Angkara Penyondol Atau Takdir

Assalamualaikum semua. Aku janda ada anak. Dah setahun lebih bercerai.

Semua terjadi bila ex husb aku pasang niat nak kahwin lain lepas dapat anak 1. Masa tu anak belum setahun.

Disebabkan dia memang dah beribu kali curang masa zaman bercinta dulu, jadi aku pun bagi greenlight, dengan beberapa syarat.

Tapi masa dia pasang niat tu, dia takde calon lagi. Lepas aku bagi greenlight, dia terus cari calon. Make it short, dia kantoi berdua dua an dalam kereta dengan 1 perempuan.

Aku marah. Dia janji tak buat lagi. Time pass by anf perempuan tu jumpa aku, bagi tahu nak kahwin dengan husb aku bila aku bercerai (masa ni belum cerai)

Aku marah sebab walaupun aku bagi greenlight, 1 syarat pun tak ada yang ditepati.

Aku marah sebab walaupun aku greenlight, dia menipu. Selepas beberapa bulan bertahan, aku tak sanggup dah nak hadap perangai curang yang tak berkesudahan. Ada anak pun perangai tak berubah.

Sekarang dah setahun lebih bercerai, aku dapat tau perempuan tu kena buang kerja. Tapi bila tengok anak hari hari, kesian dia. Rindu kat daddy dia.

Sekarang, relationship aku dengan ex husb macam biasa. Contact untuk anak. Vc tunjuk anak.

Sampai lah 1 masa, dia tiba tiba berubah, dia nak get back balik. Aku terima. Tak lama lepas tu, kami terlanjur.

Dan aku dapat tahu, dia masih contact dengan perempuan punca bercerai tu. Aku confius kejap. Kata nak getback, tapi perempuan??

Mula mula aku marah, kecewa. Tapi lepas tu aku fikir balik.

Sejak dia dah baik ni, dia banyak tolong pasal rumah dan barang anak. Sebab aku duduk berdua dengan yang baru 2y/o. Single mom mesti faham perasaan bila anak demam, meragam, nak daddy, tak selalu tapi ada.

Masa cerai, dia masih baby, tak faham apa, sekarang dia dah 2 tahun, boleh nampak betapa happy nya dia bila nampak daddy mummy tidur sekali, hantar taska sama sama, bangun pagi dengan daddy, dan memang banyak menyenangkan tugas aku.

Tapi, di masih bercinta dengan perempuan tu. Aku suruh dia bagi kata putus, dia kata nak masa.

Aku suruh dia jujur dengan perempuan tu apa yg aku dengan dia dah buat. Perempuan tak boleh terima mula mula. Tapi sekarang sekarang dorang macam biasa balik.

Aku jadi geram. Kau kalau betul sayang aku dengan anak, kau boleh je buat pilihan. Tapi kau betul betul selesa dengan position kau yang ada dua perempuan sekarang kan.

Tapi aku tak boleh cut dia. Kad bank dia ada kat aku, guna untuk barang anak dan makan aku. Entahlah.

Aku tak tau nak rasa apa sekarang. Apa yang menyenangkan aku, aku hadap je.

Ada tak sesipa yang ada pengalaman macam aku, atau yang ada experience mak ayah cerai dari kecik, apa korang rasa bila dah besar, aku kesian tengok anak aku, kadang bangun pagi tanya daddy mana.

Balik taska kata daddy tak ada. She so strong. Dan penyondol tu memang takde nampak tanda tanda untuk undur diri pun.

– Janda pendosa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Nama “Janda Pendosa” tp x nampak ciri2 nak bertaubat. Awak dah bg free, laki tu layan lah, perempuan tu pun ntah2 sama je. Kesian anak awak bukan sbb broken family tp sbb kecik2 dah terdedah dgn dosa besar zina parents dia.

  2. Berkahwinlah semula dengan ex. Hentikan perbuatan zina dan bertaubatlah. Hidup ini tak panjang. Ajak ex juga utk bertaubat

  3. sudah2 la buat benda yang menambah dosa. ex kau tu bukan nak balik sangat pun kat kau. pendek kata, dia cuma nak beramas mesra. dengan kau dia dapat, dgn ppuan tu pun dia dapat. kesian kat anak. confused dia nanti kalau dia dapat tau parents dia rupanya tak nikah semula pun tapi dah tido bersama!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *