Antara Dua Permata

Assalamualaikum dan salam sejatehra, maaf sekiranya kisah yang saya akan kongsikan menimbulkan rasa tidak senang kepada pembaca.

Saya mulakan dengan memperkenalkan diri saya sebagai Azmin (bukan nama sebenar). Berumur 28 tahun dan bekerja sebagai seorang usahawan. Mengenai kerjaya saya, saya merupakan seorang usahawan dalam bidang makanan di sekitar Lembah Klang.

Dipendekkan cerita, saya mengenali Azizah (bukan nama sebenar) semasa berada di universiti. Dia merupakan junior saya dalam fakulti yang sama. Kami hanyalah dibezakan dengan jarak umur 3 tahun dan mula berkenalan pada tahun 2015.

Sepanjang perkenalan kami, saya banyak mengenali dirinya sebagai seorang yang baik dan banyak berbakti pada ibu ayah serta keluarganya. Jadi pada tahun kedua perkenalan kami, kami secara terus terang mengandaikan kami adalah bakal suami isteri pada satu hari nanti.

Bermula dari situ, dia mula cuba menarik perhatian saya dengan merajuk dan cemburu buta. Kadang kala kalau saya keluar dengan rakan-rakan lelaki saya pun dia beranggapan saya keluar dengan perempuan lain. Pada mulanya bagi saya benda itu adalah biasa tapi lama kelamaan benda itu semacam ‘kudis’ dalam hubungan kami.

Dia pun selalu merajuk dan kadang kala saya pun tak tahu nak memahami keadaan dia. Yang ketara ketika saya sudah pun bekerja dan dia masih belajar pada tahun 2016. Kekangan masa bekerja ketika itu sebagai jurunilai hartanah (selama 10 bulan) menyebabkan saya kurang masa bersama untuk berhubungan dan merajuknya makin bertambah buruk.

Pada ketika itu saya secara atas perkenalan dari sahabat saya mengenali Azlin (bukan nama sebenar). Azlin pula merupakan junior saya juga cuma berlainan kos dan jurang umur antara kami hanyalah setahun sahaja. Saya hanya menghadiri majlis konvokesyennya pada awal tahun 2017 atas jemputan kawan baik saya yang mengenali dirinya. Bermula dari situ, saya berkawan dengan Azlin.

Mungkin rezeki Azlin, pada akhir tahun 2017 dia diterima masuk ke salah satu hospital kerajaan sebagai seorang pengawai kesihatan di hospital (bukan perubatan). Saya dengan Azizah ketika itu masih merupakan pasangan bercinta. Jadi disebabkan Azlin sudah bekerja pada tahun 2017, dia lebih memahami masa dan waktu saya sebagai seorang yang bekerjaya.

Sehinggalah pada awal tahun 2018, saya memutuskan hubungan dengan Azizah kerana tidak tahan dengan perangainya yang suka berprasangka buruk terhadap saya dan mula menumpukan perhatian saya kepada Azlin. Jadi saya pun tidak mahu menunggu lama, pada akhir 2018 saya kenalkan ibu bapa saya dengan keluarga Azlin. Penerimaan mereka cukup baik. Cuma anggapan saya, selepas pertemuan itu saya dan Azlin akan makin serius ke arah yang lebih halal tetapi sebaliknya yang berlaku.

Azlin seolah-olah cuba menarik tali. Saya pun kadang-kala keliru.Selepas pertemuan itu, saya nyatakan saya akan masuk meminang dirnya pada bulan 12 dan dia hanya mengatakan,

‘Tunggu saya dapat pengesahan jawatan pada bulan Mac tahun depan’

Saya sebagai insan yang berharap masih menunggu pada ketika itu.

Bulan berganti bulan dan pada bulan Januari yang lalu saya mendapat perkhabaran bapa kepada Azizah telah meninggal dunia akibat kanser tulang. Oleh kerana saya sudah mengenali keluarga Azizah, saya memenuhi tuntutan ke rumahnya untuk ke majlis tahlil bapanya di Melaka. Pada masa itu, saya rasa sangat kasihankan pada Azizah. Dia cukup menyayangi saya dan saya pula telah meninggalkan dirinya.

Dan ketika itulah konflik berlaku. Saya hanya bertanya kepada Azlin sekiranya dia benar-benar serius dalam perhubungan kami dan ketika itu dia hanya menjawab dia cukup selesa dengan saya hanyalah sebagai kawannya sahaja. Satu tamparan yang hebat bagi saya. Cukup terluka dan parah hati ini dihempas dengan kiasan sebegitu rupa.

Terduduk saya ketika itu. Setelah apa yang saya lakukan pada Azlin, hanya itu yang dia katakan pada saya. Saya mula tawar hati pada Azlin. 2 tahun lamanya saya menunggu, hanya itu balasannya. Saya pun rasa saya sudah tidak berjodoh dengan Azlin dan berbaik semula dengan Azizah.

Azizah pada waktu itu sudah banyak berubah selepas kematian bapanya. Dia mengajak saya untuk mengikat tali pertunangan. Bulan Mac berlalu dan Azlin menghubungi saya mengatakan dirinya tidak mendapat jawatan tetap dan hanya disambung ke satu tahun kontrak sahaja. Azlin mula berbaik dengan saya kembali setelah itu dia pun mengajak saya juga untuk bertunang.

Kehidupan saya dengan bisnes yang saya ceburi membuahkan hasil yang begitu memberansangkan. Dari pendapatan lingkungan 3k sebulan sekarang saya sudah hampir mencecah 8k sebulan. Bukanlah tujuan saya untuk riak, tapi saya hanya menunjukkan saya mampu dari sudut kewangan.

Saya perlu memlilih antara dua permata. Kedua-duanya bagi saya ada ciri-ciri yang saya inginkan. Bukan mudah untuk saya membuat pilihan. Saya berharap kepada pembaca agar meberikan sedikit buah fikir kalian kepada saya dan sekiranya apa yang saya nukilkan inj mebuatkan kalian merasa benci pada diri saya, saya mohon maaf tapi itulah realiti yang saya hadapi sekarang ini. Terima kasih semua.

– Insan Pujangga

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *