Antara Dua Agama

Assalamualaikum semua. Izinkan aku kenalkan diri terlebih dahulu. Nama aku Cahaya.

Apa yang aku nak ceritakan mungkin membuat netizen mengecam aku. Tapi aku lebih kepada mahukan pendapat dan bantuan kalian semua.

Aku mempunyai seorang kekasih berlainan agama. Izinkan aku letak nama dia Azan. Dia beragama cristian. Kami berkenalan di tempat kerja yang sama dan mula menjalinkan hubungan yang serius.

Mesti ramai yang tanya kenapa aku tak mencari orang yang beragama Islam. Aku sudah kenal beberapa orang tapi perangai mereka agak mengecewakan aku.

Kembali kepada Azan. Sebelum aku mengambil langkah serius dengan dia, aku ada bertanyakan padanya kenapa dia tak cari orang satu bangsa dengannya.

Dia cakap dia pernah dikecewakan hampir dua kali dan susah mencari teman yang serius. Bila berkenalan dengan aku, dia dah jatuh hati.

Aku menjelaskan soal agama yang berbeza padanya. Andai satu hari kita serius  dan sudah sayang antara satu sama lain agak susah untuk bersama sebab berlainan agama.

Dia menjawab pada aku, dia boleh peluk Islam. Dalam hati aku ni, aku tak nak dia peluk Islam semata kerana aku.

Aku nak dia masuk Islam tu kerana dia tertarik akan agama kita.

Aku persoalkan sama ada boleh ke dia tinggalkan cara hidup dia… Bukan senang nak tinggalkan sebab dari kecil menganuti agama lain. Bukan senang nak tinggalkan judi, minum arak and makan benda tak halal.

Dan aku juga tak yakin pada hubungan ini awalnya. Tapi dia yakinkan aku dia boleh. Dan aku tau semua ni perlukan masa untuk Azan berubah.

Hampir 2 bulan dia bertanyakan aku sama ada mahu serius atau tidak, akhirnya aku bersetuju sebab aku dah selesa dengan dia.

Hubungan kami pada awalnya nampak indah, tapi aku selalu rasa tak yakin dan kurang percaya pada dia sebab berlainan agama.

Kadang aku risau dia hanya bermain-main dengan perasaan aku. Kami kerap bergaduh bila aku seolah olah nak dia berubah dengan cepat walaupun hakikatnya aku tahu semua ni ambil masa.

Tiap kali dia keluar melepak dengan kawannya mesti ada minum, main kad dan trade in (sejenis macam judi).

Dan setiap kali itu jugak kami kerap bergaduh dan aku cepat minta putus. Dan dia selalu cakap ada je orang Melayu macam dia main judi, minum arak semua.

Aku rasa nak bunuh je dia time tu.. Kau kalau masuk Islam bukan jadi Melayu tapi sebab nak belajar Islam. Dan ini antara satu sebab aku tahu dia belum serius mahu tinggalkan cara hidup dia.

Aku ada mencari kelas untuk dia cuba fahami Islam tapi kebanyakan kelas adalah secara online. Kalau boleh aku nak cari kelas yang face to face sebab aku nak join sekali. At least aku dapat renew balik aku punya kefahaman jugak.

Kalau ada yang tahu tempat belajar secara face to face area selangor tu boleh bagitahu dekat komen. Nanti aku boleh cari.

Buat masa sekarang, Azan dah boleh tinggalkan minum tapi masih ada lagi sikit minum untuk hilang kempunan.

Dan aku juga tau dia trade in or main judi senyap² belakang aku sebab tak nak aku marah. Dia cepat lembut hati dengan ajakan kawan.

Kadang tu aku memang marah sangat-sangat sebab dia akan membuang duit dekat benda sia-sia tu. Lagi satu perangai dia, kalau melepak dengan kawan mesti sampai lewat pagi.

Dia minta aku percayakan dia yang dia hanya main game dan tak buat benda lain. Tapi aku susah nak percaya sebab berapa kali dia kantoi dengan aku. Aku dah start hilang rasa percaya pada dia.

Bulan lepas aku kehilangan ayah aku. Dan start dari situ, aku mula rasa hubungan ni takkan berjaya. Dan aku tak nak sumbang dosa dekat ayah aku.

Setiap kali aku jumpa Azan, aku merasa berdosa pada Allah dan aku rasa bersalah pada ayah aku. Aku ada rasa menyesal juga sebab setuju untuk menjadi kekasihnya.

Tapi Azan orang baik cuma dia perlukan masa untuk tinggalkan cara hidup dia. Aku takut dia tak boleh. Aku takut nak percayakan dia bila dia dah banyak kali tipu aku sebab kantoi.

Tapi hati aku mula tawar sebab aku mula rasa khilaf dengan apa aku buat selama ni.

Tapi aku tak boleh tinggalkan dia sebab dia tengah belajar kenal islam dan aku masih ada rasa sayang. Tapi aku tak nak tambah dosa untuk ayah aku lagi. Aku perlukan pendapat kalian. Aku buntu.

Doakan aku semoga aku diberi petunjuk oleh Allah.

– Cahaya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. maaf ganggu tapi situasi awak sama dengan saya sekarang, cuma bezanya kekasih saya tak minum arak, makan khinzir dan berjudi. Tapi dia salah faham dekat “jangan masuk islam kerana saya tapi masukla kerana minat” saya juga buntu tapi dia meminta saya untuk support dia sentiasa untuk mempelajari islam, saya harap awak dan saya teruskan kuat untuk support diorang dan jangan biarkan dia tergapai gapai seorang diri tapi kalau dia taknak jugak berubah better awak slowtalk elok ii.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *