Antara Dua Darjat

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca sekalian. Masih dalam mood raya. 

Nama aku Citra. Sudah berkahwin. Aku ada 8 beradik. 6 lelaki dan 2 perempuan iaitu aku dan Kakakku.

Baru-baru ni aku balik awal juga berbanding adik beradik lain. Sabtu sudah sampai di kampung sebab dalam fikiranku mak tiada orang yang membantu. Mesti dia harapkan aku balik.

Tepat seperti disangka. Seperti biasa sampai je kampung, aku terus salam-salam sinsing lengan baju tolong ketuk telur untuk buat bahulu. Abang sulungku dan keluarganya dah sampai awal.

Tapi biasalah, kalut dengan anak kecik kan memang tak sempat tolong mak. Aku ok je. Petang tu mak aku cakap, kakak ku nak nasik ayam masa dia balik kampung nanti.

Aku fikir, oh okaylah lambat lagi sebab dia balik pun sehari sebelum raya. Jadi diam tak diam tinggal lagi 2 hari nak puasa. Masa ni masih ada adik beradik aku yang belum balik.

Mak aku tanyalah nak makan apa. Aku pun cakap nak makan mee rebus sebab mee rebus mak aku buat memang thorbaik. Aku sambung buat kuih raya.

Jadi petang tu, tetiba mak aku kata tak jadi buat mee rebus. dia nak buat bihun sup. aku pun okay je.

Keesokan hari kakak aku sampai. Jadi tengah hari tu aku keluar beli barang untuk raya. Balik tu, mak aku tanya beli mee tak?

Aku jawab tak beli sebab tak pesan kan. Tiba mak aku keluar pergi beli mee. Okaylah maybe mak aku teringat nak buat sebab aku mintak semalam.

Rupanya masa berbuka tu baru tau, mak aku kelam kabut pergi beli mee sebab kakak aku cakap nak makan mee rebus. Hmmm. Masa berbuka tu perit je rasa nak telan mee tu walaupun memang sedap.

Sebenarnya, memang dalam keluarga aku ni, kakak aku ni berjaya orangnya. Alhamdulillah dia dan suami ada empayar perniagaan yang besar. Cuma aku rasa macam dibeza-bezakan.

Aku dah cuba nak bahagiakan mak aku nak ringankan beban mak aku. Aku bagi mak aku duit sebelum raya, sebab kesian macam dia sorang yang keluarkan duit beli macam-macam. Aku keluarkan duit beli mana-mana yang tak cukup.

Kerepek kuih raya macam-macam lagi. Tapi masih aku ni bayang-bayang yang selalu dilupakan. Bila raya, semua adik beradik pergi beraya lah.

Balik rumah mertua lah. Aku ni kahwin dengan muallaf jadi setiap kali raya memang muka aku dan suami ni tak pernah failed kat rumah. Bila raya, asyik muka aku dan suami yang layan tetamu, yang hidang air kuih raya semua.

Abang-abang dan kakak aku entah ke mana-mana. Bukan bermaksud dorang tak buat apa langsung. Cuma dorang bebas je bila nak kemana-mana.

Bila time aku nak kemana-mana, mak aku mulalah buat ayat sedih. Jadi lastly, memang muka aku dengan suami je yang tercongok kat rumah. Sampai suami aku cakap, baik tak payah balik kampung kalau asyik tercorok kat dapur je.

Hmm. Aku dan suami ni bukan lah orang yang nampak berjaya pun. Rumah pun rumah sewa kecik pulak tu.

Gaji pun cukup-cukup makan dengan sekolah anak. Kereta kemek accident pun belum mampu nak cat semula. Jadi tahun ni memang aku takde semangat nak menjemput orang beraya ke rumah aku.

Risau andaikata orang tak selesa bertandang ke rumah aku yang kecik ni. Tandas pun tandas cangkung je. Baru-baru ni, kakak iparku datang ke rumah aku dengan adik beradiknya.

Kemain happy suami aku ada orang nak beraya. Laju je bawak aku cari carpet buat lapik tikar getah sedia ada. Beli biskut raya buat tambah yang sedia ada.

Jadi, aku sedikit sentap bila aku ajak tetamu makan dorang kata dah kenyang. Jamah pun sikit-sikit je. lepas raya rumah aku, diajaknya kami beraya rumah kakak aku.

Rumah kakak aku ni besar kereta pun berderet. Bukak pintu je dah mewah dengan swimming pool, lampu chandelier sofa besar island table dry kitchen wet kitchen. Jadi kami pun masuk.

Jadi dijemput makan. Eyh, tetamu yang datang rumah aku tadi yang aku ajak makan dorang kata kenyang tu tetiba laju je duduk kat meja kaut nasik makan. Oh maybe dah lapar balik kot kan.

Padahal baru 15 minit yang lalu dorang kat rumah aku. Hehe. Aku tengok jela.

Masa nak balik, kakak ipar aku dan adik beradiknya pun cakap lah eyh nak ambil gambar lah sebelum balik. Oh tadi kat rumah aku yang kecik tu takde pulak nak ambil gambar kan. Aku pun terus mintak diri kat kakak aku, cakap nak balik ada hal.

Biarlah dorang ambil gambar berlatar belakang kan rumah yang besar. Aku diam je tak cerita dengan suami biarlah aku sedih sorang-sorang. Sebab tu aku rasa berat sangat nak terima tetamu.

Aku ni fragile. Biarlah aku dengan keluarga kecik aku ni cipta kebahagiaan kami sendiri kat rumah yang menyaksikan susah senang kami sekeluarga. Sebab aku rasa macam seolah-olah orang judge aku.

Kalau nak makan apa-apa boleh je aku masak sendiri atau beli sendiri. Tak perlu aku nak mintak pada sesiapa yang mungkin tak anggap aku dan suami ni wujud pun.

– Citra Lestari (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. mak awak ni style mak dulu2.. bila awak start busy nak g tempat lain, dia start menggelabah & buat muka sedih sbb xde org tolong layan tetamu.. sorry to say this.. mak sy dah kena dulu2, tapi dgn mak mertua dia.. kalau nak ke mana2 mmg x boleh.. atau betul terdesak, kena settle urusan kat rumah dulu.. padahal ada je makcik sy tu kat umah x buat apa2.. hurmmm hurmmmm.. awak pun sekali sekala keluar la g beraya atau gi mana2, kkdg kita kena buat something utk org lain value kita..

  2. Batul kata Minty tu. Dulu saya pun terkejut beraya kt rumah mertua. Sbb pagi2 raya tu baru buat persediaan memasak. Terkejut mak, sb jika dirumah mak saya kami dh siap masak. Seperti biasa saya pagi2 dh siap2 pakai baju raya. Mak mertua siap.cakap, dh lawa2 ni nak kemana? Laaaa…..

  3. dah lah suami awak tu mualaf. tp family boleh plak tunjuk contoh xbaik. husband tu plak lagi tau hukum dgn all out bila org nak dtg. sis, u have to voice out skit. klu rumah kecik pun, so what? emo lah baca!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *