Pertama sekali, terima kasih admin kerana sudi menyiarkan post ni
Maaf jika post ini mengecilkan hati sesetengah individu. Niat hanya ingin memperbetulkan stigma sesetengah individu terutama makcik2 pakcik2 ibu bapa tentang sesetengah perkara. Saya ulang , sesetengah individu ye. Tak semua seperti ini. Tapi kalau ada yang begini dan terbaca post ini. Mohon fahamilah kami. Kami generasi muda amat menghormati kalian tapi ada masa kami rasa ada perkara yang mungkin terlepas pandang yang perlu anda sedari
Wahai ibubapa mak cik pak cik sekalian.
1. Perkerjaan dan gaji
Mohonlah jangan mudah membuat “1st impression” kepada generasi muda yang baru belajar untuk hidup ini. Terutama ketika gadis nak cari calon suami. Jgn lah di lihat pada apa yg si lelaki ada. Dulu sebelum berkahwin saya pernah ditegur mak cik saya sebab apabila saya bawa bakal suami berjumpa keluarga, mereka kata ” si polan2 tak de kereta ke? Naik moto je? Xde pilihan yang elok lagi ke? Awak tu mak cik tgok boleh cari lebih baik dari tu” . Dalam hati ni tuhan je yang tahu. Nak di balas takut yang keluar dari telinga yang berdesing ni tajam pula. Senyum je mampu. Si bakal suami naik moto sebab nak jimat minyak. Ada je kereta yang di beri mak ayah. Tapi sbb nak jimat, x nak redah jam. Dalam hati bakal suami tu bukannya tak ada pelajaran. Bukannya tak kerja. Lepasan degree. Lepas grad terus dapat kerja. Cuma kami masih menapak sikit demi sedikit , baru grad, baru dapat kerja yang pertama , membina kehidupan tanpa mengharap duit ibu bapa. Baru nak berdikari sudah di beri stigma begitu. Itu dah dapat kerja. Kalau tak bekerja apa lagi lah tomahan yg akan diberi. Berilah kami ruang dan peluang. Sekurang kurangnya jangan lah perlekehkan apa yang kami ada. Ada juga suara sumbang yang tanya “kerja apa? Oh kerja kat situ ke? Gaji kat situ biasa je kan? ” kami mencari rezeki yang halal. Sikit tapi ini lah permulaannnya. Jangan lah rendahkan usaha kami .Lihatlah pada usaha kami meningkatkan diri. Semua yang berjaya bermula dari bawah. Dulu anda juga begitu bukan?
2. Agama
Ya benar, mereka yang mengejar akhirat pasti dapat dunia. Jangan lah sisihkan mereka yang masih dalam usaha memperbaiki diri dan agama. Pimpinlah kami, nasihat dengan berhemah. Bukan terus melabel dan memulaukan kami. Kami mungkin tak berkopiah sepanjang masa, bertudung labuh litup. Tapi kami dalam usaha memperbaiki diri, menjaga solat, menjaga hubungan antara manusia, mencari ikhlas dalam ibadah. Untuk jadi seperti ustaz dan ustazah bkn kerja satu malam. Namun kami setiasa berusaha ke arah itu. Cuma kadang dunia lebih mempersonakan. Kami lalai. Pimpin lah kami.
3. Rumah tangga anak anak
Jika ada anak anak kalian yang sudah berumah tangga. Jgn lah terlalu mengongkong. Berilah ruang anak anak anda mencorak keluarganya sendiri. Lidah lagikan tergigit. Ada masa rumah tangga mereka diuji. Berikan mereka ruang. Menantu ada kekurangannya. Begitu juga anak anda. Dua manusia yang dicorakkan dgn cara berbeza yang tinggal di bawah satu bumbung. Pasti perlukan masa dan penyesuaian. Terimalah kekurangan menantu anda dgn hati yang terbuka seperti mana mereka menerima kekurangan anak anda. Berilah nasihat bukan melabel. Bersyukur anak anda dipertemukan jodoh. Untuk salah faham kecil kecil janganlah diambil serius.
4. Rezeki anak/ rezeki kerja.
Ada pasangan yang baru berkahwin yang di tanyakan bertalu2 tentang anak. Kami faham. Anda mengambil berat dan mungkin cuba membantu. Tapi aturlah kata2 itu sebaik mungkin. Hati kami sensitif. Mungkin maksud yg ingin di sampaikan berbeza. Tapi bila sampai ditelinga kami yang cuba mencari hikmah dibalik ujian ni berbeza bunyinya. Rezeki pekerjaan pula bagi kaum isteri terutamanya. Ya, ekonomi sekarang menuntut kedua dua suami isteri berkerja untuk menyara kehidupan. Tapi, jika pasangan itu memilih utk isterinya tidak bekerja, hormatilah pilihan mereka. Ramai saya lihat suri2 rumah kini yang rajin bisnes macam2 dari rumah. Makanan, produk2 kesihatan/kecantikan dan lain lain. Rezeki itu luas. Rajin atau tidak sahaja. Tak semestinya kerja makan gaji boleh menjamin kekayaan. Dan jika ada graduat2 yang memilih berbisnes daripada kerja makan gaji, jgn lah lekehkan mereka. Rezeki individu berbeza beza. Potensi individu juga berbeza beza. Segulung ijazah bukan jaminan kerja.
Akhir sekali. Apa yang saya tulis ni hanyalah ingin memberi “insight” perasaan kami sebagai golongan muda. Saya mohon maaf sekali lagi jika tulisan ini menguris mana2 hati. Kami hanya mohon di fahami. Tak semua kami malas, jahil dan tidak matang. Cuma adakala masa mematangkan kami, pengalaman mengajar kami. Dan ada kala darah muda kami membuat kami leka. Maka jangan lah hukum kami dengan melabel dan mematahkan kami tanpa anda sedar.
– Anonymous
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit