Antara Cyst & Kandungan II

Untuk part I, (https://iiumc.com/antara-cyst-kandungan/).

Ya Allah lamanya hutang ni tak terlangsai. Dah lebih 2 bulan cerita aku admin dah publish. Ok, seperti yang dijanjikan aku sambung ceritanya.

Sambung di hari aku perlu berjumpa dengan pakar bius. Malam dapat panggilan yang kata aku kena jumpa pakar bius tu, aku imagine jumpa pakar pakar bius tu saja la sekejap. Thats why aku inform bos masuk kerja lewat esoknya.

Macam biasa la, register kat kaunter. Lepas tu test urine, timbang berat, check blood pressure. Rutin biasa ibu2 mengandung buat check up.

Lepas tu nurse suruh masuk bilik untuk ambik darah. Dah ambik darah MA yang ambik darah tu bagi borang untuk jumpa pakar bius. Sebelum tu darah tu nak kena bawak ke makmal dulu.

Berpusing2 cari makmal. Tanya nurse pon tak jumpa. Padahal dah lalu situ. Fikiran dah tak fokus sangat sebab duk tahan nak terkencing hihi.

Dah jumpa makmal masa bagi sampel darah tu siap tanya akak kat kaunter tu, ‘lama tak? Saya nak terkencing ni!’

Bila dia cakap anggaran 1jam, lega la. Sempat la pusing2 cari tandas dulu. Pastu duduk la main handphone sementara nak menunggu 1jam tu.

Dah dekat sejam baru perasan, apesal nombor yang dah melebihi nombor aku diorang dah panggil? Pergi tanya kat kaunter ambik result rupanya dah lama diorang panggil nombor aku. Dalam 10minit saja sebenarnya. Huh buang masa kat situ. Cuai!

Seperti mana yang MA tadi pesan, lepas dapat result darah tu jumpa pakar bius kat tempat sekian2. Aku pon pergi la kat tempat yang dinyatakan. Tanya orang jugak sebenarnya tempat tu kat mana. Letak borang tadi dalam bakul, then tunggu dipanggil.

15minit kemudian nurse keluar. Aku nampak dia ambik borang aku pastu panggil nama. Borang aku tadi tu kosong, takde maklumat apa2 berkaitan ‘sakit’ aku, macam mana doktor bius tu nak tahu?

Pulak dah. Nak kena patah balik ke bahagian O&G la ni. Ok, kali ni bukan kecuaian aku ok. Aku ikut seperti yang diarahkan aje.

Hahaha saje cerita benda2 macam ni sebab nak panjangkan cerita. Ok, dah balik ke O&G kali ni aku jumpa Dr H. Dia explain sama saja lebih kurang macam Dr D. Lebih kepada risiko yang bakal dihadapi nanti. Risiko bius saja yang aku tak faham.

Part risiko keguguran tu menurut Dr H biasanya ia berlaku untuk kandungan di bawah 16minggu. Aku operate nanti kandungan dah 18minggu, inshaa Allah kandungan aku dah kuat. Kiranya makin lama kandungan lagi rendah risiko keguguran tu. Salah la analogi aku.

Hari tu aku lupa nak tanya Dr D, ‘lama’ kat wad tu sebenarnya berapa lama? Dr H cakap kalau tak ada masalah apa2 2hari selepas operation dah boleh balik la. Fuh lega sekejap. Takde la lama sangat.

Harap2 la takde apa2. Risiko nak terpotong usus pon sangat2 kecil. Harap2 la takde kena. Kalau terpotong usus diorang akak tebuk lubang untuk nak buang air besar. Lama la sikit stay kat wad. Kalau takde apa2 2hari lepas tu dah boleh balik.

Tapi fikirkan anak aku yang ke2 tu rasa macam berisiko saja aku balik awal kat rumah. Dia bukannya faham mak dia sakit ke apa. Aku duk bayangkan anak aku tu melompat kat tempat operation tu nanti. Aduiii. Seriau weh.

Lepas tu baru la jumpa pakar bius. Sama2 dalam bilik tu ada sorang lagi doktor, tengah explain kat ibu yang anaknya nak kena operate. Anggaran umur anak dia 6, 7tahun. Ya Allah kecik lagi dah nak kena hadap ujian ni.

Doktor baru nak mulakan sesi dengan aku ada sorang ibu masuk tanya pasal kes anak dia. Yang ni lagi la anak dia sebaya dengan anak ke2 aku. Allah! Insaf sangat2.

Doktor suruh timbang berat, lepas tu nurse check blood pressure. Haih tadi kan dah buat semua ni? Pastu kami tiga2 gelak. Hahahahaha. (Ok saja nak panjangkan cerita lagi)

Doktor tanya sama ada aku pernah jalani any operation sebelum ni; ada penyakit lain yang berbahaya; ada sakit jantung, kencing manis ect; ada pakai gigi palsu; ada gigi yang dah bergoyang. Mungkin ada lagi soalan lain tapi aku dah lupa.

Lepas tu dia check dalam mulut sampai ke anak tekak; check pernafasan. Ya, sama. Mungkin jugak ada check lain tapi aku dah lupa huhu.

Lepas tu baru doktor explain pasal bius ni. Katanya nanti aku akan dibius penuh, dan akan bergantung sepenuhnya kepada mesin. Bila operation dah selesai aku akan dipastikan betul2 dah sedar barulah mesin tu akan dimatikan.

Aku duk bayangkan, macam mana kalau aku tak betul2 sedar lagi mesin tu dah dimatikan. Ya Allah panjangkanlah umur aku. Amiin.

Nanti tiub/wayar akan dimasukkan ke dalam mulut. Masa tu ada kemungkinan berlakunya gigi patah, luka dalam mana2 bahagian mulut.

Masa ni aku teringat kisah sorang artis cerita anak dia patah gigi sebab operation. Bila dia tanya doktor dengan ‘angkuh’nya doktor jawab ‘nasib baik anak encik dapat diselamatkan’.

Bagi aku dalam kes tu sebenarnya artis tu yang angkuh. Anak kau accident kot, tak sempat kot nak explain risikonya masukkan wayar ke dalam mulut tu. Hui dia siap tumbuk doktor tu sampai patah gigi doktor tu.

Ok, sambung cerita aku pulak. Untuk tahan sakit aku nanti tak akan diberi suntikan epidural. Suntikan ni berisiko untuk kandungan. Lagipun katanya biasanya suntikan epidural ni untuk ibu bersalin je.

Aku nanti akan dibekalkan ubat ikut drip. Ubat tu nanti aku sendiri yang akan tekan bila rasa sakit. Masa tu aku tak boleh bayangkan lagi macam mana rupanya. Yang aku duk risau kot2 terlampau sakit sampai lupa nak tekan ubat tu. Haruuuu.

Sempat aku tanya, ‘risiko bius tu apa?’ Inilah! Yang doktor duk explain tu la risiko2nya. Itulah namanya risiko bius! Apa ke bengap la aku ni?

Keluar dari bilik doktor bius tadi dah pukul 1petang! Takde makna la nak masuk kerja balik. Terpaksa ambik cuti hari tu.

Walaupon katanya ‘jumpa pakar bius’ bukan itu yang semata ya. Dekat 5jam jugak dengan pusing2 cari tempatnya, dengan menunggu benda yang tak sepatutnya. Haha salah sendiri.

Dah setel yang ni tunggu admid ward saja la. Aku risau anak2 macam mana la. Boleh ke suami aku handle dua orang hero ni. Bukannya aku tak percayakan dia, sedangkan dia lebih arif bab jaga anak ni berbanding aku.

Yelah bila sorang2 nak kena hadap 24jam sehari, at least 5hari risau jugak la. At least sebelom2 ni ada jugak aku membantu walaupon tak banyak. Dibuatnya dia stress, takut anak2 la yang jadi mangsa.

Yang mampu aku buat, pesan kat dia jaga diri dia dan anak2 baik2,. Minta maaf sebab terpaksa hadap benda ni.

Lusanya hari Sabtu nurse yang incharge aku datang ke rumah, ala check up kat rumah tu masa mengandung. Masa tu baru aku teringat nak maklumkan kat dia yang aku dah nak kena operate.

Jangan buat macam ni ye. Sepatutnya kalau dah tahu nak kena operate tu terus maklumkan kat KK tempat kita check up. Diorang pon kena tahu jugak.

Esoknya lepas waktu kerja aku ke KK atas arahan nurse yang buat lawatan ke rumah semalam. Lepas jumpa doktor masa nak ambik tarikh next appoiment nurse tu (ni nurse lain ye) siap cakap,

‘Hisy macam mana la ngandung2 pon nak operate. Nanti perut makin besar, tiba2 kat tempat operate tu terbukak! Eeeee….’

Aku rasa nak sepak saja muka nurse tu. Siap dengan mimik muka lagi dia buat rasa takut tu. Sepatutnya kau bagi semangat kat patient, bukannya menakutkan patient.

Eh, aku tak bodoh la. Awal2 tu memang aku pon terpikir macam tu jugak. Ada jugak risau bila perut dah besar tempat kena belah tu terbukak.

Tapi perut ni takde la dia terus membesar cepat saja macam kau tiup belon. Seminit saja kau fuh, fuh, fuh terus besar. Macam tak pernah mengandung, macam tak pernah tengok orang mengandung! Nama aje kerja kat klinik ibu & anak.

Perut ni nak membesar ambik masa. Dalam pada masa perut ni nak membesar ada la jugak masa untuk proses penyembuhan tu. Bukannya perut saja makin membesar tapi proses penyembuhan terbantut.

Lagi pulak kalau benda ni risikonya sampai sebegitu takdenya doktor nak buat operation ni. Yang buat tu pakar tau?

Haih geram pulak bila ingat balik. Tak boleh jugak aku nak habiskan cerita ni. Aku nak calm down diri dulu la sebelom sambung nextnya. Inshaa Allah dalam masa terdekat aku sambung. Peace!

– Melati (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *