Salam nama aku Ekin (bukan nama sebenar). Mohon dirahsiakn identiti aku. Aku merupakan seorang lepasan IPTA tempatan. Aku berumur 25 tahun. Pada tahun 2016, aku bertemu dengan seorang lelaki dan kami menjalin hubungan sehingga kini. Aku namakn dia sebagai Ahmad. Utk pengetahuan semua, aku berkenalan di satu socmed dn kami bertemu pada perkenalan pertama sehinggalah kini.
Dalam tempoh perkenalan kmi, tiap bibit cinta yg muncul trsngatlah indah. Dia seorang lelaki yg caring, tidak pernah brkira , slalu blikn barang2 kperluan utkku. Dia juga byk brkorban msa da tenaga bertemukn. Disebabkn dia jugala aku brjya trunkn berat bdn dari 65kg ke 58 kg. Hbungan kmi berlarutan sehingga aku tamat pengajian.
Untuk pengetahuna semua, Ahmad hanya bekerja sendiri. Dahulu dia pernah bkerja di sebuah kilang tp brhenti disebabkn oleh konflik prebutan kilang oleh adik beradik keluarganya. Ahmad berumur 29 tahun dan tidak bekerja. Dia mmpunyai dgree bhgian engineering suatu ktika dahulu tp smpai skrng tidak mmpunyai pkerjaan. Pekrjaan Ahmad hnyala tukang rumah yg bekerja bila sesiapa pggil utk bertukang di rumah2. Masalah yg timbul adalah keinginan kmi utk berkahwin.
Pada tahun ini, abang aku juga sudah bkerjaya dan mnemui pilihan hatinya. Kami dlm tempoh menyiapkn persiapan pertunangan abgku. Ibu ayahku sudah brkali menyuruh aku perkenalkan Ahmad tetapi aku mnolak kerana Ahmad tidak mmpunyai pekerjaan. Tetapi Ahmad selalu sdapkan hati aku yg dia akan berjaya dngan bisnesnya. Ahmad juga ada melakukan pelbGai kerja dan bisnes demi utk berkahwin denganku.
Sebelum puasa haritu, Ahmad bagitau aku yg dia akan membeli sebuah kereta audi secAra cash. Dan dia akan brjumpa ibu ayahku. Dia juga mmberitahu tentang perniagaan emas yg dilakukan secara online. Alangkah gembiranya hati aku . Bayangkanla hampir kerap kali aku menangis kerana fkirkan hubungan yg xkemana sbb di xkerja. Aku plk dh bermcm kerja mnta tp msih blum ada reZeki.Sesungguhnya, Tuhan sgt menduga.
Namun setelah itu, apa yg dirangcang tidak semanis yg difikirkan. Aku slalu mndesak Ahmad bila dia akan bertemu keluargaku da mmbli kreta. Ahmad trtekan hmpir setiap hari kami bergaduh dan berbaik. Akhirnya stelah skian lama bergaduh, aku pula mndesak Ahmad utk tidak berAhsia. Kebenaran terungkap jua.
Bagaikan tamparan hebat aku menerima kenyTaan semasa call Ahmad semalam. Dia mmberitahuku dia sbenArnya lambat kerana duit tak msuk lagi. Ahmad dan famlynya sudah sekian lama mndapatkn wang dari jin. Barang yg dterima akan dijual dan dari duit itulah dia akan mengahwini aku. Sungguh Allah sgt mnduga aku. Tidak aku sgka selama ini kata2 myakinkn dia adalah dari sumber ini. Tidak kirala jin islam atau kafir, urusan muamalah itu adalah tidak dianjurkn islAm.
Sebagai seorng yg mmpnyai pndidikan agama yg tinggi. Perkra ini sgt bertentangan dgn aku. Aku yg mrupakan siswazah bidang aqidah tidak boleh menerima perkara ini. Byk kali aku nasihatkn Ahmad tetapi diA berkeras mgatakn yg pemberian itu adalah dari Allah. Dia ego dan slalu berkata rezeki itu Allah bgi. Jahil dan juga tradisi keluarga dia myukarkan aku. Aku menangis. Aku tersungkur. Ibu ayah dan adik beradik atau sahabatku langsung tidK mengetahui perkara ni. Aku simpan sorg2. Yg mereka tau nnt Ahmad akan meminang aku. Allah, bgaimana aku nk hadapi semua ni.
Aku tau Ahmad btoi2 sayangkan aku. Bermacam pengorbanan dia buat utk bahagiakn aku tp apakan daya. Aku xmampu terima semua ini. Aku teramat sygkn dia. Tak pernah sehari pn kmi xberbalas contact inikan pula nk berpisah. Dia dan aku sdih. Kami berdua tekanan. Antara fahaman dia dan aku. Baginya bnda yg dilakukan adalah tidak slah selagi ianya halal dan bagiku perkara ini salah.
Berlinangan airmataku menerima ketentuan ilahi. Selama bersama dengannya ternyata kebahagiaan hanya seketika. Bantu aku kalian. Aku dh mula nk hadapi depressi dan kemurungan. Doakan yg terbaik utk aku. Terima ksih sudi mendengar luahan ku. Mohon nasihat dan penyelesaian dari semua.
– Ekin
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit