Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Terima kasih admin jika siarkan confession aku ni. Niat di hati cuma mahu coretkan kisah hidup aku sebagai anak bongsu di dalam keluarga yang besar. Sikit pun tak terniat nak buka aib keluarga. Aku cuma mahu luahkan apa yang tersimpan dalam hati. Semoga kalian sudi baca luahan ini dan berikan aku kata-kata semangat.
Aku Rina, merupakan anak bongsu daripada tujuh orang adik beradik. Ayah merupakan pesara kerajaan dan ibu aku pula merupakan suri rumah. Kehidupan kami normal seperti keluarga lain sehinggalah pada umur aku 10 tahun, ayah telah mengalami strok dan tidak mampu berjalan. Setelah ayah sakit, ayah terus berhenti kerja dan menerima pencen bulanan. Ibu mengambil alih untuk menguruskan perbelanjaan kami sekeluarga dengan menggunakan duit pencen ayah tersebut.
Bila ayah mula sakit, ayah cuma berehat di rumah sahaja. Aku ingat lagi, aku sedih sangat bila aku dapat straight A dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM tapi tiada seorang pun ahli keluarga aku datang untuk meraikan kejayaan aku. Sebab apa ? Sebab ayah sakit kan tak mampu drive nak bawak mak tengok aku. Akak abang aku pun dah duduk jauh sebab sambung belajar dan bekerja. Aku pergi daftar sekolah sendiri, kalau motor rosak aku bawak pergi bengkel sendiri sampai lah dekat universiti pun mak ayah tak pernah datang melawat aku. Sebab atas faktor kesihatan ayah dan mak yang dah tua.
Mak dan Ayah aku agak berfikiran jumud akan perihal keutamaan anak lelaki berbanding anak perempuan. Pandangan ayah, anak lelaki yang perlu dibelai dan dijaga elok sebab nanti bila dia dah tua anak lelaki lah kononnya yang akan jaga dia. Ayah selalu cakap anak perempuan ni tak perlu belajar tinggi nanti duduk dapur jugak. Ayah pun selalu cakap anak perempuan dia jaga penat2 esok lusa kene ikut suami jugak bila dah kawin. Seolah olah rase terbeban jaga anak perempuan. Aku pun tak faham kenapa ayah ada pemikiran macam tuh.
Walaupun aku bongsu, aku nampak dengan jelas cara layanan ayah dan emak tehadap akak dan abang aku. Memang double standard. Ayah akan tolong anak lelaki dengan sungguh2 contohnya belikan motor, bagi duit deposit kereta baru dan sebagainya. Anak perempuan ? pandai2 lah sendiri nak hidup. Aku perempuan ,aku pun terkena tempias cara layanan ayah terhadap aku. Kemuncaknya bila ayah buat rumah baru kami menggunakan duit pencennya. Rumah tersebut dibina atas tanah nama ayah. Setelah rumah baru siap dibina, ayah terus tukarkan nama tanah tersebut kepada nama abang long aku.
Ayah kan sayang anak lelaki dia kan, jadi dia bagi rumah dan tanah tuh terus dekat abang aku. Bila dapat rumah jek, abang aku terus rancang nak kawin dengan kekasih hati dia walaupun dia sendiri tak ada kerja tetap.A bang aku ajak isteri dia terus duduk bersama kami sekeluarga (Masa tuh yang bujang jek duduk rumah ayah ni, aku dan dua orang kakak aku). Kakak2 aku pun jarang balik sebab belajar jauh. Abang aku puyerlah berlagak macam rumah tuh dibuat guna duit dia padahal rumah tuh dibina hasil duit pencen ayah. Aku yang bujang ni bila dah duduk dekat atas tanah nama abang aku rase kerdil sangat. Rase menumpang pun ada. Sebab layanan mak dan ayah aku yang lebihkan anak lelaki dia kan.
Abang long makin lama makin melampau. Mungkin sebab mak ayah terlampau manjakan dia sangat. Abang long mula malas bekerja dengan orang dan buat keputusan untuk bekerja sendiri. Bekerja sendiri kan perlu modal. Modal daripada mana nak dapat ? Abang Long aku gunakan duit pencen ayah aku. Die pegang kad atm duit pencen ayah aku. Mak ayah tak bantah apa2 pun. Aku? Aku yang bongsu ni macam pengemis bila nak mintak duit belanja. Rase takut sangat kalau nak mintak duit belanja sebab takut susahkan orang. Abang long aku yang dah tua tuh pulak berseronok guna duit ayah aku yang sepatutnya perlu diberikan dekat aku sebab masa tuh aku cuma 14 tahun, hurmm.
Aku dapat tahu Abang long aku guna duit pencen ayah untuk buat kerja dia, dia bayar gaji pekerja dia pun guna duit pencen ayah. Abang long aku ni konon2 nak jadi bos terus tak nak jadi kuli kerja dari bawah. Dia pernah perli aku ni macam kuli kerja kilang jek. Aku pernah kerja kilang kuih raya lepas SPM, aku tahu aku kene carik duit sendiri kan sebab aku nak masuk asasi masa tuh. Aku balik daripada kilang mesti comot2 dengan tepung dan coklat melekat dekat baju hehe tapi seronok.
Boleh bayangkan tak, aku yang bongsu ni kene kerja daripada pagi sampai malam sebab nak carik duit sendiri, yang abang aku umur dah 30-an boleh relax2 mintak duit dekat mak ayah aku. Depan mata aku, mak bagi duit dekat abang aku untuk dia isi minyak motor. Duit makan dan sebagainya. Kalau aku mintak duit dekat emak, mesti kene soal macam polis. Kalau mintak RM1 pun kene tanya macam2. Dahlah kene marah, belum tentu pulak tuh dapat duit yang dimintak.
Sedih betul bila ingat balik hidup aku dulu. Kalau mintak duit dekat mak, mak akan cakap dia tak ada duit. Dia nak pakai banyak duit. Dalam masa yang sama, mak tak kisah pun bagi duit dekat abang long aku. Tak pun ,tup2 mak beli sofa baru, mak beli langsir baru, beli meja makan baru dan lain2. Ntah lah, mungkin bagi dia aku ni tak perlukan duit kot untuk hidup. Daripada kecik, apa yang aku nak semua aku kumpul duit sendiri dan beli sendiri. Aku cemburu tengok kawan2 aku yang lain, mak ayah dorang selalu belikan dorang baju baru.
Pernah dekat asasi dulu aku tak ada duit nak makan, aku ambil jek lauk dekat cafe aku duduk jauh2 daripada semua orang . Lepas makan aku blah macam tuh jek sebab tak ada duit nak bayar. Teruk kan aku. Nth lah, aku dah lapar sangat, dah dua hari tak makan nasi masa tuh. Kalau nak pinjam duit kawan, aku malu. Jadi itu jek pilihan yang ada. Bila dah sampai bilik lepas makan tuh, aku tengok facebook, abang long aku baru check in makan sedap2 dengan wife dia. Yerlah, duit pencen ayah baru masuk. Kecur aja bongsu ni tengok dari jauh.
Mungkin korang persoalkan kenapa aku diam jek tak melawan dekat abang long aku? Sebab rumah yang aku dan kakak lain duduk tuh kan dah nama abang long aku. Abang long aku siap cakap, siapa yang kurang ajar dengan dia, dia halau jek daripada rumah tuh. Ayat yang abang long cakap ni daripada masa aku kecik lagi , masa sekolah menengah sampai lah aku belajar dekat Universiti. Apa jek yang mampu aku buat ? Aku pikir kalau aku kene halau nak duduk mana nanti. Mana ada duit nak duduk sendiri. Lagipun macam mana nak jumpa mak ayah kan kalau dah tak duduk satu rumah lagi. Aku cuma patuh jek dan menikus dalam rumah tuh. Lagipun mak ayah selalu pertahankan abang long kan. Aku macam tak berhak nak bersuara dalam rumah tuh.
Dendam ? Bohonglah aku tak berdendam dengan abang long. Dulu masa kecik2 aku selalu doa dekat tuhan siapa yang ambil hak aku berikanlah dia balasan yang setimpal. Abang long aku sekarang dah nak masuk 40-an, tak ada kerja tetap, pekerja dia lari, kereta dan motor yang ayah belikan pun dia tak mampu nak maintain. Kereta dan motor dah rosak tersadai dekat tepi rumah. Masa ini, adik2 yang dia buli dulu dah besar, akak2 aku pun dah berjaya. Dua orang akak aku dah berjaya kerja kerajaan. Lagi seorang tengah habiskan belajar di perigkat tertinggi. InshaaAllah dia jadi Dr nanti. Abang aku lagi dua orang memang tak sambung belajar dan terus kawin. Lepas kawin terus jarang ambil tahu perihal keluarga. Mereka cuma contact keluarga untuk hal penting2 jek.
Bila abang long aku nampak adik beradik dia yang lain dah berjaya mampu beli rumah dan kereta. Dia mula sakit hati, dia siap ceramahkan kami perihal tanggungjawab anak2 kepada ibu bapa. Dia siap nak halau mak ayah aku daripada rumah yang dibina hasil duit pencen ayah aku sendiri konon2 supaya biar anak2 yang lain jaga mak ayah. Padahal dia duduk rumah mak ayah pun tak jaga mak ayah, keluar pagi buta balik tengah malam tak tahu buat apa. Yang pasti habiskan duit pencen ayah.
Mak ayah mintak tolong belikan gas ke belikan barang dapur pun abang long aku mengamuk. Kalau mak dan ayah ada appointment dekat klinik pun dia tak nak hantar. Aku sanggup kot amik cuti drive daripada KL balik kampung hantar mak ayah aku pergi klinik. Kalau mak aku nak tanam pokok dekat tanah rumah tuh pon abang aku mengamuk , abang aku pergi racun atau tebang balik pokok yang mak aku tanam sebab dia kata nanti rumah dia semak. Abang long aku betul2 buat macam tuh rumah dia sendiri langsung tak fikir perasaan mak ayah aku.
Sekarang ni mak ayah duduk dengan akak aku. Aku tengok mak dan ayah banyak diam bila dah makin tua ni. Mungkin mereka dah sedar kot layanan mereka salah terhadap anak perempuan mereka dulu. Kami adik beradik yang lain tak melatah pun kene jaga mak ayah. Kami mampu jaga mak ayah dengan baik. Anak perempuan yang ayah aku perlekehkan dulu lah yang mandikan dia sekarang ni, yang hantar dia ke klinik. Aku dengan akak2 aku yang lain tak putus kirim duit bulan2 untuk mak ayah. Tiap hujung minggu, aku akan datang rumah akak aku untuk bawak mak ayah keluar makan atau pun jalan2 ambil angin. Bukan nak riak, tapi itu lah kenyataannya ,anak yang disanjung pun tak nak jaga mak ayah bila mak ayah dah tua.
Walaupun mak ayah aku tak pentingkan pelajaran terhadap anak2 perempuan. Aku bersyukur bila ada kakak2 yang sentiasa tolong aku dan kuatkan semangat aku untuk sambung belajar. Aku habis degree pada umur 23 tahun. Lepas setahun aku kerja biase2 baru ada rezeki aku kerja kos zaman degree aku dulu. Siang aku kerja, malam dan hari hujung minggu pulak aku berniaga online. Alhamdulillah hutang Mara aku dah selesai. Duit makan yang aku tak bayar dekat café asasi aku pun aku dah bayar, hehe.
Aku tengah kumpul duit deposit untuk beli rumah. Korang doakan aku ya, aku nak beli rumah yang ada tanah. Biar aku dapat jaga mak ayah aku. Lepas ni, mak nak tanam pokok banyak2 pun tak apa sebab dekat rumah aku, hehe. Terima kasih semua kerana sudi baca.
– Rina
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit