Assalamualaikum, Aku harap dekat sini dapat pendapat daripada semua kerana aku sangat buntu. Minta maaf jika apa yang aku nak cerita ni mungkin memeningkan dan sedikit panjang.
Aku dah berkawin 7 bulan. Aku dengan suami kenal setahun dan ambil keputusan untuk berkahwin. Sebelum ni aku sangat trauma untuk berkawin kerana aku daripada broken family.
Boleh dikatakan 90% keluarga aku sama ada nenek, makcik saudara, sepupu ada yang bercerai berai. Buat kan aku sangat takut nak kawin. Tetapi perkenalan aku dengan dia, dia janji tak akan tinggalkan aku. Janji macam2.
Dia kata tak akan ulang apa yang jadi pada keluarga kami which is dia pun sebenarnya dari broken family. Aku terima lamaran dia. Masa ni mak aku sangat suka kat dia.
Aku ada buat solat istikharah, tetapi kerap lelaki tidak berwajah yang muncul. Aku makin keliru. Jadi aku decide teruskan sebab mak aku nak aku kawin.
Tapi mak aku dari nak mula tunang dia buat perangai sikit. Lagi beberapa hari nak bertunang, dia kata dia taknak buat. Tak pandai. Jadi dia minta buat dekat rumah kakak aku.
Dan masa tunang tu belah perempuan hanya ada aku, kakak aku dan suami dia. Mak aku tak nak datang. Sarung cincin pun hanya atas tikar. Makan² hanya keluarga dia dan kami sahaja. Sangat simple.
Btw, aku masih student degree tahun kedua di universiti ambil kos pendidikan dan aku target untuk jadi cikgu, nak kerja kerajaan la.
Walaupun nikah, suami aku hanya spm.. Aku terima dia seadanya. Hantaran pun aku mintak seikhlas hati dia nak bagi berapa. So dia dan keluarga mertua aku ni decide bagi aku 5k. Aku setuju je. Aku bagi tahu mak aku dan dia pun okey. Tapi aku nampak raut wajah dia macam tak okey.
Lagi dua hari nak nikah, mak aku secara tiba2 call tunang aku (suami aku sekarang) nak naikkan hantaran. Masa ni aku tak tahu apa2. Mak aku mintak 8k sebab nak buat kenduri malu kat orang kampung. Katanya aku ni degree, ada mix thailand (belah mak) bla bla..
Aku dapat tahu bila kakak ipar aku call kakak aku yang uruskan pertunangan aku. Aku tak tahu nak buat apa.. Malu sebab lagi 2 hari kan nak nikah. Mak aku cakap kalau tak bagi dia akan batalkan nikah.
Malu sangat.. Semua benda dah beli dah sediakan. Aku taknak malu dan adik beradik aku malu. Kakak aku terus mintak aku datang rumah dia, dia akan tolong uruskan. Sebenarnya kakak aku kawin pun mak aku tak uruskan dan tak datang.
Dalam proses pertunangan, nak uruskan borang mak aku langsung taknak tolong. Mak ayah aku bercerai dari aku umur 5 tahun lagi. Ayah aku pun tak mengaku aku anak dia dan suruh aku uruskan sendiri.
Akhirnya aku buat permohonan wali hakim sebab tak ada surat nikah mak ayah aku sebab diorang bernikah kat Thailand (kampung aku).
Mak aku kata dah daftar kat malaysia tapi aku call semua pej agama semua kata tak ada rekod.
Masa buat permohonan wali hakim, pejabat agama tulis dalam borang bahawa aku anak luar nikah. Kau bayangkan nak menitis air mata aku. Masa tu ada family belah lelaki ikut sekali.
Alhamdulillah family diorang faham. Family dia sangat² baik tolong aku naik turun mahkamah tanpa bantuan mak aku.
Jadi kami nikah dia pej agama sekali lagi dengan hanya ada kakak aku sebagai wakil belah perempuan..
Mak aku sangat marah dan mintak duit hantaran. Dan aku bagi semua duit hantaran dekat dia. Walaupun sebenarnya aku target nak beli laptop dan peralatan belajar aku untuk teruskan semester.
Di sini aku sambung belajar sebenarnya 100% aku tanggung diri sendiri. Dengan ada ptptn tu aku buat makan minum. Disebabkan aku sayang sgt kat mak aku, aku bagi semua hantaran aku tanpa pengetahuan suami aku.
Seminggu lepas kahwin, aku kantoi bagi duit duit hantaran ke mak aku sebab dia terbaca mesej maybank yang ada transaction transfer ke akaun mak aku. Dia punya mengamuk time tuu, sampai aku menggigil. Dia cakap dia cari duit untuk aku bukan mak aku.
Sejak tu, dia haram kan aku balik rumah mak aku. Start tu juga dia mula ungkit semuanya. Duit nafkah dia hanya bagi 50 ringgit sebulan.
Kadang 100.. Paling banyak 200 dia pernah bagi tapi dalam bulan tu dia akan bagi aku link shopee belikan dia barang pape.
Duit yang dia bagi tu jugak aku gunakan so berapa je tinggal untuk aku makan. Setiap duit yang dia bagi dia tanya aku duit tu pergi kemana, kadang sebulan dua dia tak bagi aku duit sebab katanya nanti aku bagi dekat mak aku walhal aku nak buat makan.
Aku duduk hostel uni kadang berhari² tak makan. 3 bulan pertama kawin, berat badan aku susut sangat turun sehingga 7kg dalam masa 3 bulan.
Jadi aku cari duit sendiri dengan ajar orang mengaji secara online. Tapi tak boleh ramai sebab pack dengan jadual kuliah aku.
Aku cuba faham dia sebab dia dibuang kerja jadi sekarang dia hanya full time grab. Aku pernah nampak app grab dia seminggu dia cecah 1k lebih..
Aku ada kecik hati tapi aku buat biasa dan decide untuk cari duit sendiri. Pencuci muka aku habis hampir dua bulan pun tak mampu lagi aku nak beli.
Bila aku duduk hostel, dia tak akan wasap atau call. Walaupun jarak rumah dia dan universiti aku hanya 30 minit. Dia tak akan datang tengok aku.
Kalau sebulan aku duduk hostel, sebulan laa dia tak wasap langsung. Aku macam orang single. Dia akan cari aku bila dia bernafsu je. Bila aku rindu aku peluk cium baju dia. Aku tak berani nak wasap dia sebab dia pernah marah aku kata dia rimas perempuan sikit2 nak rindu.
Bila cuti semester ni, dalam seminggu hanya dua hari dia ada kat rumah. Hari lain dia ke bandar buat grab. Kau bayangkan duduk sorang2 tengok dinding.
Aku cuba beri yang terbaik, kemas rumah bersih2 sebab aku mmg tak suka kotor, pakai wangi2, masak hari2.. Aku nak pape memang tak mintak..
Bila dia balik, dia hanya tengok phone, main game dari bukak mata sampai tidur. Dia selalu tidur ruang tamu, kalau tidur bilik pun dia akan masuk bilik pukul 2/3 pagi. Dan dia selalu pergi masuk dalam kereta main phone.
Walaupun aku ada je dekat rumah. Dia buat aku macam tunggul dia masuk kereta main phone, selalunya pukul 8/9 malam dia akan masuk ke kereta,pukul 2/3 pagi baru dia keluar kereta.
Firasat aku kuat mengatakan dia ada orang lain. Dari mula kawin, hampir setiap hari aku tidur dengan air mata.
Dia pernah nampak aku menangis, dia akan buat bodoh je. Dan ada sekali dia cakap memang hobi kau menangis ke.
Start tu aku berdoa sangat “Ya Allah kalau perasaan ini buat aku sakit, kau hilangkan lah rasa sayang aku pada suami aku, aku cukup terseksa Ya Allah”
Dan aku mula tawar hati. Aku penat asyik pujuk diri sendiri. Selalunya aku menangis bila dia tak ada kat rumah.
Dan kini aku lagi suka dia tak ada. Waktu aku mula kenal dia, dia sangat baik. Tapi semenjak kawin, dia berubah.. Satu solat aku tak pernah dia imamkan.
Aku tak ada tempat mengadu, tak ada tempat aku nak bergantung. Aku tak nak susahkan kakak aku. Biarlah dia bahagia dengan suami dia.
Aku start depression teruk, penat jaga hati semua orang yang akhirnya aku sendiri terseksa.
Aku pernah kelar tangan aku dengan pisau. Suami aku balik tengok tangan aku berbalut dengan hanya reaksi biasa.
Bila dia pergi bandar berhari2, aku ambil peluang pergi rumah mak aku, pujuk dia maafkan aku. Sejahat apa pun mak aku, aku tetap sayang dia sebab dia yang besarkan aku.
Banyak perkara yang mak aku buat tak perlu aku cerita kat sini. Aku masih sayang dan hormat dia. Aku pun banyak kekurangan dan salah pada mak aku.
Aku bagaikan tak ada sesiapa. Ke sana sini jaga hati orang. Mak aku mintak bila aku dah jadi cikgu, belikan dia rumah. Dan suami aku mintak benda sama, bila aku kerja dia nak aku buat loan dengan nama aku untuk beli rumah.
Aku pening. Mak aku nak aku bercerai, dan suami aku mintak aku putus hubungan dengan mak aku. Tanpa dua2 orang ni sedar aku kesana sini jaga hati dua2.
Malam2 aku menangis fikir nak hidup lagi ke tak. Bila duduk dapur, aku akan tenung pisau dengan lama. Aku taknak hidup dah. Aku penat sangat.
Kalau suatu nanti aku bercerai, aku tak akan cari yang lain. Bukan sebab aku terlalu cintakan dia, tapi sebab trauma aku semakin besar. Apa yang aku takutkan itulah yang terjadi.
– Bunga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit