Antara Cinta & Masa Depan

Salam, nama saya Azam. Sewaktu saya menulis luahan ini, saya sudah pun menerima segala takdir dengan ikhlas. Jadi, pautan ini hanyalah untuk berkongsi rasa bersama semua. 

Saya mula mengenal Aida (bukan nama sebenar) pada umur 15 tahun lagi. Kami satu sekolah, satu kelas dan berkawan. Bibit2 cinta mula timbul di usia 17 tahun kerana sudah sangat mengenali hati budi masing2.

Tapi lepas spm, saya ditakdirkan sambung belajar di luar negeri dan Aida tidak sambung belajar. Aida ingin terus bekerja di kampung.

Dengan berat hati aku melanjutkan pelajaran di luar negeri selama 3 tahun. Aida sudah berjanji untuk setia menunggu kepulangan aku dan aku juga berjanji untuk balik. 

Semasa sambung belajar, tidak ada perubahan berlaku. Kita saling mencintai sama seperti di awal perkenalan. Semasa cuti sem, aku balik kg dan jumpa Aida, jumpa ibu bapa Aida sama seperti yang aku lakukan sebelum ini.

Alhamdulillah tamat pengajian aku selama 3 tahun, aku terus balik ke kampung. Aku menamatkan diploma selama 3 tahun, dan usia aku dan Aida pada masa itu ialah 23 tahun.

Di kampung aku, tawaran kerja sangatlah terhad. 3 bulan aku hanya bekerja di pasar malam dan kedai makan. Macam mana nak kumpul duit kahwin dengan gaji yang tak seberapa. 

Aku mengambil keputusan untuk bekerja di luar negeri, untuk kumpul duit beli kereta, duit hantaran dan duit simpanan.

Semasa ingin meninggalkan kampung halaman, Aida sangat sedih. Begitu juga dengan aku. Tapi apakan daya? Apa lagi pilihan yang ada. Mungkin salah aku disini kerana tidak mengikat tali pertunangan untuk meyakinkan family Aida yang aku bersungguh sungguh. 

Tak sampai 4 bulan aku bekerja di luar negeri, Aida sudah bersikap dingin. Aku faham, mungkin dia sudah lama sangat menunggu. Kawan2 perempuan nya yang lain sudahpun berumah tangga, jalan2, ada kereta sebab mereka berkahwin dengan suami yang sudah stabil.

Suami kawan Aida semua dalam lingkungan 30an. Aku pula yang berumur 24 pada masa itu sedang berhempas pulas mengumpul duit. 

Tambahan pula aku bekerja sangat sibuk, bekerja 12 jam untuk kumpul duit. Hanya malam ada masa untuk call Aida. Bila dah bekerja, dah tak ada cuti2 yang panjang. Kalau ada pun cuti hujung minggu. Takkan tiap minggu nak balik jumpa Aida. Sangat jauh pahang ke johor. 

Sampailah satu masa, Aida sudah tak blas chat, tak angkat pangiilan aku. Aku dah merasa risau. Aku balik berjumpa Aida di kampung untuk meminta penjelasan.

Aida cakap yang dia sudah tidak mau menunggu. Dia sudah berkenalan dengan seorang lelaki pegawai polis. Mungkin mereka sudah lama berkenalan, cuma Aida masih setia bersama aku. Tapi kali ini lain, Aida sudah mula menyukai pegawai polis itu. 

Aku tidak marah, tapi aku bagi masa untuk Aida berfikir. Aku berjanji lagi satu tahun aku akan masuk meminang. Aku bagi Aida waktu seminggu untuk berfikir. Kalau Aida masih sayangkan aku, Aida perlu putuskan hubungan dia dengan polis itu. 

Seminggu berlalu, tiada sebarang jawapan dari Aida. Nombor ws, ig dan facebook semua sudah di blok. Mungkin, itu adalah sebuah jawapan untuk aku. Terkedu, termenung, kecewa, sedih. Semuanya tidak dapat diungkapkan dengan kata2.

Tapi aku masih menunggu seperti biasa, kerana 7 tahun perkenalan, tidak mudah untuk dilenyapkan perasaan itu. Aku masih cuba untuk contact melalui email, surat masih tiada jawapan. 

Setahun selepas itu, aku mendapat perkhabaran yang Aida sudahpun berkahwin dengan polis itu. Tiada baris kata yang boleh diungkapkan. Memaksa diri untuk ikhlas dengan keadaan. 

Dengan berlangsungnya perkahwinan Aida, bermakna aku sudah kalah dalam persaingan ini. Jadi, tidak manis untuk aku masih menunggu dan merayu.. Tamat sudah perjalanan cinta kami selama 7 tahun. 

Sekarang diusia aku 31 tahun, segala kenangan dan memori masih segar dalam ingatan. Aku tidak berdendam, tapi aku masih tidak melupakan.

Aku juga tidak ingin mencintai sesiapa kerana rasa itu sudah tiada. Dalam masa yang sama, aku mencari ruang dan waktu untuk berdamai dengan segala takdir yang menimpa.

Betul, tidak ada orang mati putus cinta. Tidak ada orang mati menanggung rindu. Tapi, cinta dan rindu itulah yang mati bersama kenangan. Terima kasih.. 

– Azam (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

10 Comments

  1. cinta yang sebenar adalah melihat orang yang kita sayang bahagia walaupun bukan dengan kita. cinta itu tak semestinya memiliki. dah aturanNya begitu. semoga terus dipermudahkan urusan brader.

  2. Ok lar tu dik, dah sampai masa untuk cari calon isteri, carik yang lebih muda ramai je ada tu. Ada hikmahnya tidak berjodoh dengan Aida dan Aida pun ada point nya dier nak cari lelaki yang lebih matang dan stabil.

    Dengan keadaan adik yang dah stabil sekarang ni, tidak susah nak cari jodoh. Sesungguhnya perkahwinan tu adalah satu Ibadah, kawin lar dik.

  3. bang, jangan pernah putus asa nak cari pasangan hidup.
    jangan kenangkan kisah yg lama tu, mungkin dia bukan yg terbaik utk ko.

  4. semoga dipertemukan jodoh yang lebih cantik muda dan yang menghargai awak dik. Go find your love ones…

  5. nanti kalau dah ade niat nak berpasangan/kawin make sure kau da 100% move on yer.. jgn sampai bini nye pulak makan hati perangai laki xmove on ngan kenangan lama..

  6. Cerita lebih kurang sama tapi lain sikit keadaan saya. Kenal si dia dari zaman sekola (umur 18 tahun). Sampai sekarang menunggu (umur 28 tahun) si dia yang belum bersedia untuk berkahwin kerana banyak benda yang ingin dicapai. Kadang rasa penat menunggu. Nak berhenti menunggu rasa sudah terlambat dan takut mengenali orang baru juga. Rasa sedih seperti tidak penting dan disia-siakan. Seolah pengorbanan masa menunggu itu tiada nilai.

  7. Awk kata dah ‘redha’ dgn takdir, maknanya dah ‘berdamai’ dan menerima taqdir serta qada’ Allah.. klau dah redha, kena lah usaha dan tawakal juga.. jalani hidup spt biasa, awak masih muda lagi, insha Allah akn berjumpa dgn org yg sesuai dgn awk.., anggaplah jodoh awk dgn gf awk dlu xde, dan pasti ada hikmah yg tersembunyi, so bersedia lah utk suatu kehidupan baru yg insha Allah adalah yg terbaik Allah telah aturkan.. semoga dipermudahkan urusan.. wasalam

  8. Bro,

    Jika sudah tertulis itu jodoh kamu, pasti ianya sampai. Tetapi jika ianya milik orang lain, tidak ada apa yang boleh kamu buat walaupun disimpan rapat2.

    Belajarlah menjadi dewasa, masing2 ada kisah sendiri di masa lalu. Berpijak di alam yang nyata, hidup ini keras.

    Semoga kamu usahakan dan bertemu jodoh yang baik, jadikan pengalaman yang lepas sebagai pengajaran yang berharga.

    Setiap orang layak untuk bahagia dengan cara tersendiri

  9. Dik Taqdir Allah tak pernah salah. We plan but he plans better. Jgn putus asa Sbb itu amalan Syaitan percaya lah Allah akan kurniakan yg lebih baik. Bila Allah bagi ujian tanda nya Allah syg dan Ingin kita lebih dekat dengan nya. Cuba lihat firman Allah surah al insyirah “Barangkali kamu suka akan sesuatu tapi iş buruk untuk kamu, Barangkali kamu benci akan sesuatu tape ia baik untuk kamu, sesungguhnya hanya Allah yg lebih tahu. Jadi kan per ganti gan kita hanya kepada Allah . Wallah hu aklım

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *