Angkat Bendera Putih

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama aku Zuhairi (bukan nama sebenar). Sekadar nak beri luahan dari sudut hati dalam masa sama cuba dapatkan nasihat untuk jalan keluar.

Alhamdulillah aku dikurniakan dengan rakan rakan dan keluarga yang baik baik. Cuma pada peribadi aku sendiri, semua benda dalam hidup aku ok je kecuali kewangan. Aku sangat struggle dalam masalah kewangan ni.

Walaupun aku bekerja makan gaji dan ada juga buat kerja partime, bisnes kecil kecilan tetapi selalu saja bisnes tak menjadi. Aku pun pada awalnya dah belajar macam macam dan buat macam macam untuk ubah masalah kewangan yang tak berapa baik.

Family aku pun bukan asal orang senang juga, sebab tu juga salah satu faktor untuk aku usaha berbisnes untuk keluar dari kemiskinan.

Sampailah satu tahap, aku nekad buat personal loan untuk setup satu bisnes. Bisnes konsep franchise, atau licensing yang bawa brand orang lain.

Sudahnya baru aku tahu founder menang sebelah pihak, jualan tinggi tapi disebabkan sistemnya menang sebelah pihak, aku susah nak dapat untung dan bisnes pun bungkus dalam masa 6 bulan.

Aku dah lost dekat RM10k masa tu. Ya aku faham mesti ada yang fikir aku silap sebab buat bisnes dengan ambil loan. Aku faham kesilapan tu dan aku sedar, jadi tak perlu ulas pasal tu.

Masa tu balance bank akaun tak sampai RM2k pun. Aku pun cari kerja dan aku sambar je apa2 kerja walaupun gaji tak tinggi.

Sehingga lah sekarang aku masih kerja, dah dekat 2 tahun lepas kegagalan bisnes yang lepas. Aku buat partime dan bisnes kecilan2 tanpa ambil apa2 loan lagi.

Jujur cakap walaupun aku dah buat semua ni income bulananan still cukup2 makan dan kadang setengah bulan dah habis.

Sampailah satu tahap aku dah penat dengan dunia ni, aku pun mula dah tak solat dan tak percaya lagi dengan tuhan. Sampai aku fikir aku minta doa yang baik2 tapi yang aku dapat makin susah dan susah. Baik aku tak payah solat susah juga hidup aku.

Dalam hidup aku tak pernah aku buat jahat, tak pernah curi harta orang, tak pernah aniaya duit orang, tak pernah kasar dengan orang tapi masalah kewangan tak habis2 menghimpit.

Aku cuba nak berkembang tapi rasa macam tersepit dan tersekat. Aku mula rasa benci dengan hidup aku dan mula rasa benci dengan apa2 yang melibatkan duit. Aku pun dah mula menjauhi dari semua orang terdekat dan lebih selesa menyendiri sahaja

Aku tak meluah dengan orang terdekat kerana rata2 semua ada masalah kewangan dan tak boleh bantu aku keluar dari masalah ni.

Sebab tu juga aku meluah disini. Aku dah putus harapan, tak ada motivasi dan semangat nak hidup. Aku dah tak happy macam dulu.

Aku harap, jika ada sesiapa yang pernah alami masalah yang sama, boleh lah share nasihat dan pendapat supaya semangat hidup kembali pulih.

– Zuhairi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Saya pun tgh dlm situasi yg sama. Cuma sya nk buat part time pun tak tahu nk buat mcm mana. Apatah lagi bisnes…walaupun tak membanding tapi bila tgk family terdekat berjaya…rasa down rasa rendah diri rasa gagal sbgi seorang bapa kpd isteri dan anak. Tapi walaumacam manapun hidup kena di teruskan

  2. Secara umum, mmg hampir semua perkara yg kita ingin lalukan pd hari ini memerlukan duit.., bak kata org skrg : “mmg duit itu bkn segalanya, tp segalanya memerlukan duit..”, atau pon, “duit mmg x boleh dibawa mati, tp bla xde dt, kita rse mcm stengah mati..”, bkn tujuan sya nk ber’falsafah’, cuma sbg ingatan, ‘duit’ mmg bole di’cari’, tp rezeki itu dari Allah SWT.. klaw kita x mnghambakan diri dan beribadah kpd Nya, pdhal bnyak perkara yg kita nk mohon dari-Nya.. ada bnyak kisah teladan dan juga amalan yg boleh ‘menjemput’ rezeki yg berkat.. antara nya bersyukur, berselawat, berdoa dan bersedeqah, di samping kita brusaha keras utk mencari rezeki.. yg penting, kita buat semuanya krn Allah ta’ala n jgn ‘hilang’ kpercayaan kpd Allah, kerana ini adalah janji-Nya kpd semua makhluk di alam ini.. insha Allah, klaw kita tidak putus2 berusaha, akn termakbul jugak doa kita.. di samping itu, kita juga harus tahu bagaimana cara2 utk nk ‘manage’ income kita, ‘berjimat’ bila perlu, mengutamakan kperuan, bkn kehendak dan berusaha menabung dsb.. kalau dah ‘buntu’ sgt, buatla temujanji dgn AKPK, di sana mrk akn ajar cara kita nk manage duit kita dan bagi idea bgaimana nk pulihkan ekonomi kita sendiri.. wallahu a’lam

  3. Try join NAFAS DOA. Blh cari dulu di youtube/tiktok.Smg bermanfaat. Mana tau ada jalan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *