Antara 2 Jejaka

Nama aku Elina Sofea. Bukanlah nama sebenar. Seorang wanita bekerjaya. Aku bukan seorang ustazah tapi alhamdulillah aurat, solat, dan bab agama aku menjaga sejak dari bangku sekolah.

Aku mention siap siap sebab hujung cerita nanti tak nak nanti kalian anggap aku berlagak baik. Sorry lah kalau jalan cerita yang aku nak sampaikan ni tak memenuhi citarasa. Sekadar ingin meluahkan yang ada di hati melalui perasaan.

Hidup aku memang padat dengan susun alur jadual yang aku buat. Aku tak betah untuk duduk diam. Kalau weekend pun aku settlekan urusan business aku as a side income.

Kadang pergi jalan jalan cari cafe, pergi pusing pusing cari masjid cantik dan kadang aku join mana mana event atau class yang ada dekat area rumah aku untuk gain knowledge.

Aku tak pernah kenal erti cinta. Aku memang fikir aku akan single saja sampai bila bila. Dari zaman diploma aku memang aktif join event.

Balik kolej pun kadang 1,2 pagi. Jadi aku memang sibuk. Erti kata lain, memang takde masa untuk bercinta lah. Aku pula sejenis menjaga.

Jadi aku memang yakin dan percaya aku memang tak berjodoh lah dengan sesiapa. Dulu pernahlah sekali cinta monyet zaman sekolah.

Itupun dah terlalu lama untuk dikenang. Aku takde kawan lelaki. Berkawan dengan lelaki atas urusan kerja sahaja. Tak pernah lebih dari tu.

Tipulah aku cakap aku takde crush. Yes, ada. Jumpa masa zaman sekolah tapi start suka after habis sekolah. Pada awalnya aku tak pernah suka pun dekat dia tapi sebab dia banyak bagi hint dekat aku jadi aku terletak harapan.

Aku bagi nama crush ni as Zarif. Orang memang gelar dia hesmes (hensem) bak kata twitter, baik agamanya, dan semua ciri ciri lelaki idaman tu ada. Jujur, paling berat untuk kita jaga adalah “perasaan”.

Jadi aku anggap ini satu ujian. Aku taknak couple dan aku taknak pun perasaan ni hadir dalam diri. Start dari zaman diploma tu aku mula istikharah. Istikharah jodoh dan istikharah untuk buat pilihan walaupun aku taktahu pun penghujungnya macam mana.

Aku randomly je nak buat istikharah bukan specific untuk jodoh sangat pun. Awalnya memang berat untuk amalkan istikharah. Rasa malas sangat tapi alhamdulillah bila selalu paksa diri ikhlas tu akan datang sendiri.

Aku pun mula sibukkan diri sebab taknak rasa kosong. After habis kerja, malam tu aku join any class parenting atau class agama. Aku sejenis tak reti nak rehat.

Walaupun penat tetap ada je benda nak buat. Bila aku rasa kosong mula lah fikir benda benda tak berfaedah, terfikirkan si dia dan benda benda gitulah boleh jadi zina hati.

Pejam pelik tiba tiba dah 5 tahun aku memendam perasaan dekat Zarif. Dari start diploma sampai habis degree masih perasaan yang sama.

Tak mudah. Aku hari hari doa minta Allah aturkan perasaan ini. Kalau jodoh, dekatkanlah kalau bukan jodohku, jauhkanlah.

Dari dulu sampai sekarang action Zarif terhadap diri aku masih sama. Terlalu banyak hint dia bagi kepada aku sampai aku rasa macam, ini jawapan istikharah aku.

Aku pernah minta tolong dia atas urusan kerja dan dia willing untuk bantu aku walaupun dia sangat busy. Everything yang aku minta tolong atas urusan kerja, dia memang sanggup untuk membantu.

Aku dan dia ibarat macam dua hati sedang menjaga sampai waktu yang tepat untuk melafazkan. Haa begitulah. Aku rasa macam aku syok sendiri pun ada jugak.

Tahun berganti tahun dan hari berlalu begitu pantas. Aku pun nekad nak confess. Time ni aku dah kerja. Aku rasa macam dah bersedia nak approach.

Biarlah di anggap perigi cari timba pun asalkan aku dah luahkan apa yang terbuku di hati. Sekurang kurangnya kalau kena reject, aku boleh move on. Aku dah siap date dah nak confess bila semua tu so aku prepare siap siap mental physical.

Istikharah aku tetap jalankan seperti biasa. Dari dulu aku start sampai sekarang aku masih dengan doa yang sama.

“Hadirkan lelaki yang terbaik untukku. Andai dia jodohku dekatkanlah, andai dia bukan yang terbaik untukku, jauhkanlah. Yang terbaik ya Allah, mana mana yang terbaik buatku dan agamaku”.

Beberapa hari sebelum date confess tu, aku dapat ws dari seseorang. “Assalamualaikum, Elina Sofea. Maaf ganggu. Saya Nuqman. Kalau awak ingat saya lagi, kita pernah jumpa dalam event. Saya  handle biro logistik time tu. It took me 2 years to have courage to send you this.

Saya ws ni sebab saya nak sampaikan hasrat saya untuk taaruf dengan awak sebagai calon isteri saya. Izinkan saya untuk berjumpa parents awak. Kalau awak dah berpunya, just ignore my ws. Terima kasih”.

Tergamam aku. Terkejut dan speechless. Aku taktahu nak react apa. Aku minta dia bagi aku waktu untuk jawab. Aku tangguh dulu untuk confess dekat Zarif.

Tak jadi nak confess dekat Zarif buat masa sekarang. Betul lah perempuan itu akan diberatkan dengan 2 keadaan, sama ada menunggu seseorang yang dia cintai untuk melamar atau menerima lamaran orang yang mencintainya.

Sebenarnya aku tak rapat sangat pun dengan Nuqman. Aku kenal dia masa start buat event. Patutlah setiap kali kalau ada event dia selalu ws aku tanya macam macam.

Dia selalu jugak tolong aku even aku tak pernah minta dia tolong. Aku tak tahu pulak dia sebenarnya memendam rasa terhadap aku rupanya.

Fast forward esok tu aku terus call parents aku. Tanya pendapat parents. Aku pun call ustaz aku, tanya pendapat orang alim. Dapatlah serba sedikit jalan tu sebelum buat keputusan.

Seperti biasa, aku istikharah lagi dan lagi sampai aku jumpa jawapan. Sampai aku rasa aku di tahap betul betul ikhlas dah melepaskan sesuatu yang bukan milik aku. Di tahap yang betul dan yakin, ini jalan yang terbaik yang Allah tetapkan untuk aku.

Aku izinkan Nuqman jumpa parents aku. Aku taaruf dengan dia hampir setahun sebab aku takde kawan lelaki tau jadi aku tak pandai nak communicate isi hati tu dengan lawan jantina selain ayah aku.

Jadi aku perlukan masa dan planning yang baik untuk aku betul betul mengenali latar belakang dia. Sepanjang sesi taaruf aku jadi terbuka hati dekat dia.

Tiba tiba perasaan aku terhadap crush yang bertahun tahun aku pendam tu terus lenyap di hatiku. Seolah olah tidak ada lagi kesan dihati.

Betul lah, Allah itu Maha membolak balik hati hambaNya.

Aku tanya dia kenapa pilih aku dan jawapan dia, “Awak adalah calon ibu terbaik untuk jadi madrasah buat bakal anak saya dan saya percaya anak anak pun bangga memiliki ibu seperti awak”

Rasa nak nangis tau. Aku rasa macam dihargai oleh seseorang. Aku memang independent. Aku dilatih untuk independent sebab aku ada sorang je sosok lelaki yang aku cintai iaitu ayah aku.

Aku takde abang jadi ayah aku ajar aku untuk belajar independent. Aku dah biasa dah buat semua sendiri tanpa dibantu oleh orang lain.

Sepanjang 2 tahun Nuqman pendam perasaan tu, dia cakap, dia try hard betul nak selevel dengan aku haaha. Dia kata aku wanita besi susah untuk mendekati. Banyak dia baiki hidup dia lepas dia tengok aku selalu up status achievement yang aku pernah achieve.

Aku bukan nak bangga tapi aku buat pun sebab untuk fulfill goals aku je. Terlalu banyak jatuh bangun yang aku hadap sorang sorang.

Aku pernah di tahap lost yang memang aku dah tak nampak jalan, tapi Allah bantu. Alhamdulillah untuk segala galanya. Ni pun aku otw nak sambung master, doakan aku tau.

Masa Zarif tau aku nak kahwin dengan Nuqman, baru aku tahu dia pun sebenarnya ada perasaan dekat aku. Aku tahu dari adik Zarif. Aku cakap dengan adik Zarif “Akak yakin ada jodoh yang lebih baik Allah titipkan untuk abang awak.

Moga abang awak jumpa bahagia dengan seorang perempuan yang mencintainya di dunia ini dan moga berpanjangan sampai syurga Ilahi”.

Time ni aku memang dah jumpa jawapan istikharah aku. Aku yakin dan percaya ni jalan yang Allah dah tetapkan.

Kalian doakan kami semoga mahligai yang kami bina ini sampai ke penghujungnya, sampai ke syurga aamiin allahumma aamiin. Semoga kami dapat jadi ibu bapa yang baik dan menjadi contoh buat anak anak.

Aku tahu perkahwinan itu ibarat roller coaster. Pasti akan ada ujian. Sama ada mampu atau tidak untuk mengharunginya, hanya yang melalui sahaja yang mengetahui. Lalui sahajalah dengan tenang.

Doakan lah yang baik baik untuk kami semoga yang baik baik juga berbalik kepada kalian.

Lepas 1 tahun, aku dengar Zarif dah kahwin dengan pilihan hatinya. Alhamdulillah. Kita dah jumpa bahagia masing masing. Moga kita semua bahagia dengan pilihan masing masing.

Buat pemegang single sekalian, jangan bersedih dan terus perbaiki diri menjadi yang lebih baik lagi. Kelak, Allah hadirkan seseorang yang mencintaimu tanpa tapi. Percayalah, ada seseorang yang sedang berusaha untuk menghalalkanmu, bestie.

P/s: Ustaz pesan, istikharah lah sampai dapat jumpa jawapan. Selagi tak jumpa jawapan yang tepat, istikharah lagi dan lagi. Istikharah ni bukan untuk jodoh saja tapi untuk pilihan hidup juga waima sekecil kecil pilihan pun, istikharah lah.

Semoga kalian menemui bahagia dan pilihan yang terbaik dalam hidupmu.

Ikhlas,

– Elina Sofea (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *