Antara Cantik dan Hodoh

Hi semua. Kali pertama aku menulis, kerana aku sangat terkesan dengan penulisan Dayang Senandung, (https://iiumc.com/jodoh-sukar-kerana-hodoh/).

Jika ada tersalah kata bicara, aku minta maaf terdahulu.

Aku Ayu, berumur 32 tahun. Baru berkahwin. Aku rajin belajar. Dari tadika aku perform. Sekolah rendah. SBP. Asasi. Degree. Master.

Alhamdulillah. Semua rezeki Allah beri.

Sama seperti Dayang Senandung, rezeki kerja aku biasa sahaja. Aku bukan doktor, engineer, akauntan, bukan. Aku kerja ambil order restoran makcik aku tapi aku happy sebab makan minum free, hehehhe.

Dari kecik aku dipanggil dengan gelaran si cantik. Belah ayah aku Benggali. Belah emak aku Chindian. Very the mix gitu. Alhamdulillah, cantik juga rezeki Allah beri.

Setiap kali di panggil cantik, aku akan kata “Eish biasa biasa je. Awak pun cantik hihihihi”. Kalau boleh kongsi kecantikan, sudah lama aku kongsi.

Aku kerap menerima salam yang dikirim. No telefon yang di letak di wiper kereta. Whatsapp untuk berkenalan. Senang cerita, aku adalah 360 darjah berbeza dari TT Jodoh Susah Kerana Hodoh.

Tetapi, percayalah, disebalik semua kelebihan ini, tersimpan satu duka yang maha dasyat.

Aku pernah dituduh melakukan perkara terlarang seawal aku Tingkatan 1. Kerana apa aku dituduh? Entahlah.

Seawal aku 13 tahun, aku di buli. Mental aku koyak. Koyak sekoyak koyaknya. Pantang aku melawa pasti dituduh “Mahu menyundal lah tu”.

Habis cerita sekolah.Di Universiti lebih ekstrem.

Setiap tingkah laku aku sangat diperhati. Apa aku pakai? Baju apa aku pakai? Seluar apa aku pakai? Aku pernah ditegur “Janganla pakai seluar slack, lelaki pandang la, takmalu ke?”. Aku tukar berbaju kurung.

Lalu ditegur “Pakai baju kurung, tapi tudung singkat, rupa takpayah pakai baju kurung”. Sudah aku labuhkan tudung ” Alah…. tudung labuh mendada. Sama je”.

Di Universiti, boleh kira berapa kali aku ke kelas. Selebihnya, aku upah classmate signkan. Bertapa tertekannya aku. (Nasib baik perform).

Dayang Senandung, jangan sedih kerana belum ada pasangan. Berbaldi air mata aku yang boleh ditadah dari mata yang bulat cantik ni akibat lelaki.

Aku pernah hampir disihir kerana mempunyai bekas teman lelaki yang sangat kuat cemburu (Si A).

Aku pernah memberi duit kepada bekas teman lelaki akibat di tahan polis (Si B).

Aku pernah ditipu hidup hidup katanya masih single (rupanya dah kahwin) (Si C).

Aku pernah ditumbuk oleh bekas teman lelaki (Si D).

Tidak ada yang indah jika belum halal. Akan sampai suatu masa bila kita betul betul sayangi diri kita, Allah akan beri yang paling terbaik.

Kena sayang diri sendiri dulu. Ini yang penting.

Dayang Senandung, jika hendak diceritakan satu satu apa yang aku lalui kerana kecantikan ini, habis page IIUM Confession aku tapau. Tapi percayalah, kita semua sama sahaja.

Jadi, to my beautiful sisters out there, sayang diri sendiri dulu okay? Semoga dipermuda urusan jodoh kakak kakak, kawan kawan dan adik adik. Semoga dipertemukan dengan yang baik baik.

Ikhlas,

Sleeping beauty.

– Ayu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *