Assalamualaikum. Masuk kali ni, kali ke 4 aku confess di sini. Aku suka baca confession dalam IIUM ni. ada yang aku jadikan panduan, ada yang aku jadikan teladan. Tadi aku terbaca kisah mommy iman yang ambil iman sebagai anak angkat tu. I’m sending you a big hug mommy! Teruskan niat awak. Awak kuat dan harus selalu kuat! Bukan mudah apa yang akan dilalui, dan apa akan awak hadapi, kuatlah demi iman!
Kisah kita lebih kurang sama. Menjaga amanah Allah yang takkan ternilai harganya. Cuma bezanya, aku jaga zuriat arwah abang aku sendiri. Kalau ada yang masih ingat, aku lah mama muda yang tiada suami tu. Alhamdullillah bulan lepas genap dah umur aku 33tahun. Dan di umur2 ini, biasalah kan lah diri dengan gelaran2, andartu. Atau nama panjangnya, anak dara tua.
Siapa yang taknak kahwin? Siapa yang taknak ada anak sendiri? Ada zuriat sendiri? Tapi, siapa lah kita nak melawan takdir tuhan kan? Takdir kita berbeza2. Mungkin orang lain Allah beri rezeki kahwin awal, dapat anak, dan bahagia. Ada org yang Allah beri rezeki kahwin lambat, dan bahagia. Ada pulak kahwin tak dapat anak, tapi tetap bahagia. Dan ada yang tak kahwin, tapi masih Allah berikan bahagia. Definisi bahagia ni bukan nya kahwin semata. Kita bahagia dengan cara kita.
Aku pun ada makcik pakcik yang boleh tahan lah tahap memerli tu. aku di label tak laku, memilih, sibuk sangat, sampai tak ada masa utk fikir jodoh. Lebih2 lagi dengan keadaan aku yang menjaga bukan satu, tapi dua orang anak. Aku rasa, itu normal. Biasa lah bila kita hidup ada pakcik makcik ni. Mmg itu lah mentality yang kita kena hadapi. Aku bukan tak ada kawan lelaki. Aku ada kawan dengan seorang lelaki, kawan baik aku, muda 2 tahun dari aku, lama dia tunggu aku, dan aku hampir terima dia. Tapi akhirnya tiada jodoh antara kita.
Untuk dikisahkan, Awalnya semua berjalan lancar. Dari proses kenal dia, kenal family dia. Semua baik2 saja. Mak ayah dia sangat positif, mereka pun cakap dapat terima anak2 aku. baik dgn aku. Jadi aku cuba terima dan Aku minta Allah tunjukkan jika dia terbaik, maka bukakan pintu hati aku. Tapi Mungkin aku takut untuk pikul tanggungjawab baru. Aku minta dia tunggu. Dia setuju, tapi bila keputusan di buat dah melibatkan family, maka family pun perlu campur tangan.
Mak dia kata aku dah tua, dia takut makin lama nanti aku tak dapat beri zuriat untuk anaknya. Jadi, di sini Allah jawab soalan aku satu demi satu. Kita kahwin, bukan kahwin dengan suami saja, tapi kita bersama dengan seluruh ahli keluarganya bukan? Jadi masa mak dia cakap begitu, aku terima. Ya, tak ada mak dalam dunia ni tak mengharapkan cucu. Anak dari anaknya sendiri.
Aku cuba berkompromi, sbb aku mmg tahu aku dah makin berumur, mungkin aku perlu buka pintu yang dulu aku tutup rapat2, utk cuba terima. But still, anak2 is my priority. Sebelum aku buat keputusan utk pergi lebih jauh dengan hubungan ni, aku mmg dah bagitahu dia yang anak2 akan kekal dengan aku. Kemana aku pergi, aku akan bawa mereka bersama. Termasuklah bila aku berkahwin sekali pun. Dia setuju sbb mmg dari awal dia pun boleh terima semua tu.
Tapi, bila proses bincang2, aku pun dapat rasa mak dia macam tak sependapat. Yelah, anak dia askar, memang 5tahun sekali akan berpindah negeri, takkan nak dibawak anak2 tiap2 kali. Susah proses nanti. Aku dah mula rasa sesuatu kat sini. Aku tak tenang. Aku tak rasa aku perlu teruskan lagi. Bukan aku takut dengan mak dia. Aku takut dengan diri aku. Aku takut aku terabaikan anak2. Aku takut, aku yang berubah. Aku mula fikir, kalau aku kahwin, priority, tanggungjawab aku akan terbahagi. Sedangkan dari dulu, tanggungjawab, kasih sayang aku tak pernah berbelah bagi utk mereka. Jadi aku tetap berkeras pasal keputusan tu, dan lepas dia jelaskan, mak dia nampak macam okay dah. yelah, makcik aku kata aku terlalu paranoid dengan orang sekeliling. Normal lah, bila mak dia risau pasal anak2 yang asik nak berpindah randah kan. Jadi aku positif.
Kemuncaknya, bila family dia datang utk bincangkan tarikh tunang dan nikah, masa tu yang datang, mak ayah dia,adik beradik, makcik pakcik dia. Tak tahu mcm mana boleh timbul isu pasal ni, Anak2 masa tu ada sekali dengn aku. Dan tiba2 makcik dia bersuara yang lebih kurang begini bunyinya pada anak2 aku “kakak dgn adik kan dah besar, boleh duduk dengan atuk nenek kan? Nanti mama nak ada baby baru susah lah kalau kakak adik asik duduk dengan mama” dia ketawa. Ya, dia ketawa. Dia anggap itu gurauan, aku speechless. Anak2 diam. Lagi2 si kakak, terus berubah air mukanya. Sedih. Dia pandang aku dengan pandangan yang sangat aku tak dapat luahkan. Tak terluah kata2 aku.
Dan dipendekkan kisah, Antara cinta dan tanggungjawab, akhirnya aku tetap pilih tanggunjawab, aku pilih amanah Allah ini. Dan aku bahagia dengan keputusan ni. Untuk apa sebuah pekahwinan, kalau hati rasa tak tenang? Jujur kata, sejak perkenalan dengan family dia, aku jadi sangat sangat tak tenteram. Ya, mungkin aku yang overthinking. Ada yang kata, aku boleh je terima cadangn tu. anak2 duduk dengan mak ayah aku. Mak ayah aku bukannya orang susah. NO. Its a big NO. Mak ayah aku dah tua. Dan aku adalah satu satunya anak yang mereka ada sekarang ni. Lebih2 lagi, dengan keadaan keluarga belah sana yang masih tunggu saat2 kejatuhan aku.
Ya, Aku tolak lamaran dia, tapi dia sangat positif, dia terima keputusan aku dengan tenang. Dan lepas tu, aku pun rasa sangat sangat lapang, mungkin betul, ini lah keputusan terbaik buat masa ni. Cuba lah kita pertahankan macam mana sekali pun, bila Allah dah takdirkan, bukan dia, maka tetap bukan dia. Dan akhirnya, dia pun terima perjodohan keluarga. Dia akan bersama dengan jodoh yang Allah dah pilih untuk dia. Yang terbaik untuk dia. Alhamdullillah. Hubungan aku dan keluarga dia tak lah baik, tapi tak jugak berdendam. Cuma, ada lah mungkin mereka terasa hati sikit. Tapi, tak apa aku terima, sebab salahnya bukan pada mereka saja. Malah pada aku juga. Aku yang masih belum yakin dengan diri sendiri.
Jadi aku rasa, kenapa perlu kita korbankan ketenangan, dan kebahagian sebenar yang kita rasa, hanya semata untuk puaskan manusia? Hanya kerana takut manusia mengata? Aku pilih jalan ni, dan aku masih bahagia. Aku ada anak2 ni, dan mereka lah kekuatan, ketenangan, kebahagian aku dari dulu hingga kini. Alhamdullillah. Jadi jangan lah definisikan kebahagiaan kita tu sebagai kebahagiaan orang lain. Definisikan lah bahagia itu dengan cara kita sendiri. Ingatlah, Kita takkan boleh tutup mulut manusia. Dan manusia tu takkan pernah puas dengan keputusan kita. So, just live your life and be happy just the way you are.
So, here I am, a happy mama with 2 cute daughters. And the best parents!
– Mama muda
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit