Antara Dosa dan Seruan Allah

Assalamualaikum semua. Saya Nur. Saya nak berkongsi bagaimana saya dijemput Allah S.W.T ke rumahNya dalam sedar tak sedar.

Bagaimana dari seorang yang boleh habiskan marathon rantaian drama demi drama dalam sehari, sehingga Allah ambil kecintaan saya itu sedikit demi sedikit.

Bagaimana juga saya yang pegang quran pun 2, 3 minggu sekali tu pun sebab teringat nak baca yassin untuk arwah ayah saya. Ada sampai berbulan tak baca sebab sibuk kecintaan pada kesibukan yang dicipta sendiri. Takda masa kan atau lebih tepat lagi takda keberkatan masa.

Allahuakhabar.

Semuanya bermula dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Saya Seorang penjawat awam. Masih bujang. Usia 29. Tempat kerja saya di Selatan, Kampung jauh di belah Timur sana. Maka, bekerjalah saya dari rumah.

PKP 1.0 saya tak rasa apa2 perubahan pada diri melainkan ada banyak masa menjerut jasad melayani drama demi drama dari pelbagai negara. Belum lagi melayan pelbagai laman2 berita di Facebook.

Mana2 video ceramah yang lalu lalang saya tepis laju ke bawah supaya kurang rasa bersalah tak singgah dengar. Urmmm. Hari2 berulang begitu rutin saya selepas waktu bekerja.

Sungguh, Allah beri hidayah pada siapa dia mahu dan Allah juga boleh hinakan sesiapa dia mahu. Bersendirian di rumah sewa ketika PKP 2.0 bersambung. Saya banyak masa sendiri. Dalam banyak2 Ramadan saya lalui, Ramadan Tahun lepas paling saya betul2 saya di bulan Ramadan.

Ketika Itulah, Allah mula jentik hati saya dengan permulaan kata2 bergambar yang menyeru kepada dakwah dalam FB. Sebelum ni kalau saya nampak, saya terus tepis laju2.

Tak tahu Kenapa Allah Izin jari saya singgah lama di gambar tu dan hati saya terjentik. Antaranya, “kalau nampak sesuatu ‘post’ yang mengajak kepada kebaikan, sebenarnya Allah sedang pilih kamu. Bukan semua orang Allah pilih”.

Contohnya, nampak post bacaan al mulk, sebenarnya Allah pilih kamu untuk diselamatkan di alam kubur kelak. Sahutlah panggilanNya kerana Allah yang pilih hati kamu, pilih lidah kamu, pilih nama kamu untuk membaca kalamNya.

Kemudian, lalu lagi panggilan orang mengaji ‘online’ ajak masuk kelas asas quran, tajwid, talaqqi. Sekali dua saya tak rasa apa. Kemudian, lalu lagi video ustaz. Isinya tentang bacaan yassin untuk arwah ibu Bapa.

Ayatnya benar2 menusuk bila ustaz kata, “yakin ke pahala bacaan yassin kita sampai pada arwah ibu Bapa kita sedangkan bacaan tak betul, maksud lari? Sedangkan kita mampu belajar tapi tak mahu”.

Saya yang dah lama tak baca yassin untuk arwah ayah saya ketika itu terus rasa tak sedap hati.

Malamnya, saya ambil quran nak baca yasin. Malam tu saya rasa malu sangat dan bodoh sangat. Tak tahu Kenapa. Sebab lama tak baca ayat2 Allah, saya merangkak2 baca. Benarlah ustaz ada kata, ayat2 quran ni sangat manja.

Jika ditinggal, lidah kita akan keras untuk menyebutnya. Dari tu, hati saya tergerak. Saya perlu lakukan sesuatu dengan diri saya. Apa kualiti Ibadah saya? Saya solat tapi sekadar solat. Zikir tapi laju2. Selawat tapi urmm.

Maka, bermulalah perjalanan saya mencari tuhan atau sebenarnya Tuhan yang cari saya untuk dibetulkan. Sungguh, Allah itu kekasih yang setia. Walaupun berkali2 di tinggalkan tapi tetap sudi terima kita kembali.

1. PERBETULKAN SOLAT

Saya pernah dengar, “Orang yang membetulkan solat ialah orang yang sedang membetulkan hidupnya”. Ya, saya cuba betulkan solat saya.

Bacaannya, tomakninahnya, Qadhanya. Kadang rasa macam beban sangat sebab penatnya. Tak solat kena Azab, lambatkan solat pun Kena celup dalam neraka dulu. Belum lagi KISAH ALLAH pulangkan semula solat kita.

Dalam erti kata lain, tak diterima. Kalau solat yang merupakan perkara pertama dihisab di akhirat tak diterima, apa saya nak bawa di sana nanti?

Maka, Allah Gerakkan saya cari guru. Saya belajar betul kan bacaan dalam solat bersama ustazah secara talian. Alhamdulillah, Allah beri Izin.

2. BETULKAN BACAAN ALQURAN

Mula2, saya Ikuti kelas asas quran dan tajwid. MasyaAllah, malunya dulu rasa macam pandai baca alquran padahal makhraj huruf entah ke mana. Ketika umur 29, baru tahu atau baru ambil tahu huruf sa, zho, zal kena keluarkan hujung2 lidah Sikit. Urmm. Tajwid bersepah.

Habis 4,5 bulan kelas ni, saya teruskan talaqqi berguru dengan ustazah secara peribadi. Semuanya secara talian. Ingat, kena buang malu nak belajar. Mati dalam keadaan belajar lebih baik dari mati dalam jahil.

3. IKUTI CERAMAH2 /KULIAH ILMU

Jujur saya kata, Allah dah tarik minat saya dari kelalaian mata, hati yang dulu kepada pengisian rohani. Saya ‘ on notifications’ bagi setiap page yang suka buat ceramah/KULIAH. Saya jadi makin suka hadir ke taman syurga ini.

4. TAMBAHBAIK PENAMPILAN

Dalam tak sedar sebenarnya, pelan2 rasa malu tak jaga aurat betul2. Malu nak pakai balik pakaian lama2 bila rasa ternampak bentuk, begitu juga tudung bawal 45 yang mula rasa jarangnya walau buka bidangnya besar sikit.

Maka, saya cari pakaian baju dan tudung baru. Yang lama2 saya beri pada adik kakak saya dan Infakkan.

5.JAGA LIDAH/BERSANGKA BAIK

Yang ini pun dia datang sekali pakej dari no 1 hingga 4 tadi dalam tak sedar. Dulu ingat lagi, saya pernah digelar si mulut jahat dalam keluarga. Panas baran pun ya. Kalau marah, habis perkataan keluar.

Belum lagi suka masuk nak tahu aib cerita orang. Tapi, lama2 saya bila tersedar tersalah sangka, terkeluar perkataan tak baik, saya dah boleh kawal dan mula nak bercakap perkara baik2 dan endahkan aib orang.

6. SEDEKAH

Saya mula dengan sedekah subuh rm1 saja dulu. Lama2 rasa nak terberi lebih. Teringat ada ustaz kata sedekah ni mengikut iman masing2.

Ada yang imannya lebih tentang yakinnya dengan janji Allah tentang sedekah, maka nilai dia sedekah pun lebih banyak. Terpukul di situ ya.

Haha. Ustaz tu pula kata tanda Allah terima sedekah kita bila kita asyik nak memberi, Maksudnya sedekah kita tu menghasilkan pula sedekah yang lain. MasyaAllah, siapa yang istiqamah dengan sedekah pasti dapat rasa ni.

Yang penting selepas sedekah atau amal yang lain, minta Allah terima dan bersyukur sebab Allah beri taufiq dan kekuatan lakukan dan istighfar atas kekurangan yang ada. Jangan cepat rasa lega.

Cukuplah 6 ini dulu saya dapat rasakan perubahan dalam diri. Saya cuba istiqamah dengan erti kata bersikit sikit dari yang banyak2 tapi terus tinggal.

Perihal umrah pula saya memang tak terdetik langsung nak pergi. Saya fikir untuk orang2 bila dah berumur bolehlah. Urmm. Tapi, dalam setiap doa sedekah subuh saya, saya akan ikut skrip yang saya catat dari seorang ustaz.

Dalam doa tu ada tercatat, “Ya Allah, berkat sedekah subuh ini, berikan aku rezeki yang berkat yang membawa aku ke Tanah SuciMu,” .

Disebabkan dalam skrip doa ada, maka hari2 lah doa benda tu padahal tak lah rasa nak pergi sangat. Dalam hati ni tak sabar bila sempadan negara buka, nak pergi bercuti.

Ditakdirkan bukan Oktober 2021, kerajaan umum sempadan dibuka. Yang paling awal berlepas ketika itu jemaah umrah. Hari2 saya nampak iklan umrah di fb. Tak tahu kenapa saya klik iklan tu dan tanya sedikit banyak ejennya.

Lepas tu, saya tanya kawan2 yang saya biasa travel nak pergi umrah tak. MasyaAllah, 2,3 orang terus setuju tanpa tanya kos berapa, bila pergi. Semua serah kat saya.

Jadi, beginilah seruan rupanya. Selama ni pernah terfikir, orang tu kaya tapi umrah tak pergi lagi. Rupanya, Allah yang pilih tetamunya.

Bukan sebab dia kaya atau mampu. Maka dalam sebulan urusan, dengan terdetiknya seruan tadi, berangkat lah saya dan kawan2 tunaikan umrah dan ziarah Rasulullah S.A.W

Sampai di sana, tertanya2 diri ini, biar betul tahun ni rupanya aku sampai di sini. Orang lain siap merancang bertahun2. Ada yang tertunda sebab keputusan PCR Test pula tak lepas sehari 2 sebelum pergi.

Tahun 2021 yang Indah bagi diriku di mana tahun mula cari Tuhan dan Tahun sama dijemput jadi tetamunya. Pengalaman Indah bagi pendosa sepertiku. Yakin lah dengan rahmat Allah.

Akhir kata, ingat lah ketika mana kita berada dalam maksiat, jangan ingat kita tak berdosa. Dan jika kita dalam maksiat, jangan ingat rahmat kasih sayang Allah itu tiada. Dialah yang berkuasa atas tiap2 sesuatu. Pemilik hati, pemegang jasad, pentadbir abadi.

Moga saya dan kita semua istiqamah dalam amal. Banyak kan doa minta rahmat Allah. Bila Allah rahmati kita, semua yang Indah2 akan datang. Tahu kan kisah ada orang masuk syurga bukan sebab banyaknya amal dia tapi sebab rahmat Allah.

Allahumma solli ‘ala sayyidina muhammad.

– Nur 2021 (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *