Assalamualaikum W.B.T, kepada semua pembaca IIUM Confession. Pertama sekali aku ingin mengucapkan terima kasih kepada admin jikalau penulisan ini dikongsikan.
Nama aku San, 21 tahun, pelajar IPTA. Pertama sekali, aku nak mengaku yang aku ini bukan gadis yang baik. Aku ni jenis freehair, tak alim.
Latar belakang keluarga pula, ayah ambil berat tentang solat. Ya, dia tak pernah tinggal solat. Tapi lain pula mak. Mak jenis, solatnya “berlubang-lubang”.
Kadang ada masa dia nak pergi masjid, dia pergi. Kalau dia penat, dia tak solat. Dan aku? Macam mak juga.
Ayah banyak kali saja tegur, suruh solat. Tapi aku ni bila kat rumah, malas sangat. Aku mengaku, aku ni sangat jahil.
Jadi, apa kena mengena dengan tajuk di atas? Aku tahu, kalau aku bagitahu ni mesti pembaca akan mengatakan aku seorang hipokrit.
Ye aku memang hipokrit. Di rumah, aku tinggal solat tapi kalau di kolej, aku tak pernah tinggal solat. Kenapa? Sebab aku ada perasaan malu.
Selama 2 tahun belajar, aku akan dapat roommate yang baik sangat, yang menjaga solatnya. Jadi secara tidak langsung, itu mempengaruhi aku.
Kalau roommate tu jenis baca Al-Quran, aku turut ikut baca Al-Quran. Kalau dia jenis suka bersedekah, aku turut bersedekah.
Entahlah, aku buat ni bukan sebab aku berlakon, tapi dia macam auto nak buat kalau ada pembimbing. Aku buat ikhlas, dan aku suka. Aku rasa bila di kolej, waktu aku teratur, solat pun terjaga.
Disini, 1 bilik 2 orang. Alhamdulillah, dah 2 tahun, aku berjumpa dengan 2 orang roommate yang menjaga solat mereka.
Kadang tu, aku rasa lebih suka duduk di kolej berbanding di rumah. Di rumah tu macam ada benda yang halang aku nak solat. Ada saja rasa malas. Kat kolej, ada kawan2 yang baik, hasilnya mempengaruhi diri aku jugak
Akan tetapi, lain pula cerita bila dah masuk tahun 3. Baru-baru ni aku balik kolej. Awalnya, aku mendapat roommate baru, classmate aku. Dia orang kelate, aku panggil dia Yah, aku suka dia. Sebab dia orang baik, dan ya dia memang alim.
Jadi disini aku bersyukur, at least dia boleh jadi pembimbing aku. Tapi, baru saja 2 jam dia jadi roommate aku, ada seorang kawan aku, Rah namanya, dia ni minta untuk tukar bilik.
Kiranya macam ni. Rah dapat tahu yang bakal roommatenya tu tak sebulu dengan dia.
Jadi, tanpa pengetahuan aku. Rah berbincang dengan Yah untuk tukar bilik. Dan Yah setuju, sebab bilik Rah tu tingkat bawah, bilik aku ni paling atas.
Awalnya, aku tak kisah pun kalau Rah nak jadi roommate aku. Sebab sepanjang aku kenal dia. Dia ni baik, suka belanja kawan2, rajin belajar, pandai. So masa tu aku redha saja lah, sebab aku fikir Rah takde masalah.
Hari pertama, ke 2 dan ke 3, Rah jadi roommate aku. Dia tak solat. Tapi aku husnuzon jelah. Mungkin dia cuti. Masuk malam hari ke 3. Aku nampak dia solat maghrib dan isyak. Mungkin dia dah habis “cuti”.
Esok paginya pula, aku bangun solat subuh. Dia bangun juga, check phone, lepastu sambung tidur. Aku tak kejut, sebab aku ingat mungkin dia bangun nanti.
Lepas aku solat tu, aku pun baring kejap main henfon. Sampai pukul 6.50 pagi camtu. Dia tak bangun2, so mungkin dia terlajak. Aku pun panggil lah dia,
“Rah, bangun.”
Dia pun, buka mata dan tiba2 macam blur. Lepastu tanya, “ya, kenapa?”. Aku macam, aikk “kenapa” dia tanya. Aku blur kejap. Aku jawab, “dah 6.50pagi, solat subuh”.
Lepastu, dia macam termalu sendiri, dan aku tak tau lah aku ni salah dengar ke apa, dia macam kata “aku tak solat subuh” sambil dia senyum malu dan tarik selimut.
Aku terkejut dan terdiam ketika itu. Rasa macam, jujurnya dia. Dia tak hipokrit. Aku tak tau nak rasa apa. Nak rasa bersalah ke, sentap ke. Dia macam, kau nak tegur tapi kau tak layak sebab tahu diri kau pun teruk juga.
Tapi ni extraordinary betul. Dari zaman matriks sampai U tak pernah jumpa roommate yang tak solat. Kalau ada pun, mungkin mereka macam aku. Hipokrit. At least, biarlah keluarga kau saja tahu.
Jadi, sekarang ni pembaca. Iman aku ni dah lah senipis kulit bawang. Mula2 mungkin aku boleh bertahan. Tapi lama2 aku takut aku juga terpengaruh.
Sebab bagi aku, yang banyak mempengaruhi aku adalah kawan-kawan sekeliling aku. Kalau kawan baik, baik lah aku. Dan sebaliknya.
Harap, pembaca jangan kecam diri aku, tapi perlukan kata2 semangat untuk aku kuatkan keimanan aku disini.
– San (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit