Antara Dua Permata II

Untuk part I, (https://iiumc.com/antara-dua-permata/).

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Setelah setahun hantaran aku disiarkan. Jadi beginilah pengakhirannya.

Alhamdulillah, setelah tempoh masa yang aku lalui pada tahun lepas kira-kira bulan Mei 2019, aku terus terang pada Azizah. Aku akui salah aku dan meminta untuk aku undur diri daripada perhubungan itu.
Sejujurnya, bukan mudah untuk aku.

Aku kuatkan hati aku bahawa aku bukanlah seseorang yang betul-betul layak untuk jaga hati dan perasaan Azizah. Azizah mula-mula seakan tak percaya tapi aku tak sanggup lagi nk berbohong. Aku harap Azizah dapat seseorang yang lebih menghargai dirinya.

Berkenaan dengan Azlin. Ya, mungkin semua perasan yang Azlin hanya berharap pada aku mungkin dari segi kewangan semata-mata,bukan pada rasa kasih dan sayang. Jawatan yang dia idamkan tidak disambung kontrak dan perlu mencari kerja di bidang swasta.

Aku pun minta untuk undur diri dari perhubungan tersebut.

Tapi mak Azlin cuba untuk yakinkan aku tentang jodoh kami, tapi aku tak rasa perhubungan itu dapat pergi jauh. Mungkin pada awal perkahwinan ada manisnya, tapi lama-kelamaan aku rasa perhubungan tersebut akan jadi masam hanya untuk kahwin semata-mata.Begitulah aturannya.

5 bulan aku ambik masa untuk baiki hubungan aku balik dengan Yang Esa dan mak ayah aku. Perit dan pedih juga perkara yang aku lalui tapi aku buat semua ini demi kebahagiaan diorang sebab aku sendiri rasa diri aku tak layak untuk insan macam mereka.

Rezeki aku dapat ke umrah pada akhir 10, aku tak lepas peluang untuk berdoa bersungguh-sungguh untuk aku berubah menjadi orang yang lebih baik, cukup solat dan dipermudahkan jodoh.

Jadi setelah aku balik umrah, aku dapat satu mesej dari fb. Rupa- rupanya dari sepupu kepada kawan aku sebab tengok friend list fb aku.Aku namakan dia Adila. Beza umur dalam 3 tahun. Dia tanya aku pasal urusan bisnes dan urus stok macam itulah.

Jadi aku pun berkongsi serba sedikit ilmu apa yang aku ada. Jadi semua dipermudahkan dan aku mintak izin untuk jumpa mak ayah dia. Dia tanya untuk apa,aku cakap nk minta izin untuk nikah.

Penerimaan dia mula-mula agak terkejut. Ye lah, kenal pun baru beberapa minggu terus ajak nikah. Dia minta masa 3 hari. Aku cakap boleh. Lepas 3 hari, dia cakap boleh dan maklum pada mak ayah dia.

Awal Januari setelah lebih kurang 2 bulan aku kenal Adila, aku hantar keluarga aku untuk masuk meminang. Terkejut dia.

Mungkin inilah rahsia jodoh dari Yang Penyayang. Alhamdulillah, aku sekarang menunggu detik untuk menjadi seorang suami. Kesilapan aku yang sebelum ini aku jadikan sebagai pengajaran. Yang paling aku ingat, masa pertunangan tu, ayah dia uji aku untuk bacaan solat. Semua lepas.

Kepada pembaca yang budiman, aku minta maaf atas kesilapan aku yang lalu. Aku akan jaga Adila sebaik mungkin. Amanah untuk aku. Harap semua dapat doakan aku dan segala urusan aku dipermudahkan juga. Kalau tiada arah, bulan Syawal ini kami akan di ijab kabulkan.

Terima kasih atas pembacaan hantaran ini.

– Insan Pujangga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *