Answer To ‘This is Life’

Pasal confessions semalam yang sis ni tulis. Aku scroll lah comment, some comments are so good and sgt positif even aku pun jadi termotivated. Tapi ada je komen yang aku baca lebih fokus pada isi yang x berapa nak penting. Semua marah confessor kenapa pilih Z padan muka dah mmg kau yg gatal pilih dia. Kalau kau pilih A xdelah kau merana.

Point confessor ni simple je, even kau plan hidup kau cukup baik, cukup cantik, xde pun yang dapat lawan takdir allah. Hi confessor nasib kte sama. I was a phd student, dapat tawaran biasiswa terus sambung phd lepas degree dekat uk. Probably some of you know me. Aku pun ada boyfriend lets name him L during my degree dia pergi sambung blajar jugak dekat uk and yes he was my senior as well. Dia sambung master aku sambung phd. Universiti je lain.

Plan aku dgn dia, lepas habis belajar, nak kahwin, nak jadi pensyarah didik anak bangsa, dia nak keje in a big company and the lists goes on. Tapi, allah sebaik-baik perancang. Long story short, dia jumpa perempuan lain since dia fly dulu a year earlier dari aku. Aku kene tinggal masa aku first year buat phd, dan aku jadi gila. Ye gila.

Hari2 aku macam perempuan mati anak, meroyan, call kawan2 aku habis masa mintak diorang support, adik aku xyah cite. Aku siang dia kat msia malam tgh exam aku ganggu mintak skype, dah skype menangis x berenti sampai bengkak mata. Tanpa bincang dengan siapa2 aku ambil keputusan untuk travel dulu dengan harapan it will heal me. But no. Habis travel kau back to your normal routines. Pergi lab, cari artikel, buat kerje ra. Dan aku masih depressed.

My sv noticed this, and she said you better quit you studies before its really too late. Aku pun dengan jiwa kacau terus ambil keputusan berenti separuh jalan and now, tanggungla azab bayar balik biasiswa tu. But not that azab la, with the stable job dengan gaji yang boleh tahan masih survived dgn bahagianya.

Balik msia, not for good, aku masih dalam situasi meroyan, xnak ckp dengan parents aku, aku xleh fikir jiwa aku mcm lost. Hari2 mengadap kat sejadah menangis mcm org gila and questioned diri sendiri why me? Nearly 6 months lps blk msia aku mcm tu. Sampai bapak aku nak bawak pergi hospital jumpa psychiatrist just in case. Aku xde selera makan,x tahu hari ape, xnak ambil tahu. Yang aku tahu, diri aku dengan dunia aku.

Sampai one day, i come across this ayah surah Ash-Shūraá:36 – “Oleh itu, apa jua yang diberikan kepada kamu, maka ia hanyalah nikmat kesenangan hidup di dunia ini sahaja, dan (sebaliknya) apa yang ada di sisi Allah (dari pahala hari akhirat) adalah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman dan yang bertawakal semata-mata hanya kepada tuhannya”. Aku fahamkan makna dia. Aku bangkit kembali to be a better a’bid. Aku apply keje, and here I am.

So point confessor Kira tu sebenarnya adalah, kau rancang lah ape pun kalau dan mmg tak ditakdirkan untuk kau, usahalah mcm mana pun, takkan pernah jadi milik kau. Aku pernah dengar dalam satu talk, aku tak ingat siapa, dia kata ada beberapa perkara yang kita tak boleh ubah yang ni allah dah tetapkan sejak di luh mahfuz. Antaranya, ajal/maut, jodoh, rezeki. Tapi bukan bermakna kita tak payah berusaha.

So, point dia sentiasa bertawakal pada allah, doa banyak2. Ini bukan pasal salah buat keputusan dalam hidup. Tapi adalah sebahagian dari ujian allah untuk kita. Never thought that what had happened to you was a bad thing. It was never. But to teach you to be a better a’bid. I always remember an ayah yang hari2 surahnya kte akan baca sebelum tido. Which surah Al-Mulk:2 – Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat).

So dunia ni takde apa nak dibandingkan dengan apa yang telah dijanjikan oleh allah kepada kita. Ye kite orang2 yang beramal soleh. Semoga bermanfaat untuk semua. Dah xmo blame sesiapa for making a stupid decision. Its not stupid cuma at that time it was the best decision but you never know in the future it turn out to be a wrong decision you ever make. Everything happen for a reason. Until you came across at one time where you thank god that everything has passed and if not because of that ujian, you wouldnt be where you are now. Believe me, i have been there. Each and eveyday i thank god for whatever had happened to me in the past. It hurts but allah will heal you and grant you with many nikmah you have never imagine before.

– Zi

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit