Assalamualaikum semua. Terima kasih admin kerana sudi menyiarkan kisah ini. Bermula dengan A yang selalu ambil berat tentang aku masa kat universiti. Cuma hati aku tak terbuka untuk dia. Cukup sekadar berkawan. Memang dia je satu2 nya lelaki yang rapat dengan aku sepanjang 6 tahun belajar.
Aku lebih selesa anggap dia BFF. Tipulah kalau aku cakap takde yang cuba ushar or ngorat aku. Tapi aku memang tolak cara baik sebab niat aku nak habiskan belajar dan kekal kan result supaya biasiswa tak ditarik. Sepanjang 6 tahun tu, sakit demam, sedih gembira semua dengan A. Kami selalu bergaduh dan bertekak walhal untuk benda2 kecik. Aku lah yang selalu naik angin. Tapi cepat je nak sejuk.
Aku takde kawan rapat perempuan. Sebab circle kami kecik je kat UK masa tu and aku tak kisah kalau A rapat dengan pelajar lain. Aku jenis tak ambil port and tak join sangat kalau batch aku or senior buat event ke apa. So aku takde drama or ujian sangat dalam berkawan. Struggle dalam nak habiskan belajar je.
Lepas grad, A dapat kerja di company oil and gas dan aku masih menunggu surat tawaran. Kalau ikut parents aku memang suruh chill tapi aku tak boleh duduk and pergi bercuti. Sebab aku dah puas buat semua tu. Alhamdulillah aku dapat tempat di company yang taja aku. Actually sama dengan A cuma aku di KL. A di pantai timur.
Bila dah masuk kerja, hati aku terpikat kat sorang senior dalam department aku. Bukan sebab apa pun, hanya sebab dia terlalu handsome dan aku nak cabar diri aku samada aku dapat ke tak couple dengan dia.
Then tak sampai beberapa bulan, kitaorang couple. Agak kecoh jugak lah waktu tu sebab senior tu agak susah nak dipancing. Waktu tu aku tak endah pun serangan or umpatan akak2 and semua orang dalam pejabat. Aku jadi bangga and macam dapat pergi bulan madu je.
A tahu aku couple dengan B. Sebab habit aku dari dulu adalah akan update semua benda dekat A. dan A pun sama. cuma aku jenis tak ambil perhatian sangat bila A cerita pasal aktiviti dia. Aku punya angau waktu tu hanya Allah saja yang tahu. Setiap hari keluar dating dengan B. Even nak pergi training pun set date sama2.
Sampai lah tempoh 5 bulan kami couple, parents A desak A untuk cari calon isteri dalam masa terdekat. Waktu aku tak rasa pape sebab aku kan tengah galak bercinta dengan B. Nak ditakdirkan jugak B pun dah start cucuk and bagi hint dekat aku yang dia nak masuk meminang.
Bagi aku sangat lah cepat untuk aku buat keputusan sebab tak sampai setahun pun kerja. Rumah pun belum beli dan banyak lagi benda yang aku belum capai. Even aku perempuan, tapi aku ada misi dan visi aku sendiri. Tak kisahlah husband aku dato sekali pun, aku tetap nak ada asset and life goal sendiri.
Aku tanya parents and dorang tak kisah atas keputusan dan pilihan aku. Aku anak sulung dan adik lelaki aku. Parents aku sangat busy dalam hal kerja and sukarelawan, adik pulak masih study. Tapi dorang ada jugak berbunyi yang dorang belum puas hidup dengan aku. Sejak balik, aku busy dengan kerja and jarang spent time bersama.
Perkara tu berlalu dalam masa tiga bulan. Entah macam mana A datang kat office and ajak keluar. Aku cakap yang aku terlalu busy and marah dia kenapa tak inform awal. Alasan dia sebab dia kebetulan ada training dekat situ and nak jumpa aku. So sebab darah aku naik, then dia tunggu aku habis kerja. Aku pun keluar. B tahu, yelah couple kan janji setia and jujur lah konon nya.
A nyatakan yang dia nak melamar aku. Terbeliak mata aku masa tu. Start lah aku tanya seribu soalan. Alasan A sebab dia tak jumpa orang yang sesuai dan parents dia bagi tempoh sebulan. Aku memang begang and cakaplah yang aku ni bukan patung or robot nak ikut desakan dia. Dan kenapa nak main hentam je. Aku cakap yang aku tak cintakan dia dan kenapa dalam ramai2 perempuan yang dia kenal takkan takde satu pun yang layak.
Aku ni tak sempurna mana pun, nak dibandingkan dengan calon2 dia. A layak dapat yang lebih baik. Aku minta A balik dan jangan buat keputusan melulu sebab ni bukan drama tv. Aku dah lah busy gila dengan kerja, nak stabilkan life dan tak sempat lagi nak enjoy.
Seminggu lepastu, B melamar aku. Entah kenapa hati aku berat nak terima. Padahal rasa cinta tengah menggunung waktu. Sepatutnya aku lah perempuan paling gembira sebab B pilih aku dan dalam masa yang sangat singkat. Tak terfikir dek akal yang aku akan berkahwin dengan B sebab aku ingat nak test market je.
Aku minta B bagi masa. A pulak masih call and msg aku. Dia dah tak beban kan aku dengan soalan haritu. A terima jawapan aku haritu dengan tenang walaupun air muka dia agak tegang waktu tu. Aku pernah je nampak A stress, marah and sedih waktu study dulu. tapi jaranglah dia rasa semua tu tanpa sebab.
Satu malam tu aku tetiba rasa nak fikir tentang hidup aku. Aku terus call B and tanya kenapa dia pilih aku. Sepanjang kami couple, ada je kami bergaduh and bermasam muka. Cuma aku rasa memang ada something yang tak kena dalam hubungan kami.
Lepas je aku dengar jawapan and beberapa kenyataan dari B, aku terus sedar yang sebenarnya aku banyak jadi orang lain. B cakap yang dia terima aku sebab aku yang beria nak dia dan dia memang nak isteri yang sayang dia. Dia kata hidup dia busy dan hadirnya aku dalam hidup dia buat dia rasa dihargai dan banyak benda yang dia dapat dari aku.
Ikutkan kenyataan B tu dah buat aku berbunga and happy. Tapi aku masih rasa kosong. B seorang yang baik walaupun kadang2 aku rasa aku je yang berusaha, tapi aku faham yang dia busy.
Entah, aku tak share pun fasa tu kat sesiapa. Sebab aku sendiri dalam dilemma. Aku takut kalau lepas kahwin, tetiba B berubah or aku yang berubah. Kami saling jujur je masa bercinta. Sebab dia tahu yang aku jenis transparent. Dekat office pulak aku takde kawan bergossip sebab terlalu busy.
Dalam banyak2 hal, hal B aku tak cerita dekat A sebab aku tak rasa dia patut tahu and A pun hormat cara aku. Sampailah A call aku and minta bawa haluan masing2. Aku agak blur waktu tu sebab nya kenap A nak jauhkan diri sedangkan takde pape berlaku pun.
A cakap mungkin bila dia keluar dari life aku, dia boleh nampak orang lain. Aku agak marah dengan A sebab kenapa dalam hidup dia kena fikir soal remeh tu. Kawan jelah sampai bila2 pun.
A tak balas msg aku and tak angkat call. Entah kenapa dalam masa dua minggu tu, aku gelisah gila lebih dari aku gelisah dengan B. Aku terpaksa cerita dekat daddy semuanya. Dan aku baru sedar yang betullah apa yang A cakap. Dia memang cintakan aku. Dia pergi sebab dia dah tak mampu nak tampung perasaan tu.
Aku rasa nak marah A sebab kenapa simpan perasaan tu, kenapa seksa diri untuk semua tu. Daddy cakap mungkin selama ni dia biarkan aku capai and buat apa yang aku suka. bila dah sampai masa,A baru beranikan diri. Tapi aku dah tolak A haritu. Daddy cakap A tak judge aku and pergi cara baik. Itu dah tunjukkan yang dia sangat hormat dan sayang aku.
Daddy tanya aku banyak soalan. Antaranya selama ni dengan siapa aku lebih jadi diri sendiri and selesa, aku jawab A. Dengan siapa yang aku akan cari dulu kalau ada masalah sekecil alam, aku jawab A. Siapa lebih faham aku dalam apa jua keadaan, aku jawab A. Tapi lain2 ciri mereka berdua sama.
Cuma B banyak kali lepaskan baran and lebih sosial. Aku cakap A buat semua tu sebab dia sayang aku, mungkin aku buat yang sama dekat B. tapi daddy cakap, lebih baik pilih orang yang sayang kita. sama dengan kenyataan B. ah aku dilemma gila.
Aku tak cintakan A. aku cuma rasa selesa je dengan dia. daddy cakap aku cuma bermimpi je dengan B sebab aku suka rupa dia. Kalau bandingkan sifat B lebih mendalam, sebenarnya aku banyak terluk. B memang selalu mudah jugde aku dan aku anggap tu proses kenal. Daddy kata sebab aku angau bercinta.
Mungkin B boleh pilih orang yang dia sayang berbanding orang yang sayangkan dia. Daddy minta aku jadi orang yang cuba buat orang bahagia dengan bagi peluang. Kalau A tak berjaya buat aku jatuh cinta dan abaikan aku, aku boleh minta untuk dilepaskan.
Masa berlalu dengan hati yang tak tenang. Aku cuba contact A. dan kali ni dapat. Aku terus cakap nak jumpa, and kebetulan A dekat KL. Riak wajah A sangat terkejut dan dia rasa macam bermimpi. Dalam waktu tu jugak Allah nak tunjuk dekat aku, adakah keputusan aku betul. Sorang staff aku mesej and bagitahu yang dia adalah girlfriend B. Aku terkejut gila. Habis tu selama ni aku bercinta bagai nak rak tu.
Staff aku cerita semua yang B cuba bagi peluang dekat aku and bila dia test aku ajak kahwin, aku macam tak dapat bagi jawapan. Tapi B ikhlas dan tak tipu aku dalam masa bercinta. Staff tu baru je couple and si B dah cerita semua. Dan dari situ aku tahu B bukanlah lelaki yang aku idamkan yang boleh menjaga rahsia dan aib aku.
Tak sangka disebabkan aku tak dapat bagi jawapan, dia pasang lagi satu. Langsung tak usaha untuk buat aku percaya. Staff tu kata dia bagi peluang juga dekat staff tu. Ah, emudah tu. B ingat dia hot sangat ke. Aku hanya diamkan saja and malas nak explain apa yang aku rasa.
Disebabkan B di transfer ke melaka, itu dah buat aku lega. Aku tak marah cuma aku kecewa. Tak sangka kisah cinta aku ending dia lagu tu. Lepas aku minta break dengan B, dia pun macam rela sebab dia kata aku memang nampak beria tapi bukan dari hati yang tulus. Ah, alasan semua tu. Kalau dah miang, cakap jelah.
Berbalik pada A. Aku tak cerita kan apa yang jadi pada A. Even A macam tahu, tapi aku malas nak explain. Tapi A ada cakap, aku buat keputusan sebelum benda tu berlaku. Dia cuma harap yang aku tak bawa kesedihan tu dan effect kesihatan dan kerja. Asal lah kau baik sangat A. Padahal aku tak sedih melalak pun dengan B.
A bawa aku jumpa family dia. Even dah lama kenal A, A pulak jenis tak paksa aku untuk kenal family dia. Baru aku tahu yang A lahir dalam family yang alim. Aku tahu yang A memang jaga solat and baik. Tapi tak pernah terfikir yang ibu and adik perempuan dia bertudung labuh.
A cakap parents dia dah lama tahu pasal aku. Dan tahu aku free hair. Tapi parents dia tak pernah letakkan kayu ukur. Dan masa aku tolak tu, parents dia memang dah nasihat dia untuk redha and terima dengan apa jua keputusan aku. Sebab tu A undur diri dengan cara yang paling baik.
Tak sangka indah betul parents dia terapkan sifat yang baik dalam diri anak2. Kalau bulan sebab daddy, mungkin aku takkan cari A and bagi peluang.
Dan A juga rupanya sekufu dengan aku. Walaupun B juga lebih kurang, tapi B lebih suka show off kelebihan dia. Entahlah, semua kelemahan B muncul bila kes tu berlaku. Aku tak rasa sebab aku benci, aku rasa semua tu. Tapi sebab aku angau and aku tak nampak semua negatif dia. A lebih tahu and kenal aku luar dan dalam. Aku pun cuba ingat and fahami balik siap A di sisi aku selama ni.
Alhamdulillah sekarang dah setahun kami berkahwin. Walaupun A tak pernah desak untuk aku tutup aurat, tapi disebabkan sifat dan sikap dia buat aku sendiri ikhlas untuk mengurangkan beban dosa dia. Parents aku sangat sayang kan A termasuk adik aku. A sangat baik bukan sebab dia gila cintakan aku. Tapi A memang baik dari dulu.
Daddy selalu pesan, kalau A dah bagi komitmen, aku pun kena masa rata untuk A. Cinta tu boleh dipupuk, tapi kejujuran dan persahabatan susah nak di cari. Kami susah dah nak bergaduh sebab kami terlalu kenal satu sama lain untuk jangka masa yang lama. Untuk benda remeh, kami tak suka ambil pusing.
A terapkan komunikasi dalam segala hal. Dan aku sampai sekarang selalu cuba untuk bantu dan ringankan kerja A. Sebab bukan senang untuk dapat lelaki macam A. Macam mana A bersabar dengan aku, macam tu jugak aku nak A rasa kasih sayang dari aku.
– L (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit