Aku rasa ramai ibu muda sekarang mempunyai dilema yang sama macam apa yang aku rasa. Aku dah 3 tahun berkahwin, alhamdulillah dikurniakan anak semasa tahun kedua perkahwinan. Awal-awal lepas kahwin memang dah plan tak nak anak lagi sebab nak focus kerjaya. Tahun kedua, Allah bagi rezeki dapat anak yang sihat dah comel…syukur.
Sekarang, bila ada anak, aku rasa susah nak dapat kecapi semua life goals aku masa zaman bujang dulu. Banyak yang aku impikan: nak majukan perniagaan ayah, nak buat ayah bangga dengan aku, dan jadi orang berjaya dalam perniagaan.
Tapi bila dah kahwin dan anak ni, usaha aku untuk achieve life goals ni macam tergendala sekejap. Aku stop kejap perniagaan untuk jaga anak yang masih kecil ni. Focus aku sekarang adalah anak dan suami. Aku rasa tak sedap hati nak biarkan anak aku dengan pengasuh sampai 10jam sejari semata mata keinginan aku nak kejar harta dunia, sebab benda tu sementara dan tak menjanjikan kebahagiaan pun.
Aku nak anak aku membesar depan mata aku, tapi at the same time, dalam hati aku nak juga jadi wanita bekerjaya yang berjaya. Dilema…kerja untuk kejayaan dunia, atau jaga anak dengan penuh amanah untuk saham akhirat.
Untuk sedapkan hati, aku yakinkan diri bahawa mungkin rezeki aku untuk kumpul harta dunia bukan sekarang, tunggu anak dah besar, boleh ke tadika untuk belajar barulah aku nak focus balik perniagaan.
Usahawan wanita lain macam Vivy, memang sangat berjaya, ada dua anak dan nak beranak lagi satu pulak tu..kenapa dia boleh berjaya dan aku tak boleh? Ok, dia ada pembantu rumah yang boleh tengokkan anak sambil dia berbusiness. Tapi tu la, aku susah sangat nak bagi anak aku kat pengasuh untuk jaga sebab dia kecil lagi, takut kalau terkena pengasuh kejam. Aku yakinkan hati, jaga anak sendiri pun rezeki Allah bagi.
Hari hari aku doa semoga Allah murahkan rezeki, mungkin bukan dengan kekayaan harta benda; tapi kesihatan, kebahagiaan dan kasih sayang. Semoga nanti bila anak dah besar, aku dapat kuatkan diri untuk achieve balik life goals aku ni.
– Ibu Muda
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit