Angkara COV1D19

Assalamualaikum semua sahabat-sahabat yang paling dikasihi.

Melihat kepada tajuk saya yakin anda semua sudah pasti dapat mengagak perkara apa yang ingin saya kongsi.

Maafkan saya andai perkongsian ini agak panjang, Saya akan cuba mudahkan untuk mengelakan para pembaca bosan.

Pada tanggal 19/07/2021, Saya telah disahkan positif Covid-19 melalui ujian rtk di salah sebuah klinik swasta.

Sebelum melakukan swab test, Saya memang sudah demam on-off selama enam hari dan mengalami sakit belakang serta sendi yang maha dasyat. Allah sahaja yang tahu bertapa seksanya masa tu.

Then selepas swab dapat result pada mulanya saya nak kuarantin di rumah sahaja tapi keesokan harinya dada saya mula sakit, Sebab saya memang menghidap asthma dari kecil lagi.

Jadi saya terus call ambulan dan bermula la episode saya dikuarantin di hospital.

Sampai sahaja di hospital saya terus dikejarkan ke unit kecemasan dan berada di zon kuning untuk pemantauan.

Alhamdulillah Oksigen saya sangat baik 98-100% setiap hari. Alhamdulillah syukur.

Tapi disebabkan saya ada sejarah penyakit asthma Dr terpaksa buat extra care untuk saya,

Mereka ambil darah pada nadi di tangan dan prosedurnya agak menyakitkan tapi demi kesembuhan saya kuatkan hati lawan perasaan takut dan sakit tu.

Alhamdulillah, Lima tube berjaya diambil dengan mudah. Then, Disahkan ada jangkitan paru-paru sikit.

Saya dimasukkan ke ward dan dikuarantin bersama pesakit lain. Bila masuk sahaja ward tengok keadaan orang lain yang agak teruk membuatkan saya jadi takut, Menggeletar dan panik mula menyerang kehidupan saya.

Sumpah kejadian ini sangat menginsafkan. Tempat yang paling selamat saya rasakan adalah diatas katil, dalam kain telekung dan membaca quran.

Hari-hari saya ditemani dengan ubat-ubatan. Yang perlu ditelan ada beberapa biji dan paling saya takutkan adalah drip untuk antibiotik.

Kalau kata ambil darah nadi itu sudah sakit, Drip antibiotik tu lagi sakit. Pedih, mencucuk Allah tak boleh nak cerita. Tapi saya hanya redha. Buatlah nurse, dr asalkan saya sihat semula.

Dan yang paling ajaibnya hari ketiga di hospital saya dah boleh discharge!! MasyaAllah, Seronok bukan main. Dr sendiri pun puji saya punya process recovery cepat Alhamdulillah.

Tapi saya minta untuk balik pada hari keempat, sebab rasa dada saya masih sakit, Dan dr buat extra care untuk saya sebelum balik dia ambil darah dan xray saya sebanyak 3 kali, Then barulah saya lega dan terus dapat discharge. Alhamdulillah.

Kawan-kawan, Covid is real. Benda ni bukan plandemik dan susah payah jerih frontlinet bukan lakonan, Benda ni betul-betul bukan main-main. Sakit dia Allah sahaja yang tahu, Seksa! Wallahi!

Tolong jaga diri anda, Tak kisah nak berikhtiar cara moden atau tradisional mana² pun boleh. Yang penting usaha, Ikhtiar dan tawakkal.

Dan bagi sahabat yang positif covid dan tengah menjalani proses recovery. Bersyukurlah kerana kita yang terpilih untuk menerima ‘hadiah’ ini.

Allah tidak uji kita saja-saja. Allah sedang angkat darjat kita, Allah nak bagi kita pahala dan Allah nak kita memberi ilmu kepada mereka diluar sana tentang covid ini.

Bersyukurlah jangan mengeluh, Bila kamu bersyukur Allah akan menambah lagi nikmat.

Saya sangat bersyukur, Selepas dari covid saya jadi manusia yang lebih dekat dengan Allah. Dari tudung bidang 45 berubah menjadi bidang 50.

Kalau dulu seluar agak sendat kini berubah jadi longgar, Baju kalau dulu ingin menampakan bentuk badan yang menawan kini menjadi longgar sehinggakan tiada nampak lekuk dibadan.

Nampak kan hidayah Allah datang dalam pelbagai bentuk.

Kita akan jadi lebih menghargai setiap apa yang berlaku dalam hidup kita. Umpama peluang kedua untuk hidup, Jangan sia-siakan dengan pemikiran yang negatif.

Okay last part is.. Petua untuk cepat recover Covid-19 selain daripada ubat hospital.

1. Minum air rendaman bunga cengkih. Sangat-sangat bagus untuk memulihkan batuk dan deria bau.

2. Kelapa + lemon + garam. Untuk kuatkan antibodi.

3. Madu + habatusauda.

4. Vitamin C. (4 Biji sehari)

Ini yang saya amalkan sepanjang di hospital, Memang cepat recover dan badan kita pun tak mudah letih. Cuba amalkan dan konsisten. InsyaAllah mujarab.

Selain dari ubatan hospital kita pun kena beramal dengan pemakanan sunnah juga. Selaraskan kedua-duanya insyaAllah mujarab.

Akhir kalam, sampai disini sahaja perkongsian dari saya. Andai tersalah bahasa, Mohon maafkan. Doakan saya istiqomah dalam proses hijrah saya.

Assalamualaikum.

– F.A (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *