Salam semua. Nama aku Jemmi, bukan nama sebenar. Aku dalam keadaan buntu di mana aku terpaksa memilih di antara dua.
A, bukan nama sebenar merupakan kenalan atau lebih mudah sekiranya digelarkan teman lelaki aku selama 5 tahun,
Banyak sudah susah senang kami lalui bersama, dari makan semewah mewahnya sehingga makan nasi bujang selama seminggu.
A pada awal perkenalan tidak mempunyai kereta, jadi kebiasaannya kami cuma menggunakan public transport untuk ke mana mana.
Perkenalan aku dan A yang sudah lama mula menimbulkan tanda tanya kepada ahli keluargaku. Persoalan seperti bila mahu mendirikan rumah tangga mula meniti di bibir ayah dan ibu.
Keluarganya pernah berjumpa ayahku, tetapi tidak pernah menyuarakan keinginan untuk menyatukan kami. Sehinggalah pada tahun 2019, A memberitahu ibuku untuk menikahi ku pada tahun 2020.
Malang tidak berbau, negara dilanda wabak covid pada tahun itu. Kami tidak dapat berjumpa untuk berbincang mengenai pernikahan kami dan famili mula bertanya apa perancangan kami bersama.
Ibu mula bertanya mengenai kursus nikah, borang untuk menikah dan sebagainya.
A seperti tidak mahu ambil peduli tentang pernikahan kami, bila aku menyuarakan pendapat tentang pernikahan ada sahaja yang ingin dibidasnya.
Bila aku berbicara mengenai tanggungjawab suami, A berkata kemas rumah, sidai baju dan segala berkaitan rumah adalah di bahu seorang isteri,
Sedangkan aku bukan seorang suri rumah jika bekerja nanti, aku diminta untuk terus bekerja supaya dapat membantu A untuk meneruskan kelangsungan hidup kami.
Oh ya, A juga mengatakan hasrat untuk 50-50 di atas segala perbelanjaan rumah, seperti sewa, bil api, air, wifi dan semuanya. Kerana sayang, aku turutkan.
Malahan, A cuma mampu berikan hantaran sebanyak RM3000 untuk kami menikah. Aku bersetuju dengan hantaran itu memandangkan kami cuma mahu bernikah.
Duit itu juga, telah aku janjikan pada A untuk digunapakai untuk deposit rumah setelah kami bernikah. Pada tahun itu juga, A telah membeli sebuah kereta.
Disini segala kesakitan aku bermula, A mula merasakan dia deserve someone better. He deserved to be with someone yang sekufu dengannya.
Aku datang dari broken family sedangkan A sebaliknya. A mula mengatakan sekiranya dia dapat mengundurkan waktu, A tidak mahu berjumpa denganku. A akan fokus untuk membina kareer hidup.
A juga pernah meninggalkanku tetapi aku merayu agar dia terus disampingku.
Membesar dalam keluarga yang berpecah belah, semasa A masih lagi mencurahkan segala kasih sayang yang ada padanya terhadapku, membuatkan aku overly attached kepada A. Aku sanggup sakit asalkan A ada denganku.
Kemuncak perhubungan kami mula menjadi teruk apabila A memarahiku ketika aku diserang anxiety yang teruk, A suka memandu kereta dengan laju dan tindakan itu menyebabkan anxiety ku datang.
Dari situ aku mula merasakan A bukan lagi untukku. Lantas aku memilih untuk pergi.
Dalam tempoh bersendiri, hadir B dalam hidupku. B merupakan kenalan terdekat.
B sangat baik, keluarga kami sama, kami berdua datang dari broken family dan B sangat memahami setiap kesukaran yang aku lalui. Keluarga B sangat baik. Ahli keluarganya sangat menyayangi dan menerima aku seadanya.
B mula menyuarakan pendapat untuk menikahiku. Aku mencuba untuk menyayangi B kerana aku pasti dek, satu bukit bintang kenal kau nanti. Okay, maaf berseloka.
Aku mencuba untuk menyayangi B kerana pada aku B sudah cukup sempurna. Cuma kurangnya B adalah rupa. Ibuku juga bersetuju dengan keputusan B untuk melamarku.
Dalam tempoh ini juga, A datang memohon maaf diatas segala perbuatannya dan ingin mencuba semula.
Tipulah kalau aku katakan aku sudah melupakan A sepenuhnya. Segala susah payah kami bersama, memori itu, tidak dapat ku buang.
Rayuan A sedikit sebanyak merintih hatiku. Dan sedikit sebanyak membuatkan daku berfikir fikir untuk menerima lamaran B.
Kini aku buntu, tidak tahu mana satu yang harus aku lakukan. Pada pendapat kalian, mana satu pilihan terbaik untukku? Siapakah yang selayaknya untuk dijadikan seorang suami? Bantulah daku. Daku buntu.
Sis buntu…
– Jemmi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit