Hi, perkenalkan diri aku, Intan Payung. Berumur pertengahan 30-an. Bekerjaya yang stabil, dengan pendapatan bulanan yang stabil. Masih single dan belum pernah berkahwin.
Let me straight to the point. Kebelakangan ini, aku banyak ternampak confession berkenaan dengan perempuan yang kecewa ditinggalkan lelaki si buaya darat, yang tidak pernah belajar menghargai seorang perempuan dengan setulus hati. Aku akan berkongsi sedikit sebanyak pengalaman aku.
Aku pernah berada di situasi itu suatu ketika dahulu. Bercinta bagai nak rak, selama 4 tahun, namun ditinggalkan dengan alasan yang amat menyakitkan hati.
Perkenalkan, ex aku, A. Kami berkenalan di suatu platform media sosial. Aku dan A berjarak umur beza hampir 9 tahun. Setelah beberapa bulan berkenalan, dan kami selesa dengan satu sama lain, dan kami bersetuju untuk bersama.
Itupun setelah berkali kali aku bertanyakan, adakah jarak umur kami akan memberikan masalah,
Namun ditepis oleh A kerana ramai ahli keluarganya yang mempunyai jalan cerita yang lebih kurang sama dengan kami – jarak umur perempuan berbeza dengan lelaki, dan hidup bahagia sehingga ke akhir hayat.
Hubungan kami terbina di suatu aplikasi media sosial, dan tentulah kami merupakan pasangan bercinta jarak jauh. Seorang di utara, dan seorang lagi di selatan.
Dalam tempoh hubungan kami, aku dan A tidak pernah berjumpa secara fizikal. Pelik bukan? Tapi kami sentiasa berhubung melalui panggilan telefon,
Whatsapp dan juga video call setiap hari. Pernah ada beberapa kali perancangan untuk berjumpa, namun asyik dibatalkan pada saat saat akhir. Perancangannya, sudah tentulah aku yang akan ke tempatnya kerana keadaan kewangan aku lebih stabil berbanding A.
A merupakan anak tunggal dari sebuah keluarga yang sedikit berantakan. Ibu bapanya bercerai ketika A masih kecil, dan A tinggal dengan datuknya. Selepas datuknya meniggal, A tinggal bersama dengan bapa dan ibu tirinya (ibu tiri hanya berbeza umur selang setahun dariku).
Memandangkan aku lagi banyak makan asam garam kehidupan, aku banyak membantu A dari segi nasihat, berkongsi buah pendapat dan sudah tentulah, hal kewangan, memandangkan A terpaksa menanggung bebanan perbelanjaan di rumah bapanya dengan gaji yang kecil di bandar besar.
Oh, A jugak mempunyai spending habit yang teruk – suka berbelanja besar, tapi tidak sepadan dengan gaji.
Pada aku, ketika itu, aku nampak A adalah seorang yang terumbang ambing – tidak ada seorang pun yang boleh membantu A untuk memulakan hidup sebagai seorang lelaki dewasa.
Aku membantu A bertatih dari bekerja di sebuah stesen minyak, sehinggalah berjaya mendapatkan sebuah kerja dengan pendapatan yang stabil di sebuah syarikat.
Urusan penyediaan resume, cover letter, emel formal dan segala hal yang berkaitan permohonan kerja? Sudah tentulah aku yang sediakan kerana aku sayangkan A.
(Bodoh pertama)
Masuk tahun ke 2 bercinta, aku mula bermurah hati melaburkan duit untuk A. Aku hantarkan berbagai hadiah, barang keperluan kepada A, sebagai bukti sayang dan caring aku pada A, termasuklah surprise gifts dan sebagainya (total damage – RM3k).
A pernah meminta alamat aku untuk membalas segala hadiah hadiah aku, namun aku menolak kerana aku tahu A struggle dengan kehidupan kewangannya, dan aku berjanji menanti sehingga A stabil untuk membalas segala hadiah pemberian aku.
(Bodoh kedua)
Aku melayan segala kehendak A ketika berpasangan dengannya. Video call (mendedahkan aurat), melayan call dengan A setiap hari. Sleep call, dan video call setiap malam sebelum tidur adalah wajib sebagai pasangan bercinta.
(Bodoh ketiga)
Aku tahu, ketika berpasangan dengan A, A tidak pernah sekali pun mendedahkan aku pada orang orang disekelilingnya. Aku disorok hanya dalam kehidupannya seorang. Aku tahu, A mempunyai suatu sisi gelap, di sebuah akaun media sosialnya.
Aku sedar A selalu flirt dengan ramai perempuan lain di sana, namun aku masih bertahan kerana A tidak melakukan perkara yang melampaui batas, sekadar flirt di sisi gelap akaun tersebut sahaja.
Aku percaya hubungan aku dengan A boleh pergi jauh kerana A menghabiskan banyak masanya dengan aku melalui panggilan telefon dan whatsapp setiap hari.
(Bodoh keempat)
Masuk tahun ke-4 hubungan kami, aku merancang untuk bertemu dengan A sampai jadi. Aku tempah dua bilik hotel bertaraf 5 bintang di tempat A tinggal, untuk menghabiskan masa bersama A.
Namun, beberapa minggu sebelum kami bertemu, aku secara tidak sengaja mengetahui bahawa A telah beberapa kali keluar dengan perempuan yang dikenalinya dari laman sisi gelap media sosialnya, dan yang paling merobek hatiku,
A rupanya telah beberapa kali ‘check in’ dengan seorang perempuan dari sana juga – beserta dengan bukti gambar dan video ‘content’ mereka berdua.
Aku? tentulah patah dan robek hati, dan hampir seminggu bagai mayat hidup. Ketika itu, A masih melayan aku seperti biasa, seolah olah akulah cinta pertama dan terakhirnya.
Aku masih berpura pura seolah aku tidak tahu apa apa yang A lakukan di belakang aku kerana sayang dan tak sanggup kehilangan A.
Setelah hampir menjadi mayat hidup kerana kecewa dengan A perbuatan A, pada suatu malam, aku meluahkan segalanya.
Aku ketika itu sudah tiada identiti sebenar sebagai seorang yang ceria, dan tegas ketika tempoh berperang dengan perasaan sendiri ketika itu, dan aku sedar aku perlu sayangi diri aku.
Namun, disebalik pendedahan aku berkenaan dengan segala sisi gelap A, A hanya mendengar tanpa berkata apa apa, tiada sebarang maaf dari A, seolah olah aku yang bersalah dalam hal ini. Moving on? Sangat sakit dan mengambil masa yang lama.
Aku teringat segala ‘content ketika check in’ yang A pos pada akaun sisi gelapnya – sambil mengaku bangga dapat menghabiskan malam yang hangat bersama dengan pasangannya itu di hotel.
(Bodoh kelima)
Walaupun kecewa dengan A, aku masih meneruskan niat untuk bertemu A -sebagai ‘somebody that I used to know’. Aku masih belum berjaya move on sepenuhnya ketika itu, dan aku mahu mendapatkan pengakuan yang ikhlas dari mulut A berkenaan dengan hala tuju kami.
Dan ya, kami berjumpa dan sudah tentulah segala expenses di bahuku. Aku menghabiskan hampir RM1k untuk perbelanjaan ketika disana. A? tiada duit untuk membayar hotel mahupun makanan ketika kami berjumpa.
(Alhamdulillah aku dah bijak)
Walaupun kami menginap di bilik yang berbeza, namun aku dapat rasakan beberapa kali A membuat percubaan untuk menghabiskan masanya bersama denganku dalam satu bilik.
Namun ketika ini, aku dah sedikit bijak. A memberikan pelbagai alasan untuk aku menemaninya di bilik hotelnya, dan beberapa cubaan lain.
Namun, aku memberikan alasan ‘it is against my morale’ untuk duduk berdua dengannya di dalam bilik secara fizikal. A terpaksa akur dengan alasan tegas aku.
Kesudahnnya, kami hanya menghabiskan masa sehingga lewat malam di lobi hotel meluah perasaan dan bersembang mengenai hala tuju kami.
(Bodoh keenam)
Ketika berjumpa A, A melayan aku sebagaimana seorang yang sangat istimewa. Melayan kehendak aku dengan membawa aku makan di tempat yang special (aku yang bayar), membawa aku ke tempat tempat yang menarik, dan menyuapkan aku dengan makanan dan minuman.
Aku terbuai dengan layanan A. Sebelum berpisah, kami bersepakat untuk remain as friends. Ini perkara yang paling bodoh dan tidak patut aku lakukan.
In fact, setelah aku kembali ke tempat aku, aku masih berhubung dengan A melalui WhatsApp seperti biasa. Aku masih terbuai dengan perasaan sendiri.
Oh ya, ketika pertemuan kami, aku ada bertanyakan pada A, kenapa dia memilih perempuan tersebut berbanding aku yang dah banyak berkorban untuknya?
Jawapannya mudah – A tidak mendapat layanan di bilik tidur lagak suami isteri dari aku, sedangkan perempuan itu menyerahkan segalanya untuk A.
Aku pasrah ketika itu. Aku sedikit kecewa, kerana aku telah beberapa kali sepanjang 4 tahun berhubungan, mencadangkan untuk kami bernikah secara simple, demi menghalalkan hubungan kami. Namun A mengaku tidak bersedia dari segi kewangan dan tanggungjawab.
(Penutup segala kebodohan aku)
Sehinggalah, suatu ketika setelah beberapa minggu pertemuan kami, aku dapat tahu A sekali lagi check in dengan perempuan pilihannya dan dengan bangganya A menceritakan di akaun sisi gelapnya secara jelas apa yang dilakukannya.
Ketika ini, aku bagai dipanah petir, dan tersedar dari angan angan fantasiku. Aku bukan lah siapa siapa di mata A – tiada nilai langsung di dalam hidupnya. Aku mula sedar diri, dan mengambil keputusan untuk cut off segala hubungan kami – walaupun hanya sebagai kawan.
(Aku dah tak bodoh)
Sekarang? aku dah sedikit bijak. Aku dah berjaya sedikit sebanyak move on. Walaupun sakit jiwa aku untuk move on, aku percaya doa aku, doa orang orang orang sekeliling aku dan yang paling penting, perancangan Allah dalam jalan hidup aku menyelamatkan aku dari A.
Aku kadangkala masih lagi beremosi tatkala terkenang memori bersama A, namun aku percaya semua ini ada hikmahnya. Aku terselamat dari A.
Aku agak ramai yang akan mengecam aku, kerana menjadi bodoh untuk sebuah jodoh yang tak pasti. Aku terima segala kecaman yang bakal dilontarkan dengan hati terbuka. Bagaimana aku boleh berhabis duit semi seorang lelaki? kata kuncinya adalah SAYANG + SIMPATI.
A sangat bersifat gentleman dan mengetahui latar belakang A yang kekurangan kasih sayang ibu dan bapa.
Walaupun sekarang aku cuba move on dari A, aku mengaku bahawa aku masih selitkan doa dalam setiap sujudku untuk A berubah dari dunia sisi gelapnya. (mungkin masih sayang dalam hatiku?)
Untuk mereka yang tak pernah rasa, aku doakan jangan pernah menjadi bodoh seperti aku. Perempuan kalau dah sayang, semua benda akan dilakukan demi membuktikan sayang dan taat setia (aku la tu). Dan aku bersyukur, maruah aku masih terjaga.
Semoga perkongsian ini menjadi iktibar untuk semua, dan tidak jadi seperti aku, yang bertindak bodoh untuk sebuah jodoh yang tak pasti.
Merana beb! Nak move one pun, sampai rasa nak terbalik dunia.
Doakan aku berjaya dunia akhirat dan mendapat jodoh yang baik.
– Intan Payung (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit