Antara Ikhtilat dan Jodoh

Salam pembaca IIUM Confession… nama diberi Nur. Berumur 29 dan bekerja di sektor swasta dan agak stabil.

Sekarang saya masih lagi single dan mencari jodoh yang sesuai. Dari segi pernampilan, saya seorang yang biasa dan sederhana.

Berkaitan dengan tajuk confession saya. Semua sedia maklum yang jodoh tidak datang bergolek dan perlu diusahakan.

Saya cuba perbaiki diri apa yang kurang dan setiap malam berdoa supaya dikurniakan jodoh yang dapat menerima baik buruk saya dan keluarga saya.

Dalam memilih jodoh, 4 perkara diutamakan agama, keturunan, rupa dan harta. Kekurangan besar sebahagian dari saya ialah saya dari keluarga yang dingin atau pendek kata “broken family”.

Saya hidup berdikari dan ada kalanya rasa seperti hidup sebatang kara kerana keluarga tidak ambil peduli sangat perihal hidup saya.

Semua yang berlaku dalam hidup, saya cuba selesaikan sendiri sedaya upaya yang termampu. Saya pernah rasa sedih dan tertekan dengan keadaan keluarga saya

Kesunyian diusia lewat ini membuatkan saya bermain aplikasi online yang mempertemukan saya dengan seorang lelaki dan kami telah pun berjumpa.

Masing-masing dalam fasa perkenalan dan dia dapat terima baik buruk saya ( segi pernampilan ). Hati budi masih dalam perkenalan.

Berkenaan situasi keluarga saya masih saya diamkan. Semua orang yang berkeluarga pasti nakkan keturunan yang harmoni.

Keluarga saya bukannya penjenayah cuma dingin dan tak rapat seperti keluarga lain yang boleh bergelak ketawa. Masing-masing buat hal sendiri.

Dari segi perkenalan saya dengan lelaki itu, dia ajak saya ‘couple’. Dia pernah luahkan yang dia dah jatuh cinta dan selesa dengan saya.

Cuma mungkin ambil masa untuk ke langkah yang seterusnya. Dia banyak plan untuk luangkan masa bersama untuk kenal lebih rapat lagi.

Tapi saya mula risau ikhtilat tak terjaga. Saya takut menghampiri zina. Diawal perkenalan ini, dia seorang yang baik dan saya juga turut selesa dengan dia. Tapi sy takut dihanyut terbuai dengan perasaan.

Saya takut saya hilang Allah, sedangkan Allah tak pernah tinggalkan saya. Bahkan manusia satu hari nanti pasti akan pergi.

Jika bertemu nk bawak orang ketiga, saya mempunyai family dingin dan kawan pun tak ramai dan sudah bekeluarga diusia saya ini.

Pertemuan pertama kali pun saya dengan dia dikedai mamak. Pernah terdetik nak berpasangan seperti yang lain sebab dah lama kesunyian dan ingin berkasih sayang tapi saya takut kerana haram dan tak diredhai.

Saya tahu dia dah ready cuma ambik masa untuk perkenalan paling kurang 1 tahun seperti yang dia beritahu. Saya tak tahu nak jaga hubungan ini macam mana.

Saya takut jika saya mula mengelak untuk berjumpa berdua-duaan, saya akan kehilangan dia.

Saya bukannya muda untuk memilih sangat dan bukannya terlalu solehah untuk terlalu pentingkan ikhtilat. Cuma cukuplah bersederhana.

Keluarga saya takkan tolong carikan saya jodoh, saya perlu usahakan sendiri. Saya dah buntu.

Jika saya terlalu tekankan ikhtilat, makna kata saya tak boleh jumpa mana-mana laki untuk dijadikan jodoh. Atau saya perlu bujang sehingga ajal menjemput kerana takut menghampiri zina.

Kita selalu dengar “Kalau dah jodoh, jika terpisah pasti bertemu jua”. Perkataan ‘bertemu’ itu saya perlu lalui untuk langkah yang seterusnya sedangkan saya tak mempunyai orang tengah untuk perantaraan.

Proses perkahwinan lagi lah rumit kerana saya mempunyai keluarga yang dingin. Jika ada nasihat dan pandangan harap dapat bantu saya yang buntu ini.

– Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *