Antara Cyst & Kandungan

Ada terbaca posting seorang doktor mengenai pesakitnya yang meninggal kerana breast cancer. Dapat detect sebelom kahwin tapi tak nak buang sebab nak kahwin dulu. Dah kahwin, nak dapatkan anak dulu. Belom sempat bersalin dah meninggal sebab sel cancer dah merebak.

Kisah aku bukan cancer, tapi cyst. Dan cyst tu dapat detect tak adalah awal, tak jugak lewat sangat. Tapi cyst tu dapat detect masa tengah pregnant.

Tujuan aku confess kat sini bukan nak share tips atau nasihat, sekadar berkongsi pengalaman.

Kisahnya bermula apabila aku mengandung anak ke3. Di usia kandungan 15 minggu aku jumpa doktor untuk scan. Entah macam mana doktor ‘tak jumpa’ janin. Maka dilayangnya alat scan ke bahagian atas sedikit.

Lama kat situ, berkerut kening. Aku dah mula cuak tengok muka doktor. Kemudian doktor panggil rakan sekerjanya, sorang lagi doktor di bilik yang sama.

‘Ini apa?’ Tanya dia kepada doktor sorang lagi tu.

‘Cyst!’ Tak tahu apa perasaan aku bila dengar jawapan dari doktor perempuan tu.

‘Nak confirmkan kena refer JB la,’ sambung doktor perempuan tu lagi.

Sambil2 duk scan, maka bermula lah sesi soal siasat antara aku dan doktor yang check aku tadi. Antara yang aku ingat dia tanya sejarah keluarga yang ada cancer or any ketumbuhan lain.

Dan kenapa tak dapat detect sebelom ni, sedangkan anak aku yang ke2 baru berusia setahun. Scan sebelum2 ni takkan tak tahu ada cyst.

Masa tu doktor ukur cyst aku dah 8cm. Tapi suspect je la. Macam yang doktor perempuan tu cakap, nak confirm cyst ke bukan kena refer pakar O&G. Awalnya dia ingatkan kembar, tapi macam pelik la jauh sangat kedudukan kedua2nya.

Balik dari klinik aku terus bagitau suami aku. Tak sangka dia pikir benda yang sama. Akak ipar aku pernah ada cyst tapi tak terus buang.

Bila pregnant doktor kata kena buang. Dua kali operate; mula2 kena ‘buang’ kandungan dulu, selepas 2, 3 bulan baru buang cyst. Part ‘buang’ kandungan tu yang lemahnya!

Kat tempat kerja, ada jugak aku ceritakan pasal aku yang suspect ada cyst ni kepada beberapa rakan sekerja. Alhamdulillah aku dapat support yang sangat positif. Diorang tak kasi pikir bukan2 selagi belom confirm.

Tengahari tu aku dapat call dari nurse yang incharge aku kat KK untuk ambik surat refer ke HSA. Balik kerja aku singgah KK untuk ambik surat. Ok, appoiment dengan pakar O&G dibuat hari Ahad minggu depannya under Dr D.

Nest weeknya, jumpa Dr D dah dia sahkan memang cyst! Dan Dr D ukur saiznya dah 10 cm!

Lepas tu Dr D explain effects kalau aku nak terus buang cyst tu atau nak tunggu dulu, lepas bersalin baru buang.

1. Kalau terus buang ada kemungkinan akan berlakunya keguguran semasa dan selepas proses operation dibuat

2. Kalau tunggu dulu ada kemungkinan cyst tu makin membesar. Risikonya janin tak cukup space untuk membesar dan bergerak. Risiko yang paling teruk cyst tu boleh pecah dan terpaksa buat emergency czer

3. Kalau tunggu dulu ada kemungkinan cyst tu makin mengecil. Kalau betul2 jadi yang ni Alhamdulillah la.

4. Kalau tunggu dulu kemungkinan cyst tu takde perubahan, statik gitu je saiznya. Pun Alhamdulillah jugak la sebab saiznya sekarang takde sampai boleh mengganggu tumbesaran dan pergerakan janin

5. Kalau tunggu dulu aku memang kena check up kat sana je la sehingga bersalin. Kiranya kes kandungan aku ni di bawah pemantauan pakar la, bukan di KK semata.

Aku tanya Dr D, suggestion dia macam mana? Ye lah, aku duk fikir kalau nak terus buang cyst tu bermakna aku kena ‘buang’ jugak anak aku. Dah la sehari sebelum tu aku dah mula rasa gerak baby. Nak menangis rasanya…

Tapi ikut point 1 atas tu macam risiko gugur je, takde lah WAJIB kena ‘buang’. Rupanya memang takkan kacau la. Sebabnya cyst tu kat ovari, kandungan aku pulak kat rahim. Agaknya akak ipar aku tu ada kes lain kot.

Dr D kata dia tak boleh suggest, dia hanya boleh bagitau kemungkinan yang berlaku macam dia cakap tadi. Sebab dua2 ada risiko. Dia cuma pesan kalau ada rasa sakit dalam perut kena terus ke hospital. Dikhuatiri sakit tu sebab cyst dah pecah je.

Aku tanya jugak, bersalin nanti macam mana? Kena czer ke boleh bersalin normal?

Katanya kalau takde masalah apa2 boleh je bersalin normal. Kalau tak terus buang pon sama jugak. Kalau berisiko kena czer, kalau tak berisiko boleh bersalin normal.

Aku pikir baby dalam kandungan aku tu je. Aku nak dia mempunyai space yang cukup untuk membesar dan bergerak. Aku terus bagi kata putus nak terus buang cyst tu.

Tapi Dr D tak bagi buat keputusan sendiri, suruh bincang dengan suami dulu.

Masa tu suami aku tunggu kat kereta, sebab kitorang bawak anak sulong ikut sekali taska dia ikut sistem bergilir. Kena pulak hari tu anak aku dicutikan. Maka menapak la aku ke kawasan parking explain balik apa yang Dr D cakap tadi.

Jawapan suami aku? Senang je dia, ‘Sayang rasa macam mana? Naluri ibu tu ada pada sayang. Saya terima je apa keputusan sayang,’

Dah suami cakap macam tu, senang je la aku buat keputusan. Dr D cakap nanti dia tengok jadual bila free, dia akan bagi as soon as possible. Paling lewat pun in 2 weeks. Tunggu je pihak hospital call esok katanya.

Dr D explain sikit2 pasal opeation nanti. Operation tu nanti akan dibuat secara menegak, sebabnya saiz cyst tu dah besar, dan kedudukannya di ovari.

Lagipun aku pregnant, risiko terkena rahim lagi tinggi kalau oeprate melintang. Kalau tak dapat nak keluarkan cyst tu ada kemungkinan potongannya akan melebihi ke atas pusat.

Masa operation tu nanti akan tengok sama ada buang cyst saja atau terpaksa potong dengan ovari sekali. Bergantung kepada ‘kerosakan’ yang dialami.

Dr D sempat bagitau aku akan stay lama kat wad nanti. Silapnya aku tak tanya la pulak berapa lama. Aku duk bayangkan lama tu sampai sebulan jugak la kot. Mungkin dia nak pantau kandungan aku lepas tu ke.

Part ni aku mula risaukan anak2 yang nak kena tinggal tu, nak2 pulak anak ke2 aku masih lagi fully bf.

Esoknya aku tak dapat any calls dari hospital. Lusanya tu aku buat keputusan untuk call hospital, tanya macam mana. Jawapan yang dapat diaorang tak dapat any information pasal tu. Nanti diaorang akan call balik la macam mana.

Esoknya lagi aku tertinggal handphone kat rumah. Balik kerja suami cakap hospital dah call, dia cakap operation hari Rabu minggu depan.

Aku ok aje lah. Tapi nak masuk wad bila? Pagi sebelom operation ke? Ke sehari sebelom?

‘Dia cakap tu je!’

Takkan ringkas gitu je? Habis tu suami aku takde tanya apa2 ke? Aku syak dia ‘takot’ kot. Mungkin orang yang call tu ada cakap lagi lepas tu, tapi bila dah tahu tarikh operation tu terus dia tak boleh nak fikir. Atau ada kemungkinan jugak orang tu just bagitau tarikh operation.

Aku pulak tak sabar nak kena operate nak buang benda alah tu.

Nak tak nak aku call balik hospital. Refer kepada klinik O&G, diaorang cakap takde call siapa2. Dengar jugak la diaorang duk tanya2 sesama diaorang. Lepas tu dia cakap mungkin bahagian wad yang call. Pun jawapan sama, tak tahu siapa yang call tengahari tadi.

Malamnya lebih kurang 8.30 dapat call dari hospital. Dia cakap la kena admit wad 2hari sebelum operation. Aku punya operation dijadualkan hari Rabu, means aku kena admit hari Isnin.

Dan dia cakap kena refer pakar bius dulu. Dah takde hari lain, esoknya jugak nak kena jumpa pakar bius tu. Kalau nak pergi hari Ahad macam singkat sangat masa antara jumpa pakar bius dengan admit wad. Malam tu jugak bagitahu bos masuk lambat kerja esoknya.

Esoknya on the way nak jumpa pakar bius tu suami aku bagitau kerisauan dia pasal aku nak kena operation nanti tu. Huh patut la malam tadi dia tak boleh tidur. Aku pulak yang nak kena bagi semangat kat dia. Aku pulak yang nak kena yakinkan dia untuk pikir positif.

Bila dah sah aku ada cyst aku bagitau la kawan2 aku. Yelah hari tu bagitau suspect je, ni dah confirm memang cyst. Sorang kawan aku ni R, dia banyak cerita pasal sorang kawan dia yang alami macam aku jugak.

Kawan dia buang cyst masa kandungan dah 24weeks, aku pulak dijadualkan masa kandungan 17 weeks. Alhamdulillah anak dia dah usia 4tahun, membesar macam anak2 lain. Aku rasa lagi selamat buat awal2 kot, sebabnya perut kecik lagi. Haha ni analogi aku la.

Aku ada jugak tanya rakan2 sekerja yang lain yang ada pengalaman cyst ni, walaupon kesnya bukan macam aku, buang masa tengah pregnant.

Ada sorang ni 3kali operation weh nak buang cyst ni. Dia dah alami operation menegak, melintang, jahit guna benang yang nak kena buang kat klinik, jahit dalam je then tampal tape aje kat luar. Senang kata 3x operation tu lain2 la. Zaman berubah kan.

Ada jugak kawan aku ni mula2 kena tebuk je, pastu kena operation. Tapi operationnya melintang la, tak sama macam aku nak kena nanti.

Ikutkan ada la 2,3 orang lagi rakan sekerja aku yang aku tahu ada cyst. Tapi aku tak tanya diaorang yang tak buang tu. Aku taknak dapat input negatif. Aku boleh agak diaorang akan nasihatkan aku untuk teruskan kandungan je dulu.

Ye lah, diaorang sendiri pon tak buang lagi kan. Aku agak je la. Demi menjaga emosi sendiri lebih baik aku elakkan awal2.

Aku jugak ada sepupu yang pernah buat operation buang fibroid di usia seawal 18 tahun. Muda lagi tu! Takkan aku yang dah tua bangka ni nak takot pulak?

Aku jugak yakin, yang nak diserahkan untuk buat kerja2 operation ni nanti orang yang betul2 pakar. Bukannya kaleng2 doktor. Ini memang kepakaran dia. Lain lah kalau aku nak suruh suami aku yang operate kan?

Yang paling penting, aku pernah bersalin 2 kali. Ya, 2kali! Sakit kedua sakit selepas mati, aku berjaya harunginya. Sakit yang pertaruhkan 2nyawa, aku berjaya tempuhi.

Alasan apa lagi aku nak bagi untuk aku rasa takut? Lagipon aku nak anak dalam kandungan aku membesar dengan baik, walaupon risiko untuk gugur tu ada. Aku fokuskan anak dalam kandungan aku selamat je! Tak fikir pon akan alami keguguran.

Oklah, agak panjang dah kot. Aku pulak tak reti nak ringkaskan cerita. Benda kecik yang patut diceritakan pon nak cerita jugak. Hahah. Kalau conffession ni disiarkan aku sambung lagi ye. Peace~

– Melati (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *