok keadaan dia sekarang. For some reason I keep blaming myself. Mungkin kalau I approach dia awal2 semua nie takkan berlaku.

Aku luahkan segala isi hati aku sampai tersedu2 takde suara nak cakap. Ruwaidi menangis jugak tapi dia diam jea. Dia terkejut bila aku bagitau aku suka dia.

Lama kitorang diam, then aku cakap kat dia I don’t care whatever that happened previously. Aku cuba untuk move on tapi sampai skrg aku tak leh nak buka hati pada lelaki lain selain dia. Aku tanya dia sudi tak share story dia kat aku. Sudi tak bagi peluang kat aku untuk start over again.

Aku kenal Ruwaidi yang dulu then aku yakin Ruwaidi tuuu masih ada. Masa nie Ruwaidi actually reject aku then bagitau aku deserved someone else. He asked me to leave. Isteri Adam pujuk aku sepanjang perjalanan. Memang aku menangis sampai nak pitam rasa.

Bila sampai rumah, parents aku terkejut. Aku terus naik bilik then tutup pintu. Adam ada cakap something to my parents. Ibu aku ketuk pintu nak masuk tapi aku mintak ibu aku time alone.

Keesokannya, ibu datang bilik aku. Aku cerita semuanya. Auto menangis balik. Ibu cakap semalam ibu dah bagitau semua cerita kat ayah. Ayah tunggu aku stabil dulu emosi kemudian ayah nak sembang dengan aku.

Aku just bagitau ibu yang aku nak masa sedikit. Dekat seminggu aku kemurungan. Aku ada sembang2 dengan ayah dan ibu.

Jujurnya, ayah memang tak setuju kalau aku nak bersama Ruwaidi tapi kalau dah memang itu yang aku nak, ayah cakap dia nak jumpa dulu Ruwaidi tuuu bincang.

Sebab ayah cakap Ruwaidi memang budak yang baik as far he can remember tapi sebagai ayah, dia concern pasal perceraian dia. Ayah nak selidik pasal dia dulu.

Aku pergi kerja macam biasa, cuba sedaya upaya pujuk hati yang hancur kali kedua nie untuk teruskan hidup. Lepas beberapa minggu, aku dapat mesej dari Ruwaidi. Dia cakap nak jumpa aku.

Aku terkejut awal2 tapi lepas beberapa hari, aku bersetuju nak jumpa. Jumpa kat rumah aku, ingatkan dia tak setuju rupanya dia okay.

Hujung minggu tuuu Ruwaidi datang. Ayah dan ibu layan dia macam biasa kemudian diorang bagi space kat kitorang untuk berbicara.

Lama dia diam kemudian dia mintak maaf kat aku. Dia cakap dia tak tahu pun sebelum nie aku suka kat dia, then betapa hancurnya hati aku bila dia kahwin.

Dia jujur dengan aku dia pun ada crush kat aku tapi dia segan sebab dia cakap taraf kitorang berbeza jadi dia tak berharap sangat. Antara memori indah dalam hidup dia adalah masa aku spend time dengan dia time kecil2 dulu.

Masa aku belajar luar negara dia pun heart broken, cuma dia tak berani aku confess kat aku. Dia just go with the flow.

Mia nie kahwin atas dasar taat pada mak dia. Mak Mia bagitau Mia sejenis yang kasar dan dia berharap lepas kahwin Ruwaidi boleh bimbing dia.

Macam2 Mia dan keluarga dia buat akhirnya dia kalah pada suruhan mak dia. Masa tuuu aku pun senyap tanpa khabar jadi dia ingatkan aku dah lupakan dia.

Masa bulan2 awal perkahwinan, Mia memang sweet dan baik. Tapi lepas tuuu, Mia mula naik kepala. Dia demand macam2 dari Ruwaidi.

Nak semua barangan branded. Ruwaidi memang cuba untuk puaskan hati dia. Duit diberi lebih dari cukup. Bila dah ada duit, Mia mula keluar sana sini lepak. Mia suka nak menunjuk2 kat member2 dia semua barangan branded yang dia beli.

Balik lewat malam bila Ruwaidi tanya, dia dah mula menengking Ruwaidi. Then dia complaint semua tak cukup. Nak lagi rumah besar, kereta nak tuuu nie, emas lah handbag. Sebanyak mana Ruwaidi bagi, tak pernah cukup.

Mak Ruwaidi yang duduk sekali pun selalu kena tengking. Mia berhenti kerja lepas kahwin. Tapi bab2 masak, kemas rumah semua ke laut.

Mostly, memang mak Ruwaidi yang buat. Masa nie baru mak Ruwaidi nampak perangai sebenar Mia.

Dia mampu berlakon tak sampai setahun jea sebagai isteri solehah, kemudian keluar perangai puaka sebenar dia.

Ruwaidi cuba menasihati Mia dan beri bimbingan tapi Mia memang keras kepala sangat. Dia suka buruk2kan Ruwaidi kat keluarga dia, Ruwaidi dera dia lah apa bagai sampai bergaduh2 kedua2 keluarga.

Keluarga Mia salahkan Ruwaidi tak pandai bimbing isteri. Padahal tak sedar keluarga Mia memang jahanam.

Abang2 dia pernah kena tangkap kes dadah/ketum, kakak dia pernah kacau keluarga lain sampai kantoi then jadi isteri kedua. Gaduh ngan madu sampai naik mahkamah.

Tapi nak act macam keluarga suci. Memang dasar keluarga puaka. Mia tak nak anak sebab dia nak jaga badan. Boleh dia suruh Ruwaidi ambik jea anak kakak dia sebagai anak angkat. Anak kakak dia tuuu anak luar nikah.

Tahun kedua perkahwinan Ruwaidi bagitau memang dia stress melampau sebab Mia. Mia lepas gaduh lari rumah then 2 3 hari balik semula rumah act macam nothing happen. Then repeat balik cycle. Ruwaidi ambik maid tapi Mia selalu marah2 maid sampaikan maid pun lari.

Walaupun hidup sebumbung tapi masing2 duduk bilik masing2.

Ruwaidi cuba pujuk ajak gi kaunseling ke apa untuk cari kata sepakat since Mia asyik bagitau Ruwaidi suami berguna tapi Mia tak nak.

Tup tap Mia kantoi ada lelaki lain. Mak Ruwaidi dengar Mia cakap di telefon bila mak Ruwaidi tanya, Mia marah2 mak Ruwaidi dengan perkataan kesat.

Bila Ruwaidi balik, Mia mulalah drama dia. Ruwaidi tanya elok2 kalau betul Mia dah tak nak teruskan perkahwinan nie dan dah ada orang lain, dia akan lepaskan Mia cara elok. Mia masa nie cuak, so dia mengangis2 dolak dalik berita bagitau dia tak ada orang lain.

Tapi lepas seminggu Ruwaidi siasat akhirnya dia kantoi jua. Ruwaidi follow Mia then nampak dia jumpa laki lain. Still masa nie Mia nafikan dia curang.

Ruwaidi time tuuu nak lafazkan talak tapi Mia cuba pujuk Ruwaidi sweet2 tapi bila tak jalan, dia jerit2 maki hamun then mula tuduh Ruwaidi suami tak guna. Tak pandai layan batin dia. Mati pucuk. Mcm2 dia fitnah Ruwaidi. Mak Ruwaidi sampaikan kena admit.

Penyondol laki nie pernah kerja sama2 dengan Mia dulu. Konon2 dia care pasal Mia pasal tuuu selalu lepak malam nak bagi Mia release stress lah healing lah apa kejadah. Isteri orang, elok ke lepak malam2 dengan lelaki bukan mahram?

Dia yang cucuk2 Mia suruh demand mcm2 dari Ruwaidi. Duit yang Ruwaidi bagi kat Mia tup tap Mia guna untuk penyondol tuuu. Bayar kereta, makan lah rumah dia sewa bagai. In returns, dia puaskan batin Mia dengan benda2 haram. Benda haram memang seronok buat dan addicted.

Mia cakap dia terpaksa curang sebab nakkan seks since Ruwaidi tak mampu nak bagi. Ruwaidi sampai kena buat medical check up nak counter balik.

Dekat setahun kes perceraian berjalan, akhirnya Ruwaidi lafazkan cerai. Mia nie memang bijak. Dia pandai sembunyikan kecurangan dia. Ruwaidi tak dapat nak buktikan dia curang jadi mereka bercerai sebab tak ada kesefahaman.

Mia bagitau Ruwaidi dia dah jumpa some one better than him. Memang kaw2 dia break mental Ruwaidi time tuuu. Dia siap tolak2 kepala Ruwaidi then ludah kat dia.

Dia doakan Ruwaidi mati cepat sebab tak pandai puaskan batin isteri. Banyak lagi yang dia cakap cuma aku tak mampu nak taip. Too disgusting.

Mak Ruwaidi rasa bersalah dengan Ruwaidi sampaikan banyak kali dia mintak ampun kat Ruwaidi masa dia tengah nazak sebab kahwinkan dia dengan Mia. Patah hati mak Ruwaidi tengok anak kesayangan dia slowly went broke.

Dia memang broken kaw2 time tuuu. Stress, trauma dan nightmare all leads him now as what he is. Dia dah memang jadi macam zombie hidup.

Pada usia 32 tahun, orang lain dah kahwin ada anak tapi hidup dia jahanam kerana salah pilih pasangan hidup. Dia rasa dia failure.

Ya Rabbi, menggigil aku dengar cerita Ruwaidi. Air mata dah sampai kering. Kesian Ruwaidi. Aku tahu dia jenis soft spoken and very gentlemanly, dia tak pandai nak angkat tangan ke pukul atau maki.

Tegur cara lembut jea. Pasal tuuu Mia ambik kesempatan kaw2 kebas duit dia and spend dengan penyondol tuuu then abused Ruwaidi emotionally and mentally.

Ruwaidi sampai kena jumpa pakar psikiatri. Dia ada anxiety, insomnia dan kemurungan. Dia on medication sebelum nie tapi sekarang dah tak.

Ruwaidi masih tak mampu nak bertentang mata dengan aku sebab dia malu sangat. Dia tunduk jea. Dia bagitau aku yang awal2 dia memang tolak aku sebab dia rasa dia tak layak untuk aku.

Dia tak mampu nak bahagiakan aku dan masih trauma dengan perkahwinan pertama. Tapi dia bagitau, ibu aku ada datang jumpa dia baru2 nie. Ibu aku cuma datang nak bagitau yang aku teramat sukakan dia.

Aku suka dia sejak kecil lagi tanpa aku sedari. Ibu faham yang Ruwaidi broken tapi anak ibu (aku) pun broken juga. Ibu bersimpati atas apa yang berlaku kat Ruwaidi tapi semua yang berlaku ada hikmahnya.

Allah SWT Maha adil dan tak akan sekali sekala menguji hambanya diluar kemampuan mereka. Ibu cakap dia tak sampai hati tengok aku emosi, menangis diam2. Walaupun aku cuba untuk berlagak seperti tiada apa yang berlaku, tapi ibu faham perasaan aku.

Ibu mintak Ruwaidi bagi aku peluang kedua. Ibu cakap Ruwaidi anak yang baik, InshaAllah anak ibu boleh heal Ruwaidi. Ibu just nak anak ibu bahagia. Dan kalau Ruwaidi tak keberatan, anggaplah ibu sebagai mak kamu.

Aku terkedu terus. Ibu tak pernah sekali pun notify aku pasal benda nie. What have I done to deserve such understanding and good mother?

Ibu, you have no idea how much you meant to me. Lepas fikir2, dia cakap dia nak cuba bagi peluang kedua untuk diri dia. Tapi awal2 dia dah bagitau yang dia bukan Ruwaidi yang dulu.

Dan mungkin dia akan gagal jadi dia mintak aku bersedia atas segala kemungkinan. Aku yakin aku mampu cari sisa2 Ruwaidi yang dulu dalam diri dia.

Lepas talk2, ayah ajak makan. Kemudian ayah sembang2 ngan Ruwaidi. Aku pulak terus peluk ibu cakap terima kasih. Ibu senyum sahaja.

Dia cakap dia cuma sampaikan apa yang dia rasa betul, yang lain terpulang pada Ruwaidi. Kalau memang ada jodoh antara dia dan aku, ibu takkan halang. Ayah awal2 tak berapa setuju tapi ibu pujuk untuk bagi peluang.

Selepas pertemuan tuuu, slow2, aku cuba ubah dia. Aku make sure untuk hantar mesej setiap hari just untuk tanya khabar, cakap good morning, good night. Tanya how’s his day? Pasal kerja.

Anything yang boleh aku sembang dengan dia. Kekadang kitorang keluar sekali dengan Adam dan isteri dia atau ibu aku. Ohhh yea, Adam antara orang yang selalu bagi semangat kat Ruwaidi since Ruwaidi memang tak ada kawan sangat lepas dia pindah.

Abang aku ada sembang2 dengan aku dan bila dia tengok aku memang serious, dia bagi aku moral support. Dia pun kekadang ajak Ruwaidi lepak. Ayah aku masih 50/50.

Lepas 6 bulan, kitorang bertunang.

Masa nie aku tahu Ruwaidi nervous jadi kitorang buat simple2 jea. Ruwaidi dah ada perubahan sikit alhamdulillah.

Masa nak plan untuk kahwin, Ruwaidi memang tak jemput saudara mara dia sebab dia cakap no point. Dia jemput budak2 company jea yang rapat. Lepas 3 bulan tunang, kami berkahwin.

Majlis simple tapi penuh bermakna buat Ruwaidi dan aku. Keluarga belah ibu kami tak jemput pun. Keluarga belah ayah ramai yang macam bertanya itu ini tapi ayah jawab semua elok2. Kami tak bagitau nie perkahwinan kedua Ruwaidi sebab tak ada keperluan pun.

Lepas berkahwin, aku pindah masuk rumah Ruwaidi. Rumah dia sebelum nie teres dua tingkat tapi kosong mostly. Rumah warna putih, tak banyak hiasan atau perabot.

Aku tanya dia okay tak kalau aku hias? Dia bagi full power kat aku haha. Kami sama2 keluarkan duit renovate dan hias rumah tuuu.

Ruwaidi tak nak aku keluarkan duit tapi aku insist. Aku touch up balik belakang rumah since aku mmg suka tanam2 pokok especially bunga, aku buat halaman belakang macam garden. Siap ada buaian, meja dan kerusi untuk minum petang.

Ruwaidi akan hantar aku pergi kerja then dia ambik aku balik since satu jalan jea nak travel. Ruwaidi dah bagitau awal2 dia perlukan masa untuk hubungan intim. Let it happen naturally. Aku faham dia trauma jadi aku ok jea. Plus dia insecure dengan rupa dan fizikal dia.

Walaupun aku bagitau aku tak kisah, tapi aku hormat keputusan dia. Awal2 kahwin, kitorang tidur sebilik tapi dia tidur hujung kiri aku tidur hujung kanan. Lama2 adalah berpelukan tapi that’s all.

Masa nak pergi kerja, aku cium tangan dia pun dia dah segan. Lepas 2 minggu, aku cium pipi dia setiap pagi dan malam. Awal2 tuuu dia terkejut tapi lama2 dia ok. Tapi dia tak berani nak touchy2 dengan aku. I need to work harder to seduce him haha.

Aku masak healthy food untuk dia setiap hari. Siapkan bekal untuk dia jugak. Kitorang akan sama2 jogging dan work out. Time2 weekend, kitorang selalu riadah kat Titiwangsa atau jungle trekking.

Aku memang jenis rajin pergi salun untuk treatment muka, badan dan rambut. Aku belajar teknik2 diorang then balik rumah aku buat kat Ruwaidi haha. Dia sabar jea bila aku tonyoh2 muka dia.

Bila nak urut2 badan dia awal2 segan, lama aku pujuk dia. Aku tahu dia nak back to his previous body baru dia nak intimate dengan aku tapi aku pujuk dia cakap I want to be part of the process tuuu. Please don’t shy away from me. Aku urut2 badan dia, letak mask apa bagai.

Awal2 perkahwinan, Ruwaidi sangat nervous. Dia masih trauma. Kekadang bila aku ternaikkan suara, aku nampak dia cuak. Dia tak berani nak tentang mata lama2 dengan aku. Bila sembang dia diam jea dengar aku cakap.

Malam2, kekadang dia dapat nightmare sometimes dia menangis. Aku slowly peluk dia tenangkan dia. Aku rasa dia tak sedar masa tuuu sebab esok pagi dia tak cakap apa2. Masa nak keluar jalan2 ke apa, dia tak pegang tangan aku sebab segan.

Dia rasa dia tak handsome, gemuk as compared to me. Cantik macam bunga haha. Itu ayat dia. Aku insist pegang tangan dia tapi sometimes bila dia tak nak aku tak paksa. Masa nak nak buat urut2 muka dan badan dia, dia segan sampai menangis cakap dia hodoh. Dia failure.

Aku sebenarnya lagilah sedih tengok dia tapi aku tahan air mata.

Aku mengangis time dia tak ada. He has such a bright future but looks what fate had done to him now. Aku mengadu kat Allah SWT untuk beri aku kekuatan untuk heal Ruwaidi.

Ibu tempat aku bersandar tatkala aku kepenatan. Ibu sentiasa berikan aku support. Ayah masih kekok tapi aku tahu dia pun masih cuba untuk terima Ruwaidi sepenuhnya. Abang ok jea.

Walaupun dah berkahwin, hubungan aku dan Ruwaidi more like kawan. We slowly trying to fit into each other life. Ruwaidi mula selesa dengan aku. Alhamdulillah almost dekat 8 bulan, dia berjaya achieve his ideal weight.

Badan dia masa muda2 jenis slim, tapi sekarang ada muscle2. Hehe. Hasil aku buat urut2 dia, muka dia dah makin cerah sebab asalnya dia memang kulit cerah tapi sebab stress dan mental health issue, kulit dia jadi kusam dan darker. Even family aku terkejut tengok dia.

Aku pernah tanya sama ada dia nak rujuk pakar psikiatri ke atau any health consultant, dia cakap tak perlu.

Sebelum nie dia banyak pendam perasaan dan diam tapi sekarang dia dah mula bercakap. Dia luahkan perasaan dia. Bila dia menangis, aku biarkan tepuk2 bahu tapi aku biarkan dia menangis.

Keluarkan segala beban dan sakit dari hatimu. Ibu aku pun selalu lepak dengan Ruwaidi. Tak tau apa diorang berdua sembang. Kekadang Ruwaidi teman ibu aku shopping haha. Ayah aku pun sampai jelaous ibu tak ajak dia.

Ayah dah mula slowly terima Ruwaidi. Dia ajak Ruwaidi main golf lah then buat benda2 membosankan yang orang2 tua buat. Ruwaidi layankan jea haha.

Masa birthday aku, aku insist kat Ruwaidi yang aku nak pergi bercuti kat pulau. Ruwaidi layankan jea. Masa nie kitorang bercuti ke luar negara. Ruwaidi tanya aku apa aku nak untuk hadiah.

Aku cakap aku teringin nak tengok dia ketawa. Ruwaidi nie ada lesung pipit, kalau die gelak memang comel nampak lesung pipit dia. Dah lama aku tak tengok lesung pipit dia.

Dia tergamam kejap then terus peluk aku. Dan dia tanya aku sambil menangis, what has he done to deserve me? Aku senyum jea. Aku ikhlas nakkan dia dan alhamdulillah Allah SWT permudahkan segalanya untuk aku berjodoh dengan dia walaupun perit juga awal2nya.

Masa nie kami melakukan hubungan intim. Ruwaidi nervous tapi aku try my level best untuk support dia. Selepas melakukan hubungan intim, dia tanya aku banyak kali ok ke tak? Is he good? Trauma dia masih ada. Bagi aku ok jea. Aku rasa apa yang patut dan dia pun enjoy it.

Aku bagitau dia to not think too much of it. Lepas daripada percutian itu, hubungan kami makin intim. Sebelum Ruwaidi tanya, aku dah puji dia. Jujurnya, aku enjoy jea masa intimate kitorang. He is good and healthy.

Cara dia bercakap dengan orang pun dah makin confident. Bila keluar, dia dah tak malu nak pegang tangan aku. He is happy, so am I.

Bila masuk awal tahun ketiga, aku disahkan hamil. Aku buat surprise untuk Ruwaidi masa birthday dia. Even family aku pun ada time tuuu terkejut.

Dia peluk aku menangis2. Dia memang nak sangat anak. Parents aku tumpang bahagia tengok kitorang. Sepanjang mengandung, Ruwaidi jaga aku macam princess. Dia upah maid sebab tak nak aku penat. Ruwaidi akan uruskan segala hal rumah. Family aku pun selalu datang singgah.

Ruwaidi selalu usap2 perut aku dan sembang dengan bayi macam2. Dia janji yang dia akan jaga mommy (aku) elok2. Dia selalu doakan kepada Allah SWT untuk kurniakan kekuatan kepada dia semasa dia berada at his lowest point. Sometimes dia rasa nak bunuh diri.

Tup tap, Allah SWT hadirkan aku semula dalam hidup. Akulah kekuatan dia. Aku yang dengar nie terus menangis. We hugged, we kissed and seek comfort in each other present.

Aku dikurniakan anak perempuan. Lepas 3 tahun, aku dapat anak kembar lelaki. Alhamdulillah, anak aku semua sihat2 dan Ruwaidi is such a wonderful father. Bila balik kerja, first dia cari anak2 dia. Memang anak2 semua rapat dengan dia. Well, aku garang macam singa haha.

10 tahun perkahwinan kitorang penuh dengan warna-warni. 3 anak2 nielah penyeri kehidupan kitorang. Ruwaidi is aging like a fine.

Aku pulak insecure tengok badan aku dah berisi sikit. Lemak, selulit, uban. Tapi Ruwaidi, dia cakap biar dia jea handsome untuk aku, aku hanya perlu relax dan chill.

Hubungan dia dengan family pun sangat akrab. Ayah offer Ruwaidi kerja dengan syarikat baru ayah. Abang handle syarikat lain. Ayah bosan2 ajak Ruwaidi lepak sana sini haha. Abang aku sedih sebab dia rasa macam dia dianaktirikan haha. Ibu nak gosip ajak Ruwaidi aiyaaa.

Aku selalu ucap terima kasih pada ibu sebab doa dan support ibu aku antara faktor yang mengharmonikan rumah tangga aku.

Ruwaidi almost heal tapi kekadang ada masa dia insecure, broken atau lost. Tapi aku terima diri dia semuanya. Aku tak expect dia prefect pun. Manusia memang tak sempurna.

Ingat tak lagu John Legend – All of Me? Aku mainkan lagu nie masa sambut anniversary kitorang.

He is the crush from my innocent childhood and now he is the father of my children, the love of my life. He will forever be my only one. InshaAllah.

Aku berharap kisah aku nie sedikit sebanyak akan beri inspirasi atau pengajaran dekat orang lain. Sehebat mana kita merancang, Allah SWT akan menentukan akhirnya. Sesungguhnya jodoh itu rahsia Allah SWT.

Btw, sepanjang tempoh perkahwinan kami nie, Mia ada buat comeback. InshaAllah aku akan cerita pada next story sebab yang nie dah panjang sangat.

Akhir kalam, moga saudara dan saudari semua dirahmati dah dikasihi Allah SWT selalu.

Aamiin.

– Jasmine (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *