Anniversary 12 tahun

Salam semua. Thank you admin if confession ni disiarkan. Saje nak kongsi ujian hidup saya. Yela, setiap orang kan Allah dah atur ujian dan rezeki tak sama.

Kisah saya ni adalah juga unsur2 misteri. Tapi kita sebagai orang islam wajib percaya pada benda ghaib. Jadi saya rasa ramai je yang dah ada ilmu dan kesedaran tentang perkara ni. Kalau tak dulu, bila cakap pasal sihir atau saka orang akan cakap khurafat. Huhu.

Tapi kenapa tajuk pasal anniversary? Ha…. sebab baru ni anniversary saya dan suami yang ke-12 tahun.

Suami saya merupakan seorang pengurus hal ehwal rumah tangga. Tiada income, kerana saya lah sumber income dia. Haha.. Jadi tak logic kalau saya mengharapkan hadiah pakej percutian atau sebentuk cincin emas 916 daripada dia.

So masa dia ucap ‘happy anniversary sayang’, saya bagi tahu dia saya nak hadiah. Then dia tanya hadiah apa?

Saya cakap, saya nak dia imamkan solat saya selama satu minggu. Kalau tak dapat penuh 5 waktu, mana2 waktu yang ada peluang saya nak dia imamkan solat. Asalkan dalam satu hari selama seminggu tu, solat sama2.

Kebetulan tarikh anniversary kami pada bulan sept, dan kebetulan juga selepas itu ada cuti seminggu. Jadi kami berdua akan ada masa bersama di rumah.

Kami ada 4 orang anak. yang bongsu baru 5 bulan. yang sulung dah darjah 5. Anak sulung saya, dia suka je nak solat sama2. Anak kedua tadika. Dan yang ketiga umur 4 tahun.

So bayangkan anak kami masih kecil2. Kadang kalau nak semua solat sama2, semua kena bagi kerjasama. Jangan bising supaya baby boleh tidur. Then anak2 akan atur sejadah kat ruang tamu. Anak sulung iqamah, suami imamkan.

Ada je kejadian seperti baby terjaga daripada tidur dan saya perlu keluar daripada saf solat. Pastu jenuh nak jawab kat anak kenapa saya keluar daripada solat. Especially anak yang no 2 tu. Anak no 3 saya perempuan. Comel je bila dia pakai telekung solat kat sebelah saya.

Tapi disebabkan baby selalu tak bagi kerjasama, suami tetapkan anak2 jaga baby sementara ibu ayah solat. Demi nak menunaikan janji dia pada saya.

Suami saya, dia bukanlah seorang lelaki yang sempurna. Tetapi dia jaga saya sepenuh hati dia. Dia jaga anak2 dengan baik. Dia uruskan semua urusan rumah.

Kecuali dua perkara yang dia tak boleh buat. Lipat kain baju dan suap anak perempuan kami makan. Sebab makanan tu akan habis kat mulut dia.

Budak perempuan makan kan lambat kunyah, pastu suka kemam. Jadi sementara nak tunggu anak habis kunyah, dia suap mulut sendiri dulu. Last2 dia kata dia yang makan banyak, anak tak makan.

Kami berkawan sejak dari zaman belajar. Masa tu suami jadi wakil dalam satu acara sukan di U daerah saya menetap. Dan saya kebetulan pulang ke rumah kerana cuti semester. saya belajar di negeri lain.

Masa kecil2 dulu saya suka baca ruangan zodiak dalam majalah. Dia akan bagi tahu lah kononnya apa akan jadi dalam hidup kita ikut bintang bulan kelahiran kita.

Saya just suka baca. Tapi ada sekali ramalan zodiak saya bagi tahu supaya sentiasa look presentable sebab mungkin akan berjumpa dengan jodoh.

Hari yang saya berjumpa dengan suami saya adalah sewaktu keluar makan dengan keluarga. Sewaktu saya bersiap, tiba2 saya teringat pasal ramalan zodiak yang saya pernah baca tu.

At first saya malas nak bersiap. Tapi bila teringat saya terus calit lip-mate dan eyeliner jenama skin girl. Yelah masa tu kan remaja. Pakai brand tu je la. Masa tu gerak hati saya macam, entah2 hari ni aku jumpa jodoh aku.

Kebetulan masa cuti sem tu, saya dah putus cinta.

Saya balik membawa sijil anugerah dekan untuk famili saya sebab sem saya putus cinta tu pointer saya tinggi sampai nama saya naik dalam senarai penerima anugerah dekan. Tapi sekali tu jelah. Bila dah bercinta ke laut balik pointer saya. Haha.

Konsepnya masa tu macam, nak buktikan yang tanpa lelaki pun boleh hidup. Tu yang belajar rajin2.

Suami saya ni tegap, cerah dan tinggi. Fizikal dia sama macam yang saya bayangkan dalam doa saya bila saya berdoa tentang jodoh. Ustazah saya pernah ajar, bila kita berdoa untuk mohon sesuatu, kita visualize apa yang kita nak.

Saya pula berkulit hitam manis. Saya tak tahu lah nak cakap diri saya ni cantik ke tidak. Saya rasa saya biasa je, tapi masa belajar ada je lah yang minat saya. Dan masa posting (saya cikgu), budak2 sekolah panggil saya cikgu barbie doll.

Ada juga cikgu2 senior non-malay bagi tahu saya, you patut jadi model kenapa jadi cikgu? Tapi saya jawab saya tak cukup ketinggian.

Adalah juga kes di mana pelajar datang rumah. Sebab popular kat sekolah, sampai intai kat rumah. Biasalah budak remaja F4 F5 tu kan zaman2 hormon sedang berubah. Sampai jadi kes disiplin jugalah kat sekolah saya.

Saya mengadu pada cikgu disiplin. Ye lah siapa tak takut, pelajar lelaki datang rumah malam2 minta air pastu cakap nak hantar kerja sekolah. Padahal saya tak ajar kelas dia pun.

Ada juga mesej daripada cikgu lelaki yang dah kahwin ajak makan kat kantin. Yang belum kahwin lagi lah, ajak keluar. Tapi masa tu saya dah berkawan dengan suami, jd saya tolak dengan baik. Saya cakap elok2.

Dan akhirnya saya up gambar saya dan suami di fb untuk makluman yang saya tak available. Tapi rupanya itulah silap saya. Dari situ bermula gangguan sihir yang pertama. Daripada gambar yang saya upload.

Kembali kepada detik pertama pertemuan saya dan suami.

Semasa berjalan masuk ke kedai makan, saya nampak bas U dia parking kat tepi jalan. So saya pun cakaplah dalam hati, ni mesti datang untuk game. Sebab masa tu memang musim MASUM kalau tak silap.

Masuk je kedai makan, penuh dengan budak lelaki. Badan semua tough2. Saya follow je lah family saya jalan ke meja yang paling depan betul2 dekat tv.

Bila saya duduk, saya perasan ada sorang budak lelaki dari meja yang bertentangan dengan meja saya tukar tempat duduk dengan kawan dia. Supaya dia boleh duduk menghadap saya.

Orangnya cerah, tinggi, tegap dan handsome di mata saya. Masa tu saya macam nak perasan tapi cepat2 cakap kat diri sendiri, dia nak tengok tv kot.

So bermula lah sesi curi2 pandang dan malu2. Sebab dia dok tenung2 saya. Saya rasa nak makan pun tak kenyang. Nak minum pun takut tersedak.

Pulak tu saya order air carrot susu, saya mmg suka air tu. Air tu ada serdak2 carrot so kadang2 saya mmg akan tersedak. So konon nak control saya elak minum air walaupun saya tergigit potongan cili padi.

Tiba2 ada dua orang budak lelaki datang kat meja saya dan keluarga. Budak yang tukar tempat duduk dengan kawan dia tadi (suami saya) dan sorang kawan dia. Depan2 family saya dia bagi no telefon. Nak berkenalan. Saya macam… Seriouslah? Nasib baik family saya sporting je.

So dari situ lah bermulanya perhubungan kami.

Suami saya pos simkad yang khas untuk student. Masa tu zaman sms. Hp pun nokia. Saya pakai nokia sabun. Sape yang tahu, tahu lah. Serious saya rindu hp tu.

So simkad yang suami bagi tu, rate 1 sms 1 sen. Maka sepanjang masa kami sms. Malam2 bergayut. Standard budak2 zaman U bercinta. Kami belajar di negeri berbeza so konon2 PJJ la.

Disebabkan kerap sms, saya sampai boleh taip mesej dengan laju tanpa mata tengok keypad hp. Hp zaman tu, satu button mewakili 3 huruf. So bayangkan kepakaran saya dalam menaip mesej. Tiba2 rindu hp Nokia daun tu….

Bila dah habis belajar dan dapat posting, suami pindah ke negeri saya. Kebetulan dia ada abg kat sini yang penjawat awam. So dia duduk dengan abg dia kat kuarters.

Antara sebab kenapa saya tolak orang lain yang cuba nak dengan saya ialah kerana kesungguhan suami saya. Dia jumpa ayah saya dan cakap dia serious dengan saya.

Ayah saya jaga saya elok. Nak pergi mana2 dia sentiasa ambil tahu. Lagi pulak saya perempuan. So bila saya mula keluar dating dengan suami, terus dia cakap nak jumpa suami.

Then saya bagi tahu suami, papa nak jumpa. Dia kata ok. Pertemuan pertama di kedai makan juga. Kami ni memang suka makan agaknya.

Masa pertemuan tu, saya nampak ciri2 lelaki macho pada suami saya. Dia berani dan straight to the point. Tapi dia bukan jenis romantik.

Dia cakap pada ayah saya dia serious dan nak berkahwin dengan saya. Dia bukan bina hubungan untuk main2 bercinta. Dia memang bertujuan untuk berkahwin.

Ayah saya cakap dia suka pada suami saya.

Long story short, kami pun berkahwin. Kisah selepas kami berkahwin, ada yang manis, dan ada yang pahit. Lebih2 lagi bila ada gangguan sihir.

Macam dah panjang sangat pula. Mata pun dah ngantuk. Kalau ada masa, saya sambung. Itupun kalau ada orang baca confession ni.

Saya pun tak tahu motif saya tiba2 tulis confession malam ni. Sebenarnya saya tengah berjaga sebab baby saya demam. Tiba2 pula tertulis confession.

Apa pun, doakan saya dan suami, berkekalan bahagia sehingga ke syurga abadi sebagai hadiah anniversary kami. Terima kasih kepada yang sudi baca.

– Cik T (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Byk cerita dlm text ni. Tp 1 pun xde yg ada pengakhiran. Nak cite pasal hadiah anni ke? Nak cite pasal didikan anak² time solat ke? Nak cite pasal suami baik ke? Nak cite pasal horoskop ke? Nak cite pasal sihir ke? Nak cite pasal kisah pertemuan ke? Semua takde huraian. Btw..semoga baby cepat sembuh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *