Angkara Salah Faham

Hai, aku perkenalkan diri sebagai Lisa. Aku nak ceritakan tentang kisah persahabatan aku dengan seorang lelaki yang hanya berlangsung selama 4 hari di dalam sebuah aplikasi dating.

Kalau tak kerana salah faham itu, rasanya sehingga sekarang kami masih lagi berchatting.

Di awal chat, dia diselubungi dengan vibes sarkastik dan negativiti. Setiap patah perkataan dapat aku rasakan dia dengan vibes nya itu.

Tapi aku tidak peduli. Hanya selamba menaip patah perkataan dengan penuh dengan positivity untuk melawan negativiti nya.

Aku suka dengan sapaan awalnya ‘Eh, cat lover’ memandang kan aku mempamerkan gambar kucing-kucing di bio aku.

Bukan seperti sapaan biasa yang dimulai dengan ‘Hai’ yang disusuli dengan pertanyaan membosankan.

Lagi satu, dia terlalu obses dengan kepercayaan zodiak. Dia kata, sudah dua kali gadis berzodiak kan libra berlaku curang pada nya.

Itu adalah soalan pertama sekali dia tanya aku sama ada aku libra. Aku menjawab diri ku adalah capricorn yang membuatkan dia berasa lega.

Dari cara dia menaip, aku dapat rasakan dia seorang yang kasar bahasa. Suka sangat menaip Fxxk setiap kali kami berdua berchat.

Bukan selalu juga, kalau ada sesuatu yang menjengkelkan nya, setiap itu lah ayat Fxxk menghiasi chat nya. Sebaliknya aku, tidak menyukai tabiat nya kasar itu.

Walaupun begitu, aku dapat merasakan ketelusan nya biarpun perwatakan luarannya badboy. Dia menceritakan latar belakang nya selaku anak tunggal lelaki satu-satunya di dalam keluarga.

Dia juga memberitahu bahawa dia sudahpun berhenti mengambil alkohol.

Setiap kali dia lambat reply, dia mesti bagitahu bahawa dia sibuk kerja ataupun berbual-bual bersama kawan. Malam pula selepas kami berchat, dia menghabiskan masa dengan PUBG.

Kami juga bertukar-tukar maklumat mengenai diri masing-masing. Dia menetap tidak jauh dari aku. Kalau aku stress, dia sanggup menjadi tempat untuk aku melepaskan geram.

Jauh di sudut hati, aku merasa terisi dan terhibur di saat aku berchat dengan dia. Selalu saja aku tertunggu-tunggu chat nya muncul di hadapan skrin telefon ku.

Jari aku gatal menaip bertanya kenapa ex dia curang. Nasib baik juga dia sporting, tidak naik darah bila aku bertanya.

Dia kata, ex nya tertangkap curang bila mana dia ternampak gigitan cinta di leher ex nya. Jadi mereka berdua putus disaat itu juga.

Dia rasa jengkel dengan sifatku yang dia sebutkan sebagai ‘Holy People’ kerana aku yang tidak begitu menggemari bahasa carutan dan kasar nya.

Namun, lama kelamaan dia menghormati pendirian ku, dia hanya menaip F saja bukan seperti kebiasaan yang selalu di taip penuh.

Ada ketikanya kami berbual secara deep conversation. Masing-masing kami berdua menghabiskan masa dengan mencurahkan rasa yang tersangat lah dalam sehingga kan ayat-ayat yang dia taip seolah-olah membelai jiwa ku.

Begitu juga dengan dia, aku padamkan negatif vibes nya di saat dia mulai rasa insecure.

Kadangkala dia memberitahu aku, dia disapa dengan unknown vibes setiap kali kami berchat, namun itu hanya sementara saja kerana dia tak mahu ambil peduli dengan unknown vibes nya itu.

Pada hari – hari terakhir, dia mengeluh kepada aku kenapa perempuan sekeliling nya rasa takut untuk berdekat-dekat.

Aku berkata, ‘kau kena senyum’ dia react love di tepi chat. Sememangnya mukanya garang tanpa senyuman di setiap gambar bio. Dia sembang lagi yang dia perlukan cuddle.

Aku balas, ‘Ex kau boleh bagi cuddle’ . Lepas tu pula, dia menaip perkataan dengan rasa yang tidak menentu sehingga kan dia bertanya kepada aku kenapa dua ekor kucing nya tidak suka untuk mendekati nya.

Aku jawab lagi, ‘mungkin kau ada aura menakutkan’ . Chat nya pada waktu itu seperti menanda kan dia di landa insecurities dengan aura negatif.

Tapi silap aku, tidak begitu perasan dengan insecurity dan negativiti mindset nya. Di tambah lagi aku asyik mengingatkan pasal ex nya.

Ada suatu ayat yang dia taip aku tersalah tafsir. Aku menyangka kan dia sangap sehingga kan dia mahu berimaginasi kotor tentang aku. Aku masih ingat lagi dia taip ‘gettin into your head’ .

Jadi atas reaksi tuduhan itu, dia berang dan kecewa dengan aku. Habis segala makian dia taip tanpa gagal, tanpa typo. Aku ingat lagi dia kata ‘aku berniat baik berkawan dengan kau’.

Ayat tu juga berjaya membuatkan aku rasa bersalah kalau benar niatnya tulus berkawan dengan aku. Sebelum dia unmatch, sempat lagi dia mengutuk dengan sifat ‘Holy People’ ku ini.

Lama aku proses, ayat ‘gettin into your head’ rupanya dia mahu masuk ke dalam alam fikiran positif ku.

Di saat itu aku bersalah. Selepas saja dia unmatch, air mata ku laju turun mengenangkan kesilapan ku itu. Tidak lama beberapa jam, aku padam akaun ku dan uninstall aplikasi dating itu.

Patut kah aku install balik apps itu untuk menjelaskan salah faham yang tak disengajakan ini? Atau lupakan saja niat itu?

Hati ku berbolak balik. Niat aku berkawan dengan nya adalah untuk mengubah negativiti dan insecurity nya. Namun kerana salah faham, dia pergi begitu saja tanpa sempat aku jelaskan salah faham yang berlaku.

– Lisa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *