Assalamualaikum & salam sejahtera. Semoga semua yang sakit kembali sembuh dan yang sihat dilindungi olehnya. Kebelakangan ni, banyak kes melibatkan pemandu m4buk yang meragut nyawa insan lain yang tak berdosa.
Hampir hari2 berita ni berlegar di media massa. Aku tak tahu macam mana mama handle perasaan bila baca berita2 ni. Tapi untuk aku, berita2 ni sangat2 sakit, sedih, geram, marah. Kami sekeluarga turut menjadi mangsa pemabuk durjana. Kebahagiaan yang Allah pinjamkan ditarik sekelip mata.
Peristiwa ni jadi masa tahun 2011. Lagi beberapa bulan aku akan menduduki SPM manakala adik aku menduduki PMR. Waktu ni kami betul2 rasa tiada arah tujuan. Abang2 aku sedang melanjutkan pelajaran di ipta.
Kejadian berlaku pada malam bulan May 2011. Ayah aku yang sepatutnya pulang dari outstation menaiki kereta, tapi pulang ke rumah menaiki van jenazah. Kereta yang ayah pandu benar2 menunjukkan betapa sakitnya ayah ketika kemalangan.
Ayah dirempuh oleh pemandu m4buk yang melawan arus jalan. Remuk hati kami ketika datang ke tempat kejadian. Tubuh ayah telah ditutup dengan plastik hitam dan sedia dibawa ke bilik mayat.
Aku benar2 berasa seperti mimpi. Ayah yang baru kami talefon beberapa jam yang lepas telah tiada selamanya. Ayah yang sangat sihat, sangat baik, sangat bertanggungjawab di ambil sekelip mata.
Makin tragis apabila ayah pergi akibat manusia durjana!
Kami sekeluarga benar2 rasa hilang harapan, hilang tempat perlindungan. Selama ni, semua urusan kewangan ayah aku yang uruskan. Langit yang kami sangka cerah rupanya ribut ditengah jalan.
Aku benar2 hilang semangat menduduki peperiksaan. Keputusan percubaan aku sangat teruk sehingga aku hampir putus harapan. Aku sedih, marah, kesal dengan semua yang berlaku.
Tapi Allah Maha Adil. Maha pemurah Maha penyayang. Allah hadirkan insan2 yang baik sekeliling kami. Allah beri kami kwn2 ayah dan mama yang baik, pakcik makcik yang penyayang serta kami diberi guru yang sabar dan sentiasa memberi kata2 peransang.
Sehingga aku mula hargai setiap insan yang berada disekeliling aku. Aku masih bersyukur mama mempunyai pekerjaan tetap dan masih boleh menyara kami adik beradik. Walaupun ketika itu, mama benar2 ‘struggle’ menyara kami semua yang sedang berlajar.
Mama sentiasa mahu kami capai impian yang pernah arwah ayah sampaikan. ALHAMDULILLAH keputusan kami semua cemerlang dan kini kami semua berjaya ke menara gading dan berjaya dalam kerjaya masing.
ALHMDULILLAH kerana kami diberi peluang untuk merasa kebahagiaan selepas ujian. Benar yang Allah menguji hambanya mengikut kemampuan.
Kepada mereka2 yang diberi ujian seperti kami, aku doakan agar sentiasa kuat tabah dan sabar dengan ujian. Luahkan semua yang terpedam agar kita mampu melangkah ke hadapan. Ujian benar2 menguatkan.
Kepada keluarga2 yang menyebabkan kem4tian, aku mohon agar kalian sedar betapa sakitnya kami sebagai mangsa. Jika ada teman2 kalian yang merupakan pemabuk, tegurlah mereka. Cukup2 lah jadi durjana. Sudah2 lah meragut nyawa manusia.
Ajal dan maut memang Allah yang tetapkan. Tapi kita sebagai manusia sangat2 perlu berusaha. Kalau kau dah m4buk tak payah la memandu! Jangan susahkan orang lain! Jangan sakitkan orang lain!
Waktu ni kau tak rasa. Tapi sedarlah Allah akan membalas yang setimpal dengan kalian lakukan. Apa jua agama sangat melarang perbuatan kejam dan durjana seperti kalian lakukan.
Kepada peguam, pendakwa atau sesiapa sahaja yang berkuasa untuk menggubal undang2. Aku mohon agar undang2 diberatkan (maaf jika istilah ini salah).
Undang2 diwujudkan untuk mengajar manusia. Namun, nampaknya undang2 yang ada sudah tidak relevan untuk insan2 durjana ini. Saya mohon dengan rendah hati agar pihak2 yang bertanggungjawab lebih teliti akan udang2 yang dikuatkuasakan.
Akhir kalam, maaf andai bahasa aku celaru. Aku benar2 sudah tak mampu mengawal perasaan.. Aku harap coretan tak seberapa ini mampu memberi kekuatan kepada mangsa2 durjana ini.
Semoga kita semua sentiasa dalam lindunganNya dan kuat dalam menempuh segala ujian.
Doakan kami sekeluarga agar sentiasa redha akan dugaan. Terima kasih semua.
– Kami mangsa PEMABUK (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit