Assalamualakum reader, maaf sebelumnya jika penulisan ini agak berterabur. Biarlah aku kenalkan diri aku sebagai Labu, aku dah berkawin dan ada seorang anak angkat (anak saudaraku yang aku jaga dari bayi)..
Tapi itu bukanlah masalahnya, disini aku nak luahkan segala keperitan yang aku hadapi sejak lockdown yang pertama.
Aku seorang surirumah tidak bekerja, husband alhamdulillah bekerja sendiri dan bertanggungjawab, apa yang ingin aku sampaikan tentang kekecewaan aku terhadap keluarga sang suami.
Buat masa ni aku sekeluarga tinggal di rumah pusaka arwah nenek suamiku atas dasar kebajikan kami tidak dikenakan sewa tapi segala bil kami langsaikan tiap bulan dan jaga rumah tersebut.
Sehingga kini hampir 3 tahun disini ada satu kejadian tidak dingini berlaku antara aku dan keluarga sebelah suami. Sejak kahwin aku tidak pernah merungut walau hidup. Kami cukup2 makan..
Tapi sejak pkp, suami ada mengeluarkan simpanan kwsp nya untuk kelangsungan hidup dan juga kami bercadang untuk melangsaikan hutang2 yang sedia ada.
Tetapi segala perancangan itu tidak berjalan. Hanya kerana kami didesak untuk membina rumah sendiri. Waktu ini aku sangat2 down sebab bagi aku hutang adalah perkara yang sangat penting untuk diselesaikan segera.
Aku rasa sangat2 down, tidak mampu berfikir apa2 ini kerana hutang lama telah mula ditekan oleh pihak pemiutang untuk segera dilangsaikan (inilah yang aku rancang sebelum ni). Aku tiada kwsp, tapi aku ada simpanan sebelum berkahwin dulu.
Selepas berkahwin aku nekad untuk berniaga kedai makan dan bermodalkan simpanan masa bujang aku dan sedikit bantuan dari sahabat aku, tapi segalanya punah ditengah jalan, asbabnya terlalu perit untuk diceritakan dan aku redha dengan apa yang berlaku waktu itu.
Aku tak tahu nak luah kat siapa apa yang aku rasa sekarang, dan dalam keadaan pkp segala kerja yang suami buat tertangguh, dan tidak bekerja sekarang disebabkan pandemic.
Suami aku sangat naif dan agak lurus orangnya tidak pernah meminta2 walau ada yang ambil kesempatan atas dirinya, tidak bayar payment bila. Kerja dah disiapkan, itu yang aku sangat kecewa.
Pernah juga aku sendiri yang tagih hutang orang pada suami dan pada akhirnya orang yang berhutang dengan suami marahkan aku supaya tidak ikut campur urusan dia dan suami, sedangkan kami sangat memerlukan wang tersebut untuk menyelesaikan hutang2 kami.
Dan kini, kami didesak teruk untuk segera menyiapkan rumah sendiri di tanah ibu mertua kami, alasannya saudara yang beri kami tinggal disini sebelum ini, anaknya mahu menetap disini.
Kami faham kami menumpang dan tidak mampu menyewa, bukan tidak boleh tinggal sama mertua tapi mereka tak terima anak yang kami bela memandangkan kami tidak punya zuriat..
Bila berjumpa di belakang suami suruh aku pulangkan anak tu pada keluarganya, hanya Allah je tahu perasaan aku, malah dipersalahkan kalau kami cakap kami takde duit nak buat rumah, pasti dikaitkan anak yang tak berdosa dengan mereka.
Aku bukannya tak mahu bekerja tapi aku ada masalah kesihatan yang mengehadkan pergerakan dan juga suami tidak mahu aku bekerja,
Tambahan anak yang kami jaga ini kelainan upaya dan kami pernah menghantar pengasuh untuk keluar bekerja tapi agak menyedihkan kerana dipukul. Sejak dari itu suami buat keputusan untuk aku tidak berkerja dan fokus pada anak.
Reader sekalian, tujuan aku menulis confession ni bukan untuk menagih simpati, hanya sekadar meluahkan bebanan yang sarat dihati dengan segala masalah dikelilingku,
Mohon doanya supaya aku sekeluarga dipermudahkan urusan, dimurahkan rezeki, dan dapat melangsaikan hutang2 sedia ada.
Sebenarnya banyak lagi aku nak luahkan tapi fikiranku jammed. Aku akan kuatkan semangat dan terus usaha untuk melangsaikan hutang aku, dan semoga bila aku tiada segala hutang aku telah selesai.
Maafkan jika ada salah dan silap dalam penulisan ini. Aku sekolah tak tinggi, kelulusan tak ada tapi suka baca confesion disini untuk menambah ilmu. Terima kasih.
– Labu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit