Saya duduk ditaman perumahan ramai non muslim dan mungkin kawasan ni ramai yang bela anjing.
Kawalan sekuriti memang ketat jadi rumah pintu memang sentiasa terbuka nak bagi pengudaraan keluar masuk.
Dipendekkan cerita, satu haritu, anjing jiran masuk rumah. Lalu lah dia di kawasan tempat kami solat dan meja makan. Menjerit juga satu rumah.
Tak berapa lama lepastu, anak jiran datang ambil semula anjingnya.
Dah selesai samak kawasan disyaki anjing mungkin jilat, dah tenang, saya pun message la dalam group taman.
Terangkan kepada jiran, kita orang islam di Malaysia bukan tak suka anjing, tapi sebab air liur anjing tak bersih untuk solat dan perlu disamak dan saya ceritakan proses menyamak macam mana.
Saya juga sertakan hadith nabi berkenaan seorang perempuan pelacur yang mengunakkan kasut dan tudungnya untuk mencedokkan air bagi anjing yang kehausan dan diampunkan dosanya.
Saya turut kongsi islam tidak benarkan mencedara atau merosakkan makhluk ciptaan Tuhan.
Sebab tu ada muslim yang memberi makan, binakan tempat perlindungan anjing dan selamatkan anjing dalam kesusahan.
Saya cakap, kita tak benci anjing, cuma renyah bila terkena air liurnya atau badannya waktu basah kerana proses samak.
Alhamdulillah, penerimaan jiran2 sangat positif, mereka lebih memahami agama islam dan mereka sangat menghargai saya menerangkan kepada mereka kenapa orang islam di Malaysia agak ‘takut’ dengan anjing.
Pengajarannya disini, kita perlu berhemah dalam menyampaikan dawah dengan non muslim.
Kena rajin bergaul dengan orang berlainan agama dan negara supaya kita faham perspektif mereka dan dalam masa yang sama, berkongsi tentang islam dengan cara yang baik.
Barulah orang faham tentang agama kita yang indah.
– Intan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit