Angka Dalam Hidup

Assalammualaikum semua pembaca budiman. Confession saya ini ada berkaitan “3 Bulan Takdir Hidupku” dan “Timeline Hidup Kita Lain-Lain” dan lain-lain yang berkaitan.

Boleh baca confession berkenaan di sini,

(https://iiumc.com/3-bulan-takdir-hidupku/)

(https://iiumc.com/timeline-hidup-kita-lain-lain/)

Patut diusia 30, usia dimana dah settledown, tapi kisah manusia ni berbeza-beza. Apa aku nak sampai kan ni adalah kisah kongsi dari kawan2 dikenali mahupun diri sendiri. Yang baik datang dari Allah, yang buruk dari diri sendiri.

Kenapa tajuk aku angka? Sebab hidup kita ni banyak berkaitan dengan angka. Masa, duit, bilangan, tahap, pangkat, anak, etc. Fitrah manusia untuk ada impian dan target dalam kehidupan. Pencapaian hidup pun diharapkan seiring dengan usia.

Tapi tiada siapa pun boleh kawal kehidupan dia. Banyak je benda unexpected berlaku. Patience and patience je. Everything is temporary.

Sabar tu memang tak mudah. Tapi kalau asyik overthinking jadi depression. Orang gagal hari ini kadang bukan gagal merancang, tapi dah tertulis kehidupan dia begitu. Mungkin belum Timeline dia je.

Hidup ni tak sempurna, mesti ada je kekurangan. Bagi yang belum kahwin, masa inilah dapat spend time dekat family okay. Bila dah berkahwin, duduk jauh pulak. Kadang dalam setahun tu nak jumpa siblings/family pun payah, sebab masa free kita tak sama.

Rajin2 la call / whatapps. Jangan lah senyap je terus. Ada jugak tak dapat jumpa, sebab kekangan kewangan. Duit pada zaman sekarang memainkan peranan. Semua benda memerlukan kertas yang berharga ni. Ada orang banyak kertas ni, ada orang langsung takda kertas ni.

Itulah ujian dan dugaan masing-masing. Try to accept with open heart, walau pahit okay. Kalau family mmg bermasalah, jangan pulak terus putuskan hubungan macam tu je. Melainkan atas sebab tertentu, yang boleh membawa mudarat.

Aku pun graduan. Aku pun alami sama je asyik dapat keje kontrak ni. Puas muhasabah diri, dimana silap. Bila dah syok keje dekat situ, company pulak problem. Aku pun takda apa nak dibanggakan, diusia ini. Income pun tak tetap aka jobless sebab penamatan kontrak.

Bukan senang, nak dapat kerja sekarang. Terutama keje yang baik. Tu sekarang lebih ramai menjual, dari membeli. Bila aku banyak pergi career fair, ramai je sebenarnya senasib.

Aku faham perasaan tu, pedih, sedih, malu, hampa. Terutama pada parents yang dah banyak berkorban untuk kita. Mengharapkan kita jadi “backbone” agar kehidupan lebih baik. Tapi akhirnya kita pulak yang “menumpang” lagi dgn mereka.

Peluang pekerjaan memang bersaing sengit, banyak company “short staff” dan negara alami recession. Boleh Google apa tu recession.

Tahun 2020 yang disangka jadi tahun untuk ubah kehidupan, tapi nampak macam suram dengan Covid 19. Ekonomi dunia merundum dan banyak syarikat bakal gulung tikar. Hidup zaman ini, kita kena kuat okay. Mental tu walau koyak. Tampal plaster banyak2.

Marriage is scary. Ramai kata begitu. Kahwin itu pilihan, ada jugak lebih suka hidup single sampai ke tua. Tapi kalau dah bertemu jodoh, terima je la. Single tak bermakna derita, kahwin juga bukan happy ending. Tapi kita jangan sama kan hidup kita dengan orang lain. Ada je elok bahgia.

Kita ada akal dan sebagai orang yang educated kita kenalah matured, open minded dan jangan takot mencuba. Cuba benda positive je okay.

Tapi kalau dah kena domestic violence, tak kesalah mental or physical, call je talian Nur tu okay. Tahap domestic violence pun kena tengok gak. Biasa orang takut sebab fikir anak2 dan suami satu-satunya “backbone”, takda income lain.

Sebagai isteri dan dah berkahwin, sebaiknya family planning dulu, kalau kewangan tak stabil. Kalau jadi surirumah, pastikan ada agreement dengan suami. Kena ada sedikit savings sendiri. Jika berlaku perkara unexpected, takdalah termenung.

Contoh macam suami tiba2 hilang pekerjaan. Kadang ambil masa lama, untuk dapat kan kerja semula, maybe 6 month up to 1 years being jobless. Mungkin jugak dijemput Illahi. Mungkin jugak jodoh tak panjang.

Sebaiknya wanita zaman sekarang kena ada income sendiri, walaupun sikit. Jika pasangan, kawal semua benda, itu mental tortured. Sampai tak bagi langsung pegang duit. Itu kejam.

Minoriti gak berlaku pada kaum suami, bini pegang smua duit, sampai suami pergi kerja tak bawa 1 Sen pun. At least letak la RM10/RM50 dalam wallet dia. Incase apa2.

Macam2 cerita KRT (kisah rumahtangga), boleh dijadikan pengajaran. Kita berkahwin, bukan nak jadi hamba abdi, kena give and take okay. Jangan samakan dengan zaman atok nenek kita dulu. Sekarang kehendak banyak, buka phone je macam2 paparan tersedia. Kena kawal nafsu dan emosi okay.

Kalau pasangan tak bagi tengok phone, komputer. Jangan judge dulu. Maybe dia takot important file dia hilang or something. Tapi kalau malam2 je hilang, tahu2 je dalam toilet cakap phone pastu wassup asyik sengih2. Faham2 je la.

Maybe jugak dia tengah rancang nak rompak bank. LOL. Settle la sebaiknya, luah pada orang yang dipercayai dan tanya sendiri pasangan kita. Sekarang adalah zaman material. Sexism ditempat kerja dan berkurangan. Even duduk rumah pun, pakai lah sedikit lipstick. Nampak “alive” gitu.

Bagi lelaki pulak, ambil tahu jugak dgn siapa bini berkawan/ buat pillow talk/ share problem. Bini surirumah pn tanya apa masalah dia. Bukan nak kawal/ cemburu buta, tapi ambil tahu. Sebab hati manusia ni tak tetap, berbolak-balik.

Stigma masyarakat memang tak boleh bawak bincang, sebaiknya pekakkan telinga. Butakan mata. Dugaan dan ujian memang tak lari dari kehidupan. Positive dan positive je. Usaha jangan lupa. Usaha untuk perbaiki diri. Jadi wanita kena kuat. Jadi lah wanita yang terbahgia.

Ibu tunggal/ duda pun manusia biasa. Masyarakat please jangan lagi tambah tekanan mereka. Mereka patut diberi sokongan. Jangan pula ambil kesempatan pada mereka.

Rasanya minoriti je yang bad seed, ubahlah mentaliti tu wahai bawang rangers. Yang bujang pun ada gak yang bad seed. Nama pun manusia. Tak boleh nak baca hati dia, melainkan ko ada kuasa psikik. Haha

Kalau kenal dengan lelaki materialistik, tinggal je la. Tak perlu nak ingat2. Memang ramai dan wujud, sebab tuntutan dunia zaman kini. Macam dah terbalik pun ada. Lelaki pulak harap perempuan berduit je. Maybe jugak nak kekalkan lifestyle. Kalau boleh nak cari pasangan cari yang sekufu.

Aku pun pernah je kenal dengan lelaki yang nak berkawan dengan perempuan kerja kerajaan je, ade pulak nak yang berkereta je, siap nak pakej cantek macam modeling. Lelaki dan perempuan zaman sekarang sama je. Tu namanya naluri kehidupan.

Kena jugak kawal, jangan over react. Jangan bagi fake hope. Kalau tak berminat nak kahwin, cakap je terus terang. Kalau dah ada bini/ laki/ tunang/ gf/ bf jangan la ngaku single, ko jadi penyebab fitnah, simpati sikit pada mangsa tu. You are ruining somebody’s life.

Hidup bukan macam drama tv3, dari orang gaji boleh jadi isteri CEO. Kalau ada pun, maybe 1 dalam sejuta je kot. Memang rezeki ko la tu. Bukan lelaki tu kejam, tapi kalo dia kerja dalam bidang high profile/ berpangkat, mesti lah kawan2 tanya bini kerja apa.

Tu belum nak angkut bawak pergi dinner. Nak bergaul dengan VVIP. Melainkan, ko dengan dia memang dah berkawan lama, dah ada sejarah. Kena jugak faham situasi. Ukurlah baju dibadan sendiri. Begitu jugak sebaliknya. Percaya pada pasangan 99% je, lagi 1% tu simpan.

Supaya kalau terluka, takda lah terus rebah jatuh ke tanah. Jangan jugak terlalu berada pada comfort zone. Tak Semua lelaki jahat okay. Tapi banyak jugak yang burukkan isteri dekat member2 opis baik perempuan mahupun lelaki. Siap ada mengaku bujang. Kena tipu bulat2 bini dekat rumah.

Lagi sekali, jadi lah wanita terbahagia. Jangan bila jadi surirumah, ko takda apa2 preparation. Cari sumber apa2 sumber income. Apapun berlaku, ko kena move on. Ingat lagi sekali, everything is temporary, derita bukan lah selamanya.

Siapa ada masalah dekat tempat kerja, tabah je la okay. Kalau dah sampai mudarat, sampai rasa nak bunuh diri. Berhenti je la. Tapi sebelum berhenti, pastikan ada sumber kewangan lain.

Kalau ada parents or siblings boleh bantu sementara cari job lain. Syukur. Kalau takde ko kena ada plan B. Nanti kelaparan pulak. Selagi ada sinar mentari, selagi itu ada harapan. Politik tempat kerja memang semua tempat ada. Kalau ko dah kena sex assault dekat opis, buat report. Negara ada undang2.

For those yang alami mental depression, seek for help. Jangan diam je. Jika keluarga tak membantu. Ko carilah kawan chatting/pen pal. Mane tau jumpa solution. Chatting ni bukan nak cari pasangan je, ade je untuk cari kawan. Carilah yang elok2 okay.

Itu je rasa aku nak bebel. Aku pun manusia biasa, banyak kekurangan. Aku pun banyak jugak ketinggalan dari oang lain. Tapi positive je la. Timeline lain2. 18-24 aku habis kan masa belajar. 25 hingga kini aku pun masih tercari kerjaya aku dan kehidupan aku.

Masa adalah angka yang tak mampu diberhentikan. Terus berlalu. Tak bermakna, umur dah banyak, ko jadi loser. Masa ko je belum sampai.

Semoga kita semua jadi insan terbahgia. Mencapai impian kita dan sempat berbakti pada ibu bapa, agama dan negara. Jangan kecam aku tau. Hehe. Thanks again for reading okay.

*Ingat duduk rumah dan jaga kebersihan dimusim PKP ni, pesanan ikhlas okay.

– Anonymous (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *