Antara Anak dan Life Goals II

Terima kasih semua yang sudi membaca submission saya yang lepas. Banyak komen positif dan ada juga yang negative, boleh saya jadikan pengajaran. Disini saya ada beberapa clarifications yang ingin saya ketengahkan berdasarkan komen komen pembaca sekalian. Maaf kalau ada yang tersalah tafsir apa yang sy nak share ni..

1. Saya tak berniat langsung nak kecilkan ibu ibu bekerjaya yang hantar anak ke pengasuh/taska. Malah, saya kagum dengan kegigihan ibu ibu ini bekerja dan tabah untuk bagi orang lain jaga anak mereka. Saya respect dan tabik hormat. Sebab saya tak ada kekuatan itu. Hati saya tisu sangat. Saya nak anak depan mata saya selalu. Itu kelemahan saya, saya harap boleh dpt kekuatan dan atasi lepas ni.

2. Ok ok, memang silap sy nak compare dengan vivivy hihi. Memang dia orang yang sedia ada kaya. Point yg saya nak highlight adalah support system utk jaga anak dikala ibu bekerja. Syukur kalau kalian dapat pengasuh yang baik. Tetapi disebabkan kelemahan saya untuk percaya kat orang selain family sendiri, susah utk sy tinggalkan anak dengan sesiapa. Memang saya akui, untuk mencapai life goals dan jadi ibu bekerjaya, support system sangat penting. Support dari segi mental, bagi saya yang paling penting. Penting untuk suami dan keluarga untuk tolong keraskan hati tisu ibu ni untuk bagi kepercayaan orang lain utk jaga anak sementara kita bekerja. (Problem sy kat sini mungkin juga family yang selalu bagi tekanan utk jangan hntr anak ke pengasuh sebab bnyk kes tak diingini berlaku)

3. Include anak dalam life goals atau tukar life goal.. ok yang ni saya setuju. Sejak berhenti kerja, goal saya adalah focus kepada anak, supaya anak membesar sihat. Goal sy nak full breastfeed anak sampai umur 2 tahun, alhamdulillah smpai sekarang saya fully breastfeed dan tak pernah bagi formula milk. Pemakanan anak pun saya jaga elok2, alhamdulillah dia jarang sakit. Saya happy dan syukur dia membesar sihat depan mata saya. Sekarang goal saya nak jadi ibu bekerjaya (bekerja sendiri) sambil jaga anak. Boleh? Mestilah boleh kan? Orang lain boleh takkan saya tak boleh. haip!!

4. Saya tak cakap pun anak ni penghalang cita cita, cuma tergendala hihi. Saya cuma nak bgtau pembaca sekalian; bila dah ada anak ni, cita cita boleh berubah. First time ada anak, memangla perubahan dalam gaya hidup ni sangat terasa. First time mom confirm akan rasa apa yang saya rasa. Bnyak benda yang dulu kalau buat masa bujang rasa sangat senang, kalau dah ada anak rasa susah sikit (contoh: berak dengan tenang dan mandi lama2 hahah). Oleh sebab saya ni memang jenis yang berpegang pada goals dan akan berusaha mencapainya, saya boleh dikatakan workaholic. Tapi situasi berubah bila dah ada anak, saya terus letak anak sebagai no.1. Sifat workaholic saya nk kejar cita2 dah kelaut. (Pembaca jangan samakan saya dengan anda, sebab sifat kita semua lain kan? Saya just nak share sy punya situation je)

5. Nak kerja balik, memang nak. Jiwa saya menjerit nak masuk alam pekerjaan balik. Bukan sebab duit, tapi sebab minat saya. Saya tak suka (dan tak reti) sangat bisnes online. Kerja saya dulu pun tolong bisnes family yang memerlukan saya ke office. Saya suka rasa pergi ke office, siapkan kerja, jumpa orang dan guna ilmu yang belajar dulu. Sebab minat. Gaji banyak dan ada duit beratus ribu bukanlah goal saya, honestly. (Sebab saya bukan jenis shopping sangat pakai baju apa yg ada elok lagi, makan kat luar pun cukupla setakat KFC dan McD). Sekarang pun walaupun tak bekerja dah cukup apa yang ada, alhamdulillah. So sekarang saya kena cari jalan untuk dapatkan balik minat dan kekuatan utk bekerja SAMBIL jaga anak.

When there’s a will, there’s a way. Saya tak salahkan takdir, atau salahkan anak. Saya bukan setakat menyerah pada Allah, saya nak berusaha jugak. Saya cuma kongsi pengalaman saya. Komen positif dan membina dari ibu ibu lain amatlah saya hargai. Please share your experience. Saya nak baca kisah ibu ibu yang berjaya achieve kejayaan sambil jaga anak. Saya nak jadikan anda sebagai sumber inspirasi. Terima kasih. Semoga Allah memberkati.

– Ibu Muda

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *