Antara Baru Dan Lama

Hi semua, saya Isha, saya masih single dan saya bekerja di sekitar selangor. Saya baru sahaja bekerja di kawasan sini.

Saya dulu tak single, saya ada bf saya nama kan A. A ni baik je, cuma kadang ada sikap yang aku tak suka tapi dia sayang kan aku sangat-sangat.

A ni cuma sukar dijangka, tetapi kami ada masalah yang sangat besar tak dapat diselesaikan akhirnya kami end hubungan kami menjadi kawan, kami mula menjauh, masing-masing cari kerjaya masing-masing.

Dan akhirnya keluarga saya tahu tentang si A ni dan keluarga saya suruh saya tinggalkan si A.

Yelah dah lama selalu dia ada takkan nak tinggalkan dia.

Akhirnya keluarga saya mengenalkan saya dengan seorang lelaki, lelaki yang saya tak kenal, keluarga saya paksa saya untul kenal.

Mula-mula saya tolak dan tolak saya masih memilih A walaupun saya bergaduh dan keluarga saya tak bercakap dengan saya.

Akhirnya saya setuju untuk berkenalan dengan dia saya panggil Z.

Z ni saya nampak gambar sahaja, saya tak pernah jumpa akhirnya si Z ni pun ws saya haritu dan perkenalkan diri masing-masing.

Saya orangnya peramah jadi saya okay je nak bersembang dalam ws.

Saya cabar dia kalau nak keluar dengan saya, minta izin keluarga saya dan selang beberapa minggu akhirnya si Z ni jumpa keluarga saya dan minta izin nak keluar, keluarga saya setuju.

Dia datang menaiki kereta dan berjumpa keluarga saya dahulu sebelum bawa saya keluar.

Saya terdiam sebab tak kenal saya jadi malu, itu lah saat saya terminat sebab dia menghormati keluarga saya.

Sepanjang kami keluar dia sangat lembut, suka gelak,

Sepanjang keluar sangat care tanya nak makan lagi tak, nak pergi mana-mana tak, dan bila saya offer nak drive, dia tak bagi dan sepanjang soalan saya tanya dia jawab je macam kamus hidup.

Saya tak pernah lagi jumpa lelaki macam ni. Selagi saya tak ajak balik dia tetap akan layan saya.

Saya faham dia penat saya pun ajak balik. Saya nampak dia happy sangat.

Keluarga saya meminta untuk saya buat solat istikharah. Saya buat seminggu dan 3 kali saya dapat jawapan iaitu si Z ni.

Saya pernah berdoa dalam hati sahaja dan terlelap, masih jawapan Z,

Saya masih sayangkan A dan A masih sayangkan saya tapi saya masih berkawan dengan Z tapi sikap Z macamtu buat saya minat kat si Z ni.

Orang cakap solat istikharah tu kadang mainan tidur jugak.

Hmmm saya pun tak pasti.. Boleh saya minta pendapat semua?

– Isha (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. kalau jodoh awk dgn A…. msti da lama awk kawin dgn A…tpi bila awk dgn A dtg Z…maka bgi peluang pada Z…kenal dlu… mana tawu jdoh sbnr awak adalah dia…hehehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *